Monday 25 February 2019

Keretapi lonjak pembangunan Pekan Melalap


Keretapi Tenom - Melalap bakal melonjak perkembangan Pekan Melalap


PETER dan rombongan melawat runtuhan setesen Melalap zaman penjajah.
Oleh HENRY BATING
24/2/19
PENGUMUMAN Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony pada Rabu (20/2) untuk membuka semula perkhidmatan Keretapi Negeri Sabah Tenom – Melalap bakal mengembalikan kepentingan Pekan Melalap zaman penjajahan dan awal kemerdekaan.

Dengan meletakkan harapan positif, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap menempati kapasiti strategik merintis kembali pemulihan perkhidmatan keretapi itu yang terhenti total awal 1970-an.

Peter selaku Adun Melalap dan menteri bertanggungjawab terhadap pembangunan infrastruktur negeri Sabah adalah pemimpin tepat yang berwewenang merintis semula usaha berkenaan.

Dengan mengambil kira pendekatan baharu menyambung perkhidmatan keretapi Tanjung Aru – Tenom kira-kira 15km lagi untuk jarak Tenom – Melalap, sudah pasti Melalap bakal wujud sebagai pekan kedua terpenting selepas pekan Tenom. Malahan menjadi alternatif kepada kampung-kampung berdekatan dalam daerah Keningau.

Dengan menempatkan pelbagai kepentingan tambahan ke atas Pekan Melalap, sudah pasti penduduk pelbagai kampung di Mukim Melalap Tenom dan Mukim Senagang Keningau bakal menjadi pengunjung penting Pekan Melalap.

Perkhidmatan keretapi hanya satu di antara banyak faktor yang bakal mempengaruhi lonjakan perkembangan Pekan Melalap sebagai pusat kegiatan ramai untuk pelbagai urusan.

Kepentingan pekan Melalap zaman penjajahan hanya bersandar kepada fungsi pusat itu sebagai perladangan getah (kini kelapa sawit) untuk kemudahan logistik dan pengangkutan penumpang.

Gudang-gudang getah terletak di Melalap. Terminal pemunggahan pelbagai hasil pertanian terletak di Melalap. Manakala penduduk kawasan pedalaman memanfaatkan stesen keretapi Melalap untuk perjalanan ke pelbagai daerah pesisiran pantai barat selatan Sabah sehingga ke Kota Kinabalu (dahulu Jesselton).

Pembukaan semula keretapi Tenom – Melalap boleh mengekalkan fungsi sebagai pusat logistik dengan mengambil kira pelbagai produk pertanian dari Melalap dan Tenom yang pada umumnya masih kekal terbilang popular memenuhi pasaran di pelbagai daerah termasuk sehingga ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Di samping itu, keretapi Tenom – Melalap masih mampu diletakkan sebagai kemudahan pengangkuatan penumpang untuk pelbagai rombongan termasuk pelancong demi menikmati keunikan pengangkutan alternatif, satu-satunya perkhidmatan seumpamanya di Borneo.

Di sekitar pekan Melalap terdapat Pusat Kebudayaan Murut, Taman Sabah Stesen Ulu Sumbiling, pusat ternakan ikan Kg Jawa, lokasi kapal perang terhempas di Ulu Lindopon dan pelbagai destinasi lasak dan rekreasi di Pamilaan.

Apabila perbandaran Pekan Melalap yang sudah memulakan fasa pembangunannya ketika ini dilengkapi pelbagai faktor lain, lonjakan perkembangan pekan Melalap sudah pasti menampakkan sinar.

Ini termasuk perancangan mengangkat status Melalap sebagai pusat pentadbiran daerah penuh atau daerah kecil, pembinaan sekolah menengah dan pembinaan kampus pengajian kolej atau universiti.

Atas sokongan doa restu rakyat dan dukungan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal, adalah menjadi harapan semua pihak kiranya perancangan pembangunan Melalap dapat direalisasikan.

PERBANDARAN Pekan Melalap warisan zaman penjajah.




Tuesday 12 February 2019

Miss Cultural Ambassador Utara Sabah


Miss Cultural Ambassador tampil 14 jelitawan tradisi etnik utara Sabah


Oleh HENRY BATING
dan BENJOHN SIMBAKU
12/2/2019

KOTA MARUDU: Grand Final Miss Cultural Ambassador 17 Feb ini bakal 
ALICE
menampilkan 14 finalis jelitawan merebut kejuaraan tiga daerah merangkumi Pitas, Kota Marudu dan Kudat untuk membawa cabaran ke peringkat negeri kelak.

Pengerusi penganjur Alice Bongol berkata pertandingan yang diadakan di Dewan Komuniti itu bertujuan mengetengahkan pakaian tradisional etnik tiga daerah berkenaan yang diadun dengan fesyen moden.

“Pertandingan ini juga bertujuan untuk membuka ruang kepada beliawanis untuk menguasai kemahiran tampil di hadapan ramai,” katanya.

Dari 14 finalis tiga daerah bahagian utara Sabah, Kota Marudu mengenakan lapoi Kimaragang, Matunggong sudah pasti mempertaruhkan sumuni yang sinonim dengan pakaian tradisi Rungus manakala Pitas dan Tandek bakal menggayakan lapoi Kimaragang dan pakaian tradisi Kadazan Penampang.

Menurut Alice, malam gala grand final yang menjadi medan memilih tiga pemenang akan mewakili tiga daerah utara Sabah, dijangka menarik kehadiran ramai beserta tetamu kenamaan, artis, para penggiat seni dan beberapa pemenang Unduk Ngadau tahun lalu.

“Pemilihan ratu budaya bertemakan ‘Perpaduan Melalui Kepelbagaian Budaya’ ini juga mahu memperkenalkan keunikan serta keharmonian budaya dan kesenian pelbagai etnik di utara Sabah,” kata Alice.

LIMA dari 14 finalis
Alice yang berpengalaman mengendalikan majlis serupa di samping menjadi juri dalam beberapa Unduk Ngadau anjuran KDCA berharap pertandingan itu dapat mengeratkan persefahaman dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

Pada majlis itu, turut memperagakan kemahiran ialah kalangan penggiat fesyen, jurusolek, pendandan rambut, salon serta produk kecantikan bagi menjadikan bidang kesenian itu sebagai salah satu bidang usaha kalangan generasi muda demi menampilkan kreativiti yang lebih kompetitif dan inovatif.

Kalangan 14 peserta akhir itu ialah Rina Rescey Dizuan, Liezl Mapili, Steffi Ma Mei Ting, Nor Lindianawati Lumatun, Estessi Blasé Martin, Lucia Banggangon, Shonnia Buchai, Vianna Dennia, Crystal Chong, Stella Henry, Madelline Jetin, Charlie Khung Pau Tze, Alicether Ainie Grace Mobie dan Evanna Crystal Angki.

Presiden Pertubuhan Rungus Malaysia Datuk Wetrom Bahanda dijangka menjadi tetamu kehormat dan merasmikan pertandingan tersebut, seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

SEMBILAN dari 14 finalis




Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...