Showing posts with label Piolungan Wasai. Show all posts
Showing posts with label Piolungan Wasai. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

Tradisi 'Miilang Misuwu' dalam perkahwinan Kadazandusun

Resepsi tradisi Murut-Dusun jalin kemesraan pengantin-tetamu
ABIGAIL menyuap suami dalam upacara ‘misuwu’.

Oleh HENRY BATING
Foto CALEXTUS SUKIM


'Miilang Misuwu' dalam tradisi perkahwinan suku kaum Kadazandusun di pedalaman Sabah adalah mirip kepada upacara 'Miohon Pinisi' dalam tradisi perkahwinan suku kaum itu di Papar dan Penampang.
“Miilang Misuwu adalah simbol kepada permulaan hidup sebagai pasangan suami isteri. Miilang (makan bersama) adalah simbol kehidupan masa hadapan pengantin untuk melayari kehidupan bersama secara rukun, berbelas kasih dan sayang, dalam segala keadaan, baik pada masa senang mahupun dalam keadaan susah. Misuwu (saling meyuap makanan) merupakan simbol perkongsian hidup yang abadi, saling memberi dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Jari suami yang menyuap ke mulut isteri menjadi simbol permulaan usaha suami berkongsi rezeki kepada isteri. Jari isteri yang menyuap ke mulut suami menjadi simbol permulaan usaha isteri melengkapi rezeki suami untuk kesejahteraan hidup berkeluarga.”
Demikian petikan intisari tradisi 'Miilang Misuwu' dalam perkahwinan masyarakat Kadazandusun di sekeliling kaki Gunung Kinabalu.

Dunston Polus Masundang dan Abigail Deborah Vivian melewati 2016 dengan merealisasikan tradisi Murut-Dusun dalam resepsi ketiga majlis perkahwinan mereka. Resepsi 31 Disember 2016 mereka langsungkan di Homestay Piolungan Wasai, Kg Pamilaan, Tenom untuk merai saudara-mara suku kaum Murut di Melalap dan keluarga dari Kg Pamilaan, Kg Ulu Tepoh, Kg Pangalat, Kg Bomboi, Keningau, Apin-Apin, Kg Kitou, Tambunan dan Kg Nosoob, Penampang.
Dunston, 31, pegawai polis di Kuching berasal dari Kg Makakagas, Tenom dan Abigail, 31, eksekutif perbankan di Kuala Lumpur berasal dari Kg Nosoob, Penampang, dipersatukan dalam perkahwinan kudus di Gereja St Thomas, Kepayan. Mereka kemudian meraikan majlis di Hongkod Koisaan, Penampang dan rumah kediaman di Kg Makakagas, Tenom.
Majlis perkahwinan di Piolungan menutup tirai resepsi mereka. Resepsi ini dilangsungkan dalam suasana tradisi dengan persekitaran semulajadi perkampungan. Majlis dimulakan dengan perarakan diiringi paluan gong Murut. Perarakan yang sampai di Piolungan kira-kira 1.30 petang itu kemudian disambut paluan gong Dusun rentak Penampang.

UPACARA Miilang disertai ibu bapa pengantin.

