Belia dalam perkembangan umat Katolik St Peter Pamilaan
Oleh
HENRY BATING
GEREJA
St Peter Pamilaan Tenom yang ada di Lologubon sekarang merupakan kelanjutan daripada dua gereja
sebelumnya iaitu Gereja St Pius di Batu 14½ (1974-1983) dan Gereja St Peter di
Toud Narantai (1983-2006).
Umat Kristiani awal Kg Pamilaan, Kg Ulu Tepoh dan Kg
Pangalat bermula penghujung 1950-an menggunakan bangunan sekolah St Pius sebagai
tempat beribadat, misa kudus dan meraikan hari-hari kebesaran gereja.
Kalangan umat itu sebelum berhijrah ke kawasan ini, telah menerima pendedahan dalam keimanan gereja Katolik di Mukim Kirokot, Tambunan.
Kalangan umat itu sebelum berhijrah ke kawasan ini, telah menerima pendedahan dalam keimanan gereja Katolik di Mukim Kirokot, Tambunan.
Umat St Pius Pamilaan Tenom, Kg Ulu Tepoh dan Pangalat |
Gereja
St Pius yang mula dibangunkan di tanah sekolah St Pius pada tahun 1974
merupakan penanda perkembangan fasa pertama umat gereja di tiga buah kampung
ini. Awalnya umat gereja ini menerima pelayanan Rev. Fr. Peter De’ Witt, paderi
berketurunan Belanda yang kemudian ditukarkan ke Paroki Kudat.
Di rektorat baru
itu, Fr. De’ Witt menemui ajal dalam insiden perompak menceroboh kediaman
paderi. Nama paderi itu kemudian diabadikan sebagai nama baharu gereja Kg
Pamilaan di Toud.
Rev. Fr. Peter De' Witt (tengah) ketika menjadi Pengarah Puskat Keningau |
Umat
gereja St Pius seterusnya dilayani paderi paroki Rev. Fr. Simon Fung (yang
kemudian ditahbis menjadi Bishop). Dalam tempoh ini, Bro. Cornelius Piong
(sebelum ditahbis menjadi paderi dan bishop) berkesempatan membantu pelayanan umat
gereja ini.
Perkembangan seterusnya ialah pembangunan gereja di Kg Pangalat, Kg
Ulu Tepoh dan pemindahan gereja Pamilaan ke lokasi yang lebih dekat dengan
perkampungan ramai umat. Tambahan pula, pihak mission mahu memanfaatkan seluruh
kawasan sekolah untuk pembangunan kemudahan pendidikan.
Umat St Pius Pamilaan bergambar di hadapan kereta Rev. Fr. Simon Fung |
Perpindahan
gereja dari St Pius ke St Peter berlangsung di bawah Rev. Fr. Francis Tsen. Perpindahan
itu dibantu Katekis Jonas Bating Kilam, Katekis Joseph Galayun dan pengerusi
Catholic Youth Association (CYA) George Sadangkat.
Akan tetapi proses transisi
itu tidak berjalan mulus. Wujud kekangan dari segi penempatan tapak. Keputusan
awal ialah menempatkan gereja baharu di kawasan simpan padang ragut di
Sawa (kini KKD St Anne Misompuru). Lokasi itu sekarang berada di tapak rumah
Intang Sarat (mendiang).
Sedang
tapak diratakan dan beberapa trip batu pasir sudah dihantar, timbul masalah
yang memerlukan keputusan baharu. WKAN Haji Hassim Dagas (Allayarham)
menimbulkan soal peraturan penggunaan tanah simpanan padang ragut (paun
kerbau).
George Sadangkat (kanan) bersama Belia St Peter |
Maka umat Kg Pamilaan bergotong-royong memindahkah sebahagian batu
pasir itu ke tapak baharu. Gereja St Peter dibangun di atas tanah milik Kayug
Kilam (mendiang) dan Paulus Elip Masuning. Dua umat ini membenarkan pembinaan
itu tanpa syarat sebagai satu amal ibadat kepada umat gereja.
