YATIM dan Noor Aisah bersama peserta bengkel sastera SMK Datuk Peter Mojuntin.
Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin mengorak minda mengangkat martabat sastera
Oleh
HENRY BATING
PENAMPANG:
Ketua Penerangan Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), Yatim Ahmad
menjadi tamu khas Bengkel Apresiasi Sajak dan Skema Pemarkahan Kesusasteraan
Melayu SPM 2016 SMK Datuk Peter Mojuntin di sini kelmarin.
Yatim
yang juga kolumnis sastera akhbar tempatan New Sabah Times diiringi
timbalannya, Monsu Godon menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Membaca Sastera di
Sekolah dan Perkembangan Sastera Sabah’.
“Usaha
akan dibuat sebagai susulan bengkel ini untuk menjadikan SMK Datuk Peter
Mojuntin sebagai anak angkat Momogunsia dalam menerajui perkembangan
kesusasteraan di kalangan pelajar setempat,” kata Yatim.
Bengkel
yang dikendalikan Ketua Bidang Bahasa sekolah itu, Noor Aisah Maidin disertai
kira-kira 50 pelajar yang terdiri daripada kalangan mereka yang sedang duduk di
Tingkatan Empat dan yang sedang mempersiapkan diri menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun.
Menurut
Yatim, dalam pembentangannya, perkara yang dikongsikan ialah berkaitan
apresiasi sajak di luar disiplin pembelajaran sekolah dan buku teks bertujuan
untuk merangsang kalangan pelajar mencipta sajak tanpa terlalu terikat dengan
teks sastera di sekolah.
YATIM bersama sebahagian pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.
“Akan
tetapi dengan berbuat demikian pelajar kena banyak membaca khususnya tentang
puisi dan pelbagai karya puisi,” kata Yatim.
Dari
segi pencapai sekolah itu dalam bidang kesusateraan, dapat dibanggakan bahawa
rekod menunjukkan sekolah itu pernah menang anugerah cipta lirik puisi dengan
menjadi johan peringkat sekolah-sekolah Daerah Penampang 2015 dan naib johan
deklamasi puisi sekolah menengah Daerah Penampang.
SMK
Datuk Peter Mojuntin juga menjuarai Pesta Pantun Peringkat Daerah Penampang 2009
dan 2013.
Sementara
itu, Noor Aisah yang juga ketua unit sastera sekolah itu kemudian menyampaikan
panduan mengenai skema pemarkahan kesusasteraan dalam peperiksaan SPM.
Noor
Aisah yang juga penulis produktif merupakan guru bahasa dan kesusasteraan Melayu
beserta pendidikan visual di sekolah tersebut.
YATIM
menerima cenderahati dari Noor Aisah.
YATIM
bersama sebahagian pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.
No comments:
Post a Comment