Pengantin kemudian menyambut kehadiran para undangan khas dengan majlis penerimaan ‘timbagos’. Tetamu dari Melalap dan Apin-Apin masing-masing menyerahkan ‘timbagos’ sebagai petunjuk bahawa mereka telah menyempurnakan undangan yang telah dihulurkan kepada mereka. Turut menghulur salam perkenalan ialah keluarga dari Kg Kitou, Tambunan.
PERARAKAN pengantin diiringi saudara-mara.
Stanly Leo yang menjuruacarakan majlis menghuraikan serba sedikit intisari ‘timbagos’. Stanly, deejay Tambunan FM yang dikenal dengan nama DJ Stanza secara jelas membacakan falsafah di sebalik simbol timbagos.
“Timbagos adalah seutas rotan yang disimpul. Simpulan dalam rotan menunjukkan tarikh perkahwinan (moginakan). Timbagos pada majlis ini menunjukkan tiga simpulan berdekatan dan satu simpulan berjauhan yang bererti tarikh 31 Disember 2016.
Sebulan sebelum majlis moginakan piangaian (perkahwinan) ini, rombongan keluarga-keluarga tuan rumah telah berangkat ke beberapa kawasan saudara-mara untuk menyampaikan timbagos. Penghantaran timbagos merupakan simbol undangan secara rasmi dan khusus. Seutas timbagos adalah undangan kepada sebuah keluarga beserta sanak-saudara.
Bilangan timbagos yang dihantar oleh keluarga-keluarga pihak tuan rumah, akan diserahkan kembali pada majlis ini. Bilangan timbagos yang diterima akan dijumlahkan dan disamakan dengan bilangan timbagos yang telah dihantar. Apabila bilangannya sama, itu bererti semua talap (undangan) telah memenuhi pangalapan (jemputan) kepada mereka.”
Demikian Stanly membacakan pengenalan mengenai ‘timbagos’.
RUPA bentuk ‘timbagos’.
PENGANTIN membahagikan hadiah kepada kanak-kanak.

Doa makan kemudian diungkapkan untuk mempersiapkan pengantin dalam upacara ‘Miilang Misuwu’ yang akan diikuti majlis makan bersama hadirin. Sekali lagi Stanly membacakan intisari falsafah di sebalik upacara ini yang mirip dengan upacara ‘Miohon Pinisi’ di Papar dan Penampang.
“Miilang Misuwu adalah simbol kepada permulaan hidup sebagai pasangan suami isteri. Miilang (makan bersama) adalah simbol kehidupan masa hadapan pengantin untuk melayari kehidupan bersama secara rukun, berbelas kasih dan sayang, dalam segala keadaan, baik pada masa senang mahupun dalam keadaan susah.Misuwu (saling meyuap makanan) merupakan simbol perkongsian hidup yang abadi, saling memberi dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Jari suami yang menyuap ke mulut isteri menjadi simbol permulaan usaha suami berkongsi rezeki kepada isteri. Jari isteri yang menyuap ke mulut suami menjadi simbol permulaan usaha isteri melengkapi rezeki suami untuk kesejahteraan hidup berkeluarga.”
Demikian Stanly membacakan pengenalan mengenai upacara ‘Miilang Misuwu’.
DUNSTON menyuap isteri dalam upacara ‘misuwu’

Misuwu dijalankan dalam tujuh siri. Setiap siri, pengantin lelaki dan perempuan 'misuwu' (saling berbalas menyuap). Misuwu dijalankan dengan penuh hemah, tertib dan rasa kasih dan sayang. Setiap suwu (suap) mewakili setiap jenis menu yang dihidangkan. Menu adalah hidangan tradisi yang disajikan dengan penuh rapi di atas meja di mana pengantin beserta ibu bapa duduk menghadap bersama. Upacara misuwu disaksikan segenap hadirin dan juruacara menyebutkan setiap siri misuwu, dari suwu pertama sehingga ke suwu ketujuh. Selesai upacara misuwu, pengantin meninggalkan meja utama untuk menemui setiap hadirin.


PENGANTIN bersama tetamu dalam upacara ‘modsiop mitorungak’ dalam tradisi Murut.
Dalam majlis yang diiringi gong Murut, gong Dusun, Narantai Music & Sound serta Bluemoon Acoustic Band, pengantin kemudian mempersilakan hadirin menjamu selera.
Majlis diteruskan oleh pengantin dengan membahagi-bahagikan hadiah kepada kanak-kanak. Acara ‘manahas sinompuru’ menyusul dengan pengantin menghidangkan minuman tradisi dalam 10 bekas buluh rugading yang disepadukan dalam satu tangkai ikatan rotan.
Para undangan kemudian diraikan dalam ‘modsiop mitorungak’ yakni menghadap minuman tradisi dalam tempayan secara saling berhadapan. Interaksi rasmi pengantin dengan hadirin diakhiri dengan segmen pengantin ‘manahas magapon’. Dalam segmen ini, pengantin menghidangkan minuman tradisi dalam sebuah bekas buluh rugading berbentuk pancing.
TETAMU dihidangkan minuman dalam ‘sinompuru’.