Pembinaan Gereja
St Peter kemudian berlangsung lancar tanpa sebarang kekangan dana. Gereja dibangun menggunakan
sumber ketukangan dua katekis dari Kemabong, Roby Tay dan James Miling Oyot.
Gereja dirasmikan Fr Tsen bersempena Krismas 1983.
Umat Gereja St Peter Pamilaan di Toud Narantai dalam satu perayaan |
Gereja St Peter di Toud Narantai
Di
gereja baharu ini, aktiviti kegerejaan mulai berkembang seiring pergerakan
semasa yang berlaku di peringkat paroki dan keuskupan. Perkembangan itu
tertumpu kepada aktiviti kebeliaan. Meskipun aktiviti digerakkan golongan
belia, namun banyak juga aktiviti yang melibatkan umat umum dan mendapat
penyertaan menggalakkan.
Perkembangan aktiviti belia dirangsang oleh golongan
lepasan sekolah menengah St Anthony Tenom. Rata-rata lepasan sekolah itu pernah
menjadi penghuni Asrama Gereja St. Anthony. Sebagai ‘boarder’ asrama, kalangan
pelajar didedahkan kepada tugas-tugas kegerejaan, sekurang-kurang sebagai ahli
koir. Paling tidak pun sebagai pekerja di kebun paderi atau sister. Bekerja di
kebun mission melatih pelajar tentang disiplin bekerja untuk menyempurnakan
tugas.
Belia St Peter di Toud digerak alumni Asrama Gereja St Anthony Tenom |
Perkembangan
itu turut didorong oleh usaha gereja memperbanyakkan lagu-lagu rohani berunsur
tempatan. Usaha ini dipelopori Rev. Fr. Cornelius Piong (sebelum ditahbis
menjadi bishop) dan Rev. Fr. Joseph Liansim. Pada masa itu, ada saja lagu-lagu
baru dinyanyikan di mana-mana gereja dan chapel. Lagu-lagu itu dicipta kumpulan
koir di tempat masing-masing.
Para pemimpin umat Gereja St Peter di Toud |
Kepesatan
produksi seni suara lagu-lagu tempatan pada masa itu turut merangsang
keghairahan belia menjadi ahli koir. Maka kepimpinan belia gereja boleh
digerakkan asal ada seseorang yang boleh bermain gitar (meski sekadar tahu bermain
kod-kod major dengan pantingan rhythm), boleh menyanyi (termasuk menyusun suara
kumpulan first, second dan third voice) serta berdisiplin untuk mengemukakan
buah fikiran.
Gereja St Peter di Toud Narantai di atas tapak tanah Kayug Kilam dan Paulus Elip Masuning |
Ambang
perasmian Gereja St Peter di Toud sempena Krismas 1983 telah menjadi permulaan
kepada era baharu gerakan kegerejaan di Kg Pamilaan. Lagu-lagu baharu telah mula
dinyanyikan secara berkumpulan khususnya belia di Sawa. Lagu-lagu baharu itu
termasuk ‘Anak Allah’ yang dipelajari Jaubid Intang (mendiang) dan Albert
Karang di daerah lain.
Henry Bating turut memperkenalkan beberapa lagu Kadazan
yang dipelajarinya di St Michael Penampang dan beberapa mazmur yang
dipelajarinya di Stella Maris Tanjung Aru serta Good Sheperd Manggatal. Pendedahan
itu dilaluinya selama sembilan bulan belajar di Kota Kinabalu.
Drama Kelahiran Yesus Belia St Peter Pamilaan di pentas Dewan Seri Antenom |
Juanis
Sadiang menyusun skrip ‘Kelahiran Yesus’ dan mengarahkan kumpulan drama itu di
St Peter. Pementasan itu merupakan realisasi keilmuan beliau yang pada ketika
itu sedang menuntut di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Drama itu telah menarik
perhatian Gereja St Anthony Tenom.
Drama ‘Kelahiran Yesus’ dipentaskan beberapa
kali. Dua tahun kemudian, drama itu dipentaskan di Dewan Seri Antenom dalam perayaan Krismas antara gereja yang dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Kadoh Agundong.
