Ruangan ini menawarkan hadiah cerpen terbaik setiap bulan dan tiga hadiah utama. Hantar cerpen ke emel acm.nst17@gmail.com dan aminmuin@gmail.comKarya hendaklah tidak lebih 8 halaman A4, ditaip langkau dua baris, fon 12 Arial. |
Memorandum of Understanding
(MoU)
di
antara
Persatuan Penulis Momogun
Malaysia
(MOMOGUNSIA)
dan
NEW SABAH TIMES
(NST)
Untuk Menganjurkan
HADIAH
CERPEN
MOMOGUNSIA - NEW
SABAH TIMES
2016 / 2017
(HCM – NST 2016/2017)
SYARAT DAN KETERANGAN PERADUAN
1. NAMA PERADUAN
Hadiah Cerpen MOMOGUNSIA-NEW SABAH
TIMES 2016 / 2017
2. PENGANJUR
Anjuran
bersama di antara MOMOGUNSIA dan NEW SABAH TIMES (NST). Momogunsia menjadi
pihak penyedia hadiah-hadiah, mengendalikan urus setia penerimaan karya, juri
dan penyampaian hadiah. NST menjadi penerima bersama penyertaan karya dan pemegang
hak mutlak menyiarkan semua karya yang dikemukakan untuk penyertaan HCM-NST
2016/2017.
3. OBJEKTIF
3.1 Menerbitkan
cerpen bermutu khususnya yang berkaitan dengan sejarah, sosiobudaya dan citra
komuniti etnik lokal Malaysia di Sabah;
3.2 Melatih
dan memperkembang kepekaan penulis terhadap isu sosial dan kehidupan di
sekitarnya;
3.3 Mendorong
penulis supaya berlatih dan mengasah minat, bakat, dan kemampuan kreativiti
dalam menulis cerpen;
3.4 Menggalakkan
sikap positif dan rasa cinta penulis terhadap sastera Malaysia;
4. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
4.1 Penyertaan terbuka
kepada semua warganegara Malaysia;
4.2 Penyertaan
hendaklah disampaikan melalui emel rasmi acm.nst17@gmail.com dan aminmuin@gmail.com setelah
membaca syarat-syarat penyertaan dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun
dari Facebook MOMOGUNSIA atau mediaoscar.blogspot.my,
4.3 Cerpen hendaklah
ditulis dalam Bahasa Melayu,
4.4 Penulis wajib
menggunakan sekurang-kurangnya 5 kata bahasa etnik yang perlu dinyatakan
maksudnya di bahagian glosari;
4.5 Tema cerpen adalah
bebas namun penulis digalakkan memasukkan unsur-unsur sejarah, sosiobudaya dan
citra komuniti etnik lokal Malaysia di Sabah.
4.6 Cerpen mesti
sesuai untuk bacaan umum dan tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif
dan boleh menyinggung perasaan mana-mana individu, kaum, agama, kepercayaan dan
budaya negara ini;
4.7 Cerpen harus asli
(bukan saduran atau terjemahan), belum pernah diterbitkan, bukan sedang
diikutsertakan dalam sayembara lain dan cerpen tidak pernah menjadi pemenang
dalam mana-mana sayembara penulisan sebelum ini;
4.8 Panjang karya 8-9
halaman kertas ukuran A4; ditaip rapi dengan langkau 2 menggunakan fon Arial
dan margin 1” (atas/bawah/kiri/kanan).
4.9 Peserta dibenarkan
mengirim tidak lebih daripada dua cerpen. Jika kedua-dua disiarkan hanya satu
cerpen yang akan diambil kira semasa penghakiman;
4.10 Cerpen
yang dihantar tidak akan dikembalikan. Oleh itu, peserta dinasihati supaya
menyimpan salinan karya tersebut.
4.11 Setiap penyertaan mesti diiringi dengan surat
iringan dan membuat perakuan bahawa cerpen yang dihantar untuk sayembara adalah
karya asli penulis;
4.12 Cerpen
yang telah dihantar untuk sayembara ini, tidak boleh dihantar kepada penerbit
atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan rasmi penganjur peraduan terlebih
dahulu;
4.13
Sekiranya cerpen yang dihantar dan disiarkan itu ternyata
diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika cerpen itu memenangi hadiah, hadiah
tersebut perlu dipulangkan semula kepada urus setia penganjur.