Membahagikan hadiah kepada kanak-kanak, manahas sinompuru, modsiop mitorungak dan manahas magapon memperlihatkan pelayanan pengantin kepada hadirin. Dalam setiap segmen itu, pengantin datang kepada setiap tetamu untuk beramah-mesra.

Sinompuru, modsiop dan manahas magapon, secara tradisinya diisi dengan minuman tradisi. Namun demikian, dalam amalan yang lebih umum, setiap segmen itu boleh dijalankan dengan mengisi hidangan minuman ringan yang boleh dikonsumsikan setiap lapisan masyarakat.
Turut menyaksikan resepsi tradisi itu ialah sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi dari Kuala Lumpur.

PENGANTIN dalam segmen ‘manahas magapon’.

Versi Boros Kadazandusun
Utusan Borneo Kota Kinabalu 9/1/17

‘Miilang Misuwu’ kotimpuunon mikoruhang id pisasawaan

Di HENRY BATING
MIILANG misuwu nopo nga kopiagal do ‘miohon pinisi’ id Papar om Penampang. Miilang misuwu id koubasanan piangaian tulun Kadazandusun nopo nga iso kotimpuunon koposion do mikoruhang. Miilang makan popokito do koposion sogigisom id pialatan do duwo miniongoi montok monoguang koposion selajur diolo miampai mitoluod om miginawo, ontok timpu do asanang toi ko osusa.
Misuwu nopo nga kokitanan pikoruhangan selajur, miginawo om mitoluod id pialatan do tiso om tiso. Tunturu do sawo di posuwu takanon kumaa id kabang do sinawaan nopo nga kokitanan do kotimpuunon toguangon do sawo montok popotungkap do kolumaagan kumaa sinawaan.Tunturu do sinawaan di posuwu takanon kumaa id kabang do sawo nopo nga kokitanan do kotimpuunon toguangon do sinawaan momoruhang kolumaagan do sawo montok komogoton do pikoruhangan om kounsikaan do paganakan diolo.