Seekor kambing biri-biri hidup dibawa khusus menaiki bas bersama para pelakon dari Kg Pamilaan ke pentas dewan itu. Kadoh turut terhibur menyaksikan kambing dalam lakonan itu yang tidak semena-mena membuang kotoran bertompok-tompok di atas pentas.
Seekor kambing biri-biri hidup dibawa khusus menaiki bas bersama para pelakon dari Kg Pamilaan ke pentas dewan itu. Kadoh turut terhibur menyaksikan kambing dalam lakonan itu yang tidak semena-mena membuang kotoran bertompok-tompok di atas pentas.
Drama Kelahiran Yesus sempena Krismas St Peter 1984 dengan watak Yusof dilakonkan oleh Peterus Hendrikus |
Lanskap
gereja diperindah di bawah koordinasi George Sadangkat selaku pengerusi Majlis
Gereja St Peter. George ketika itu bertuugas sebagai kerani pentadbiran di
Pejabat Daerah Kecil Sook. Penasihat Majlis Gereja, Raymond Emus Gintod turut
memantau perkembangan.
Seperti biasa umat menyumbang tenaga bergotong-royong di
bawah seliaan Katekis Joseph Galayun (mendiang) dan dua Ketua Kampung, KK Linus
Pawi Mantakag (mendiang) dan KK Jonas Bating Kilam (mendiang).
Rev. Fr. Francis Tsen merasmikan Gereja St Peter Pamilaan di Toud |
Ketika
majlis perasmian itu, lagu-lagu misa kudus dan persembahan pentas berjalan
sempurna mengikut aturcara yang telah disusun oleh George, Henry dan John Sarat.
Majlis perasmian itu turut dihadiri kumpulan koir dari St Francis Pangalat dan
umat dari Kg Ulu Tepoh.
Sesungguhnya, belia Kg Pangalat pada ketika itu (dengan
gabungan belia Ulu Tepoh) di bawah koordinasi Katekis Robin Ubod sudah
melangkah lebih ke hadapan dalam penyertaan pesta koir di luar kampung. Ketika itu Gereja Salib Olidang Ulu Tepoh
baru berada dalam fasa pertama pembinaan.
George Sadangkat dan Henry Bating |
Umat Gereja St Peter di Toud
Meski
gereja baharu sudah menempati tapak hampir tiga kilometer jauh dari lokasi asal
Gereja St Pius, namun umat-umat asal St Pius dari luar kampung terus menghadiri
kebaktian di St Peter.
Antaranya umat dari Mosolog seperti Judith Satin dan anak-anak
pasangan Samudin-Murin. Keluarga Utung - Ombud Batik dari Batu 19 juga kerap
datang beribadat ke St Peter. Dari kawasan Batu 19 juga pernah Lo Kim Moi beserta
anak-anak beribadat ke St Peter. Kim Moi yang berasal dari Lulua merupakan
menantu kepada Gausi Lumpok.
Belia St Peter di Toud sedia melayani dalam apapun kapasiti. Kelihatan di kiri ialah Sr Julie (sebelum menjadi Sister FSIC) |
Tahun
1984-1986 merupakan era koir St Peter bersemarak. Banyak pesta koir dianjurkan
baik di peringkat paroki, pedalaman mahupun kampung. Kumpulan koir St Peter
mula menyertai Pesta Koir di St Anthony dan pelbagai pesta koir lain pada tahun
1984.
Kumpulan koir dikendalikan Henry Bating lantaran beliau mudah dihubungi
pihak penganjur. Beliau ketika itu bertugas di Pejabat PKR Tenom sebagai
pembantu kerani. Henry juga merupakan ahli koir St Anthony sebagai kelanjutan
dari penglibatan koirnya sepanjang bersekolah di SM St Athony. Di samping itu, beliau menjadi anggota kumpulan Koir St Anthony dalam dua Pesta Koir Pedalaman, di St Francis Xavier Keningau (1982) dan di St Peter Clever Ranau (1986).
Henry dan Stephen Malujin menganggotai Koir St Anthony di Pesta Koir Pedalaman di St Peter Clever Ranau |
Kumpulan koir St Anthony yang dipimpin oleh Petros Gampok telah menghasilkan ramai pemimpin koir outstasi. Petros sebelum memulakan tugas di Tenom merupakan antara pemimpin koir St Theresa Tambunan.