5. PENGHAKIMAN
5.1 Semua
karya yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh Panel Hakim yang akan dilantik oleh penganjur. Penghakiman akan berdasarkan penelitian terhadap keaslian, kekuatan tema
dan persoalan, kearifan etnik Sabah, estetika, tatabahasa, struktur penukangan dan
kekuatan kesatuan organik karya.
5.2 Sebuah cerpen terbaik per bulan;
5.3 Pada
penilaian akhir, tiga pemenang hadiah utama akan dipilih lagi dalam kalangan
cerpen terbaik bulanan;
5.4 Sebanyak 12 karya daripada cerpen-cerpen yang
tidak menang dalam 5.2 & 5.3 namun mempunyai mutu karya yang baik dipilih
untuk penjilidan/penerbitan karya terbaik;
5.5 Keputusan
panel hakim adalah muktamad.
6. HAK PENERBITAN
Sekiranya ada dana, penganjur berhak
untuk menerbitkan / menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih dan dalam
berbuat demikian, penganjur berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang
difikirkan perlu ke atas karya-karya berkenaan. Karya yang menang dalam
sayembara ini tidak boleh dihantar
kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur ini
terlebih dahulu.
7. TEMPOH SAYEMBARA
Cerpen yang layak dihakimi bagi Sayembara Menulis Hadiah Cerpen MOMOGUNSIA-NEW SABAH TIMES 2016/2017 ini ialah
cerpen-cerpen yang disiarkan di akhbar New Sabah Times dalam tempoh SEPTEMBER
2016 hingga OKTOBER 2017. Pemilihan
cerpen untuk siaran ditentukan oleh Urus setia MOMOGUNSIA. Penganjur juga tidak
akan bertanggungjawab terhadap karya yang hilang semasa pengiriman.
7. HADIAH
Hadiah Cerpen Bulanan: RM100 (Ringgit
Malaysia Seratus Sahaja)
September 2016 hingga Ogos 2017
Hadiah Cerpen Utama:
Pertama
– RM500 (Ringgi Malaysia Lima Ratus Sahaja) + Buku + Sijil
Kedua
– RM400 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Sahaja) + Buku + Sijil
Ketiga
- RM300 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) + Buku + Sijil
8. ALAMAT URUS SETIA
Semua cerpen yang menepati
syarat-syarat sayembara ini hendaklah dihantar melalui emel acm.nst17@gmail.com
dan aminmuin@gmail.com
Nota:
Syarat peraduan WAJIB DIBACA bersama dengan Borang Borang
Penyertaan & Perakuan Hakcipta.
Ditandatangani
di Ibu Pejabat New Sabah Times, Kota Kinabalu
29 Ogos 2016
DRS HENRY BATING, AMN, BSK
Presiden Persatuan
Penulis Momogun Malaysia
(MOMOGUNSIA)
|
MOHD. AMIN BIN MUIN
Editor
Bahasa Melayu
New Sabah
Times
|
Saksi
Nama &
tandatangan
|
Saksi
Nama &
tandatangan
|
Borang
Penyertaan & Perakuan Hakcipta
Hadiah
Cerpen MOMOGUNSIA-NEW SABAH TIMES 2016 / 2017
Nama:
...............................................................................
.............................................................................................
No. Kad Pengenalan:
..........................................................
Umur:
................................................................................
Alamat:
..............................................................................
.............................................................................................
..............................................................................................
No. Telefon (R/P/TB):
..........................................................
..............................................................................................
E-mel:
..................................................................................
Faksimile: ............................................................................
Judul Cerpen:
1............................................................................................
2............................................................................................
Saya mengesahkan bahawa karya ini ialah karya asli saya
dan saya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Sayembara Menulis Hadiah Cerpen MOMOGUNSIA-NEW SABAH TIMES 2016 / 2017
NAMA:
........................................................
Tarikh:
........................................................
SAYEMBARA
MENULIS
HADIAH
CERPEN MOMOGUNSIA-NEW SABAH TIMES 2016 / 2017
Cerpen
Terbaik Bulanan: RM100
Cerpen Terbaik
Keseluruhan: RM500 + Buku + Sijil
Kedua Terbaik:
RM400 + Buku + Sijil
Ketiga
Terbaik: RM300 + Buku + Sijil
UNTUK KEGUNAAN
URUS SETIA
Tarikh terima:..............................................................
No.
Pendaftaran:.........................................................
No comments:
Post a Comment