Ingkaa no susuian ‘miilang misuwu’ ih binasa di popotunud do ababayan, Stanly Leo @ DJ Stanza ontok piniangaian di Dunston Polus Masundang om Abigail Deborah Vivian di ontok 31 Disember 2016. Ramai piniangaian dilo nopo nga nakapanau id Homestay Piolungan Wasai, Kg Pamilaan, Tenom.
Kiwaa do inturu pisuwu oh duwo miniongoi do ontok dilo. Ababayan misuwu pinapanau miampai tolinuud, orulud om nogi pomurimanan piginawaan di taralom. Potitikid rontob misuwu, kusai posuwu kumaa di sinawaan om tondu posuwu kumaa di sawo. Tikid suwu nopo nga kapaampai do kawo nansakan koubasanan ih pinusurung id mija di otoguangan do duwo miniongoi miampai molohing diolo.
Ababayan misuwu nopo nga sosion do toinsanan tindapou miampai roiton di popotunud ababayan oh potitikid rontob misuwu, mantak id suwu kumoiso gisom id suwu kumoturu. Soira do opongo ababayan misuwu, mingkakat ih duwo miniongoi montok mongoi rapou kumaa toinsanan tindapou montok magangat diolo do makan.
Ramai pisasawaan di Dunston om Abigail dilo notindapou do tobpinai ngawi Murut mantad Melalap, koobpinaian mantad Pamilaan, Ulu Tepoh, Pangalat, Bomboi, Keningau, Apin-Apin, Kitou, Tambunan om Nosoob, Penampang. Karamaian pisasawaan kumointolu dilo nopo nga tinaandak tumanud koubasanan do Murut om Dusun.
Dunston, 31, upisor pulis id Kuching nopo nga mantad id Kg Makakagas, Tenom om do naamot, Abigail, 31, iksokutif bank id Kuala Lumpur nopo nga mantad id Kg Nosoob, Penampang.
Pogulu ih laid dilo, nabarakatan oh pisasawaan diolo id Panambayangan St Thomas, Kepayan, om lombus dii minanaandak yolo do pisasawaan id Hongkod Koisaan, Penampang.
Kumoinduwo, nataandak oh pisasawaan diolo id Kg Makakagas, Tenom om kumointolu, tinoliban diolo toun 2016 miampai kinapanaandakan pisasawaan id Piolungan Wasai, Pamilaan.
Kinapanaandakan id Piolungan nakapanau miampai karalanon koubasanan kopiontok do kinoiyonon id Piolungan di kakal poingkampung om nosorilian do koporingan di disan do bawang.
Nokotimpuun oh ramai dilo miampai do hinuyudan miniongoi sontonudan do paganakan om koobpinaian ih tinanud tinuntungan tagung do Murut. Di ontok nokorikot id Homestay Piolungan di pikiikiro jam ko-1.30 talib tangaadau, rinamit oh kinorikatan hinuyudan dilo miampai tuntung tagung Dusun loyuk sumazau Penampang.
Pinotilombus oh ababayan soira nokoirikau ih miniongoi sontonudan do hinuyudan miampai do ababayan kopomoromitan do ‘timbagos’. Tindapou ngawi mantad Melalap om Apin-Apin pinopotunui do timbagos diolo sabaagi kointalangan do notumboyo nodi diolo ih kinapangalapan. Poingamung nogi pinoporomut do kointutunan koobpinaian oh tindapou mantad Kitou, Tambunan.
Insan po kawagu di Stanly, deejay Tambunan FM pinopointalang kokomoi rati do timbagos ih pinotunui do tindapou kuminaa di duwo miniongoi.
Timbagos nopo nga wakau toi ko tuai di tinimbagos. Ontok piniangaian dilo, wakau dii nopo nga tinimbagos tumanud tadau moginakan do piangaian. Timbagos dii nopo nga kiwaa tolu tinimbagos mogioros om iso timbagos poinsosodu ih manaak rati do tadau ko-31.Sombulan pogulu ih do norikot oh tadau piangaian dilo, minongoi oh paganakan ngawi di mamaramai moginakan paatod do timbagos kuminaa tobpinai ngawi id Apin-Apin om Melalap. Kinapaatadan do timbagos nopo nga iso pangalapan poimbida. Iso timbagos nopo nga pangalapan montok iso paganakan om tilang-ilang ngawi diolo.Potitikid timbagos pinaatod, potunuion kawagu di naatadan do timbagos kumaa di duwo miniongoi ontok tadau moginakan. Ginumu do timbagos naramit piintobon miampai ginumu do timbagos di nakaatod.Nung miagal oh ginumu timbagos di nakaatod om ih pinotunui ontok tadau moginakan, kopogowit ilo rati do oinsanan talap nokotindapou ontok moginakan dilo.

Ingkaa no kointalangan do timbagos miagal di binasa di Stanly.
Soira nopongo ababayan kopomoromitan timbagos, miilang misuwu om makan songowian, pinotilombus oh ababayan miampai kinopotunuian do titungkap kuminaa tangaanak ngawi ih pinotunui di duwo miniongoi.
Suminusuhut dilo nopo nga ababayan minongoi ‘manahas sinompuru’ kuminaa tindapou ngawi. Sinompuru dilo nopo nga mantad suki do rugading ih sinompuru id iso kogos do wakau.
Di kopongo ilo, tinaandak di duwo miniongoi oh tindapou ngawi miampai do ababayan ‘modsiop mitorungak’. Ababayan diti nopo nga iso koubasanan do tinaru Murut.
Pinupusan oh rinuludan ababayan kopiombolutan di miniongoi om tindapou ngawi miampai do ababayan ‘manahas magapon’. Ababayan diti nopo nga moninggarung id iso suki tininggayan do rangawan tapon.
Kinopotikidan do titungkap kumaa tangaanak, manahas sinompuru, modsiop mitorungak om manahas magapon nopo nga iso karalanon kopiinsamakan id pialatan di miniongoi om tindapou ngawi. Id potitikid ababayan dilo, rumapou ih miniongoi kumaa potitikid tindapou.
Sinompuru, modsiop om manahas magapon tumanud koubasan gulu-gulu nopo nga moninggarung do tinumon koubasanan. Poingkuro po nga ontok timpu baino id nombo okon ko oinsanan tulun do moginum, kakal obuli papanahon oh ababayan dilo miampai suangan do tinumon di omilo tinumon do toinsanan tulun.