Hasil
pendedahan itu, koir St Peter pernah menjadi johan pesta koir peringkat paroki,
naib johan dan pernah juga tidak memperoleh apa-apa nombor. Namun pada kebiasaannya
Koir St Peter jarang jatuh dalam lingkungan tiga teratas.
Selain anjuran di
Gereja St Anthony, Koir St Peter turut menerima jemputan penyertaan pesta koir
di tempat-tempat lain termasuk di Kalamatoi dan Mamaitom. Namun demikian,
terdapat dua peristiwa penting perjalanan Koir St Peter yang agak menonjol.
Kumpulan Koir St Peter selepas suatu pertandingan |
Pertama,
kepercayaan yang diberikan pihak paroki kepada St Peter untuk menjadi penganjur
dan tuan rumah Pesta Koir Krismas Peringkat Paroki Tenom 1984. Pelbagai
kumpulan koir dari seluruh outstasi Tenom dan Kemabong datang ke Gereja St
Peter.
Kedua, penyertaan Koir St Peter sebagai satu dari tiga kumpulan mewakili
Paroki Tenom ke Pesta Koir Peringkat Pedalaman pada tahun 1985. Dua kumpulan
lagi ialah Koir St Anthony Tenom dan St Francis Pangalat.
St Peter tuan rumah Pesta Koir Krismasi 1984 Peringkat Paroki Tenom |
Bagi
Henry, penyertaan Pesta Koir Pedalaman adalah yang paling mencabar dan amat
menyeksa motivasi sepanjang penglibatan 1983-86. Tekanan itu berlaku kerana St
Theresa mempunyai Joane Jerome dan Petrus Onggou.
Toboh ada Wences Linus dan
Evaristus Gungkit, Bundu Tuhan ada Maurice Awit sebagai pengiring dan Ranau turut
diiringi John Kinsu. Koir St Peter mendapat bimbingan Petros Gampok namun ia sendiri
sibuk mengendalikan kumpulan Koir St Anthony.
Petros Gampok (depan) pemimpin koir St Anthony Tenom |
“Malam
itu seluruh ahli kumpulan koir St Peter longlai, tidak terkata apa-apa, senyum
sesama sendiri pun sukar, ahli-ahli kami amat tertekan. Penyampaian hadiah
diadakan keesokannya. Namun pada pagi esoknya sukar sekali melihat kelibat ahli-ahli
kumpulan St Peter,” katanya.
Menurutnya
lagi, demi mengatasi rasa yang amat tertekan, beliau bersama Balasius Masuning
dan beberapa rakan lain pergi ke kedai Keningau untuk membeli
minuman dan sedikit makanan.
Koir St Peter di Pesta Koir Peringkat Pedalaman SFX Keningau |
Sebahagian makanan dihantar kepada rakan-rakan
koir St Peter di penginapan perempuan. Ketika itu barulah mereka mula keluar seorang
demi seorang dan bersiap sedia ke majlis di Dewan St Francis Xavier.
Bagi
Balasius, mewakili paroki St. Anthony Tenom dalam pertandingan koir peringkat
pedalaman setelah menjuarai pesta koir peringkat paroki Tenom 1984 bukan tugas
yang ringan.
Johan Pesta Koir Peringkat Paroki Tenom |
“Seluruh
paroki Tenom telah mmberi kepercayaan dan pengharapan penuh kepada koir St
Peter untuk membawa nama Paroki St Anthony Tenom. Apakan daya kumpulan dari
paroki-paroki lain yang mengambil bahagian bukan calang-calang. Apapun kami
bersyukur kerana sampai ke peringkat itu,” katanya.
Pesta
Koir Pedalaman disertai wakil-wakil kumpulan koir dari paroki St Peter Bundu
Kuala Penyu, St Valentine Beaufort dan D’ Canonian Beaufort (koir umat
Filipina), St Anthony Tenom, St Francis Xavier Keningau, St Theresa Tambunan
dan Toboh Tambunan, St Peter Claver Ranau, Bundu Tuhan dan Bongkud Ranau.
Ahli Koir St Peter Pamilaan diraikan umat seumpama VIP |
Atas
beberapa pencapaian itu, ahli-ahli Koir St Peter sepertinya telah mengalami
lonjakan sosial dalam lingkungan umat di Kg Pamilaan. Ahli-ahli koir St Peter
dipandang sebagai generasi berprestasi. Dalam majli-majlis keramaian di
rumah-rumah umat, kumpulan koir dilayan istimewa.
Ramai umat suka bertanya tentang pengalaman yang telah dilalui kumpulan koir. Ahli-ahli koir menerima layanan mesra dalam menghadap hidangan makanan dan minuman. Malahan ahli-ahli koir selalu juga mendapat laluan awal untuk ‘biris’. Macam VIP pula. Sempat perasan macam artis glamor.
Sesuatu
majlis seakan berseri tatkala kumpulan koir hadir. Ahli-ahli koir datang secara
rombongan. Bila balik pun selalu juga dalam rombongan. Sebabnya ketika itu
belum ada ‘street light’ seperti sekarang. Berjalan dalam gelap, seram pula membayangkan
cerita-cerita hantu.
Majlis akan serta-merta hidup dengan kehadiran ahli-ahli
koir. Manakala majlis serta-merta sunyi sebaik ahli-ahli koir pulang. Maka
ramailah juga generasi yang belum cukup umur ketika itu suka menyertai apa
sahaja aktiviti yang dijalankan di gereja.
Karoling Belia St Peter |
Perkara
tersebut diakui oleh generasi pelapis ketika itu, Rossa John Ejah. Golongan berkenaan
suka bersama kumpulan koir untuk karoling setiap menjelang Krismas. Dan yang
baiknya, mereka juga selalu menjadi anggota rombongan koir untuk ke majlis
keramaian. Sesampai di majlis keramaian, mereka turut sama mendapat layanan
istimewa dari tuan rumah.
Dalam
tempoh itu juga, Gereja St Peter pernah dipercayakan menjadi tuan rumah menganjurkan
Seminar Hidup Baru Dalam Roh Kudus peringkat paroki Tenom. Ramai peserta
datang, bukan setakat dari Tenom, malahan dari daerah-daerah luar. Manakala
dalam musim doa jalan salib, sebuah salib besar pernah didirikan di puncak
bukit Kukuton.
Fr Francis Tsen memimpin pemberkatan Salib di puncak Kukuton |
Salib
putih itu jelas kelihatan dari jalan raya menyusur jalan perkampungan. Dalam
tempoh itu, Pesta Koir Peringkat St Peter pernah diadakan dengan penyertaan
kumpulan dari semua kawasan perumahan (sekarang KKd).
Di samping itu,
pertandingan sepak takraw diadakan melibatkan pasukan semua kawasan. Turut diadakan
ialah Sesi Motivasi Peperiksaan SRP SPM. Sesi ini menampilkan penceramah
terdiri daripada George, Henry, Juanis dan John.
Raymond Emus Gintod menyampaikan hadiah pemenang takraw |
Sesi motivasi SRP SPM - dari kanan John Sarat, George Sadangkat, Juanis Sadiang dan Henry Bating |
Para peserta sesi motivasi akademik sementara menunggu detik tukar tahun 1984. Paling manang masih guna lampung pom |
Memasuki
tahun 1986, aktiviti belia dilanjutkan oleh Balasius Masuning. Ini kerana Henry
mula menumpukan tugas-tugas di Gereja St Anthony Tenom. Henry memegang pelbagai
jawatan, antaranya Setiausaha Majlis Paroki, Penolong Setiausaha Majlis Belia
Paroki.
Terdapat juga tugas-tugas sosial lain sebagai Setiausaha Penyelaras KDCA Daerah Tenom serta Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda PBS Melalap. Tugas-tugas itu belum termasuk Setiausaha Majlis Gereja St Peter dan Setiausaha JKKK Kg Pamilaan. Dominan pula jadi setiausaha, lantaran berkemahiran menaip dengan sijil kecekapan mencatat kelajuan 60 patah perkataan seminit.