Ontok moginakan diti, poingampai nogi potindapou oh sontinimungan susumikul universiti mantad id Kuala Lumpur.

Monday, 5 December 2016

Guna wang sendiri baiki jalan Kukuton - Wasai


Penduduk baiki jalan Kukuton – Wasai guna kutipan wang sendiri

FEDELIS JUSOP

Oleh HENRY BATING
TENOM: Penduduk di Kampung Pamilaan kira-kira 25km dari sini kelmarin mengambil inisiatif sendiri mengutip wang untuk membayar khidmat jengkaut memperbaiki Jalan Kukuton – Wasai yang terbiar tanpa penyelenggaraan sejak kira-kira dua tahun lalu.
Seorang penduduk, Fedelis Jusop Kongor ketika menghubungi akhbar ini memberitahu jalan di Ulu Pamilaan yang menghala sempadan hutan simpan Taman-Taman Sabah itu penting untuk mereka berulang-alik ke kebun getah setiap hari di samping mengeluarkan hasil tanaman lain.
“Mulanya kami mengharapkan tindakan jabatan tertentu untuk menyelenggara jalan ini tapi setelah menerima persetujuan dari penduduk berkaitan, kami mengambil langkah mengumpulkan wang untuk membayar khidmat jengkaut memperbaiki jalan itu,” kata Fedelis yang juga Rakan Keningau FM.
Jalan tersebut berjarak kira-kira dua kilometer yang turut menjadi laluan ke tempat rekreasi air terjun wasai yang selama ini telah menjadi destinasi kepada penduduk setempat dan ramai pengunjung dari luar.

JENGKAUT sedang menyelenggara Jalan Kukuton – Wasai.


Langkah penduduk memperbaiki jalan itu turut diketahui Pengerusi JKKK Kg Pamilaan Ulu, Clarence Elip dan pihaknya mengucapkan tahniah atas kesedaran penduduk terlibat untuk mengambil inisiatif.
Dalam siara akhbar ini 6 Julai lalu, Fedelis menyatakan tempat berkenaan memerlukan akses jalan yang terselenggara untuk memenuhi keperluan pekebuan di samping menjadikan lokasi air terjuan di sana sebagai destinasi kembara dan rekreasi yang selesa.
Jalan Kukuton – Wasai mula dibina kerajaan sejak kira-kira 20 tahun lalu dan pada 2014 jabatan berkaitan telah menaik taraf jalan itu dengan melaksanakan penurapan simen hampir sekilometer.
"Namun jarak jalan yang sudah disimen itupun kini dilitupi rumput-rumpai di sebelah-menyebelah jalan," katanya.
Fedelis menjelaskan terdapat usaha penduduk khususnya kalangan belia bergotong-royong menyelenggara laluan itu setiap kali ada rombongan pelawat datang, namun usaha sedemikian tetap memerlukan perhatian kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam yang baik.
Tinjauan akhbar ini menunjukkan alam semulajadi kawasan itu yang agak terpelihara mampu menarik kedatangan ramai pengunjung jika jalan masuk terselenggara dengan baik kerana turut berada dalam liputan jaringan internet.

 JALAN Kukuton – Wasai hanya mampu dilalui pejalan kaki.

Keratan akhbar Utusan Borneo 7 Julai 2016 mengenai Jalan Kukuton - Wasai
FEDELIS JUSOP




Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...