Balasius bersama Koir St Peter di Malam Cahaya Krismas |
Balasius
meneruskan aktiviti Belia St Peter dengan mencari dana mengambil upah
gotong-royong di tanah umat yang membuat permintaan. Belia dengan penyertaan
katekis turut mengendalikan doa rosari dari rumah ke rumah. Doa kelompok di
gereja diadakan dan seterusnya melawat ke rumah umat untuk mendoakan ahli
keluarga yang sakit.
Belia
St Peter juga mengambil bahagian dalam perayaan Malam Cahaya Krismas di Gereja St Anthony Tenom. Di samping itu belia
turut menerima tanggungjawab menjadi koir pengiring misa kudus di Gereja St
Anthony. Tugas itu dijalankan mengikut giliran setiap outstasi seluruh paroki
Tenom.
Belia St Peter menyertai Seminar Kepimpinan Belia di Kuala Tomani |
Pada waktu yang lain, rombongan belia turut mengikuti seminar kepimpinan
belia di Gereja Kuala Tomani. Dan yang paling adventurous ialah ekspedisi mendaki
Gunung Kinabalu pada tahun 1991. Kembara berkenaan
dilanjutkan dengan mengadakan rekreasi di Pantai Tanjung Aru.
Mengumpul dana Belia melalui gotong-royong |
Bagi
menunjukkan identiti korporat Belia St Peter, cetakan t-shirt pernah dibuat dua
kali. Pertama berwarna pink dan kedua berwarna putih. Pencetakan dijalankan
secara manual dengan sokongan kemahiran Juanis Sadiang.
Cetakan lagu-lagu
rohani turut dijalankan bagi menutupi kekurangan buku-buku panduan ibadat
sabda. ‘Typesetting’ dibuat dengan menaip manual dengan menggunakan mesin taip ke atas stensil lalu dicetak
menggunakan mesin ‘roneo’ secara menggiling.
Untuk tugas ini, Belia amat
berterima kasih kepada Guru Besar St Pius, Aloysius Chiew kerana membenarkan
pencetakan itu menggunakan mesin sekolah. Kira-kira pada tahun 1990, kepimpinan
Belia St Peter diteruskan oleh Benedict Kongor.
Benedict meneruskan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sebelumnya. Doa kelompok, doa rosari, karoling dan penyertaan ke pesta koir diteruskan. Sekadar menambah aktiviti lawatan ke chapel-chapel berdekatan, mengadakan doa kelompok gabungan dengan beberapa chapel berjiran dan memberikan hadiah kepada ahli koir yang melangsungkan perkahwinan.
Belia St Peter pernah mengadakan lawatan ke Chapel Santa Maria Goretti Gaulan, Keningau, Chapel Salib Olidang Ulu Tepoh dan Chapel St Francis Pangalat. Sementara itu, doa kelompok gabungan pernah diadakan bersama Belia Katolik Senagang. Menjelang 1990, Benedict melepaskan tugasnya untuk mengikuti kursus pertanian di Timbang Mengaris, Kota Belud.
Helda Linus Pawi meneruskan tugas memimpin Belia St Peter (1990-92). Ketika tempoh inilah ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu dilaksanakan. Ekspedisi itu dikendalikan pengurusannya oleh Balasius Masuning.
Dalam tempoh ini juga Pesta Koir Krismas Peringkat St Peter dijalankan dengan penyertaan antara zon dalam kampung (sekarang antara KKD). Terdapat tiga kumpulan bertanding pada ketika itu yang melibatkan Lologubon, Tobobon dan Sawa.
Kumpulan Koir Sawa memenangi pertandingan itu dengan menyanyikan lagu yang diciptakan oleh Heldah. "Saya menciptakan lagu bertajuk 'Hari Ini KelahiranNya' yang turut mendapat sentuhan pemurnian oleh Albert Karang. Tempat kedua dimenangi Tobobon dan ketiga Lologubon," kata Helda.
Gotong-royong mencari dana diteruskan yang pada kebiasaannya ketika musim mengetam padi. Setiap seorang ahli dibayar tuan rumah RM3. Doa rosari dari rumah ke rumah diteruskan. Pada tempoh ini juga St Peter menghantar wakil ke pertandingan Kuiz Alkitab Paroki Tenom di St Anthony. Helda membawa amanah itu dan memperoleh pencapaian tempat pertama.
Sekali lagi ketika Paska Gereja di Ulu Tepoh, kumpulan Belia St Peter menyertai Kuiz Alkitab yang diwakili oleh Helda, Bronica Hendrikus dan Juliana Karang. Sekali lagi kumpulan St Peter memperoleh pencapaian johan. Syukur kepada Tuhan. Manakala pernah sekali Belia St Peter menyertai Seminar Hidup Baru Dalam Roh Kudus di Gereja Mandalom, kampung asal Rev. Fr. David Mamat.
Benedict Kongor ketika memimpin Belia St Peter |
Lawatan Belia St Peter ke Kg Gaulan, Keningau |
Belia St Peter pernah mengadakan lawatan ke Chapel Santa Maria Goretti Gaulan, Keningau, Chapel Salib Olidang Ulu Tepoh dan Chapel St Francis Pangalat. Sementara itu, doa kelompok gabungan pernah diadakan bersama Belia Katolik Senagang. Menjelang 1990, Benedict melepaskan tugasnya untuk mengikuti kursus pertanian di Timbang Mengaris, Kota Belud.
Ekspedisi Belia St Peter Pamilaan mendaki Gunung Kinabalu |
Dalam tempoh ini juga Pesta Koir Krismas Peringkat St Peter dijalankan dengan penyertaan antara zon dalam kampung (sekarang antara KKD). Terdapat tiga kumpulan bertanding pada ketika itu yang melibatkan Lologubon, Tobobon dan Sawa.
Kumpulan Koir Junior St Peter 1984 |
Gotong-royong mencari dana diteruskan yang pada kebiasaannya ketika musim mengetam padi. Setiap seorang ahli dibayar tuan rumah RM3. Doa rosari dari rumah ke rumah diteruskan. Pada tempoh ini juga St Peter menghantar wakil ke pertandingan Kuiz Alkitab Paroki Tenom di St Anthony. Helda membawa amanah itu dan memperoleh pencapaian tempat pertama.
Stephen Malujin memimpin karoling |
Sekali lagi ketika Paska Gereja di Ulu Tepoh, kumpulan Belia St Peter menyertai Kuiz Alkitab yang diwakili oleh Helda, Bronica Hendrikus dan Juliana Karang. Sekali lagi kumpulan St Peter memperoleh pencapaian johan. Syukur kepada Tuhan. Manakala pernah sekali Belia St Peter menyertai Seminar Hidup Baru Dalam Roh Kudus di Gereja Mandalom, kampung asal Rev. Fr. David Mamat.
Stephen
Malujin yang meneruskan kepimpinan Belia St Peter (1992-94) mengimbas semangat
belia ketika itu sebagai amat membanggakan dalam menyertai apa juga aktiviti yang
dijalankan. “Saya percaya semangat itu merupakan kesinambungan dan suntikan
semangat gagasan belia yang terdahulu,” katanya.
Semangat Belia St Peter tetap membara |
Namun
begitu Stephen menyatakan pelayanan bukannya tidak ada cabaran. Ini kerana
ketika bertugas sebagai guru di SK Jawa Sumbiling, cabaran utama beliau sebagai
pengerusi ialah belum mempunyai kenderaan sendiri. “Ini menyebabkan banyak
tugas tergendala namun ahli-ahli sentiasa memberi sokongan khususnya dalam
aktiviti koir,” katanya.
Menurut
Stephen, pada masa itu St Peter menyertai Pesta Koir dan memperoleh tempat
ketiga dengan membawakan lagu ciptaannya.
Persembahan pentas ahli-ahli koir junior St Peter |
Dan yang
paling memberangsangkan ialah penyertaan generasi awal belasan tahun ke dalam
karoling Krismas walaupun tidak diberi t-shirt karoling, mereka ikut juga. Doa
kelompok diadakan sebagai peneguhan iman. Aktiviti mencari dana melalui
gotong-royong terus diadakan.
Tapi pernah ketika gotong-royong sebahagian ahli
tertidur di kebun kerana ‘kogutan’. Selepas bekerja, tuan rumah menyediakan
makanan dan minuman berbentuk ‘linutau’. Masa itu tumpung belum ‘pemos’.
Karoling Krismas Belia St Peter Pamilaan merentas sawah bendang |
Kepimpinan
Belia St Peter disusun kemudian pada tahun 1995 dengan Spencer Linus menjadi
pengerusi. Pada tahun itu, Spencer bersama Julinah Jonas Bating (sebelum menjadi
Sister FSIC) memulakan Kelas Inisiasi Kanak-Kanak (IKK).
Pengenalan kelas ini
dibantu oleh Sr Calista Saliun melalui satu retreat pembimbing IKK yang
dihadiri kalangan belia St Peter. Dalam kelas IKK yang diadakan, calon komuni
pertama yang paling muda ialah John Francis, berumur tujuh tahun ketika
itu. Kini John merupakan guru di SMK Banggi.
Bagaimanapun, kelas IKK itu
terhenti setahun kemudian apabila Spencer memasuki Maktab Perguruan Gaya Kota
Kinabalu. Kepimpinan Belia diteruskan oleh timbalannya Irene Marius.
Begitupun, tidak berapa lama Irene dihantar berkursus ke Puskat untuk
menjadi pembantu katekis.
Sr Julie (kanan) bersama Belia St Peter sebelum menjadi Sister FSIC |
Kepimpinan
Belia St Peter (2001-2002) diteruskan oleh James Jonas Bating. Menurutnya dalam
tempoh itu tidak banyak pencapaian menonjol, sekadar meneruskan legasi
kepimpinan sebelumnya.
Bagaimanapun, bilangan belia yang menyertai aktiviti
amat menggalakkan sehingga melebihi 50 orang. Antara aktiviti yang pernah
dijalankan ialah lawatan ke Wasai Pamilaan dan ke TVRC Tambunan. Akan tetapi
bilangan yang ikut serta ke TVRC terhad lantaran kapasiti pengangkutan yang terhad.
Bas milik Thaddius Sukim Sarat pengangkutan utama Koir St Peter |
Ketika
itu bas yang digunakan dipandu oleh Charles Sukim Sarat (sebelum menjadi
katekis). Belia juga sempat membeli dua buah gitar baharu. Peranan itu beliau
tinggalkan selepas setahun untuk mengikuti latihan pergigian di Pulau Pinang.
Tugas
pengerusi Belia St Peter diteruskan oleh Stanly Leo. Aktiviti karoling Krismas
diteruskan dengan penyertaan menggalakkan dari kalangan belia. Pada tahun 2003,
beberapa ahli Belia St Peter mengikuti Seminar Katekatikal di Holly Cross Toboh
Tambunan. Selain itu, belia St Peter juga menyertai beberapa seminar kepimpinan belia di paroki St Anthony Tenom.
Pada tahun
2004, Belia St Peter menghadiri upacara Kaul Kekal Sr Julie J. Bating di St
Joseph Papar. Pada tahun ini juga Belia St Peter menganjurkan perayaan Krismas
yang mana misanya dipimpin oleh Rev. Fr Francis Dakun.
Menjelang
2006, bangunan Gereja St Peter di Toud mula berpindah secara beransur-ansur ke
Lologubon. Perpindahan itu disebabkan oleh tapak sedia ada tidak dapat menampung
penambahan bangunan untuk keselesaan umat.
Tambahan pula, pihak Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak telah memberi kebenaran untuk mengeluarkan
sebahagian kawasan simpan padang ragut untuk perumahan penduduk dan pembinaan
bangunan awam. Maka sebuah dewan umat mula dibangunkan.
Di bangunan baharu itu,
pada 13 Mei 2006 diadakan Ulang Tahun Keuskupan Keningau Peringkat Paroki Tenom.
Perayaan itu dihadiri Rt. Rev. Bishop Cornelius Piong. Ketika itu, Komiti Umat
Katolik (KUK) dipengerusikan oleh Sukim Sarat.
No comments:
Post a Comment