Friday 30 September 2016

RTFM buka penyertaan Rombituon KDM

Radio Tambunan FM buka penyertaan Rombituon Lagu-lagu KDM
DJ Stanza

Oleh HENRY BATING
TAMBUNAN: Radio Tambunan FM (RTFM) menawarkan hadiah lebih RM1000 kepada pemenang Pertandingan Rombituon Tambunan FM yang akan diadakan di 29 Oktober 2016 di perkarangan studion radio online itu di sini yang terletak di Highway Sulap Kalangadan Cafe Tambunan.
Pengerusi penganjur, DJ Stanza @ Stanly Leo berkata pihaknya mempelawa bakat-bakat seni suara menyertai saringan suku akhir pada 8 Oktober jam 7.00 malam untuk menempah tempat ke separuh akhir 15 Oktober 2016.
“Pertandingan meletakkan pilihan bebas lagu-lagu Kadazan Dusun Murut sahaja secara solo untuk penyertaan berumur 16 tahun ke atas,” kata Stanly.
Bagaimanapun, penyertaan bagi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian peringkat negeri dan atau telah mempunyai lagu rakaman dalam album tidak akan diterima.
Tarikh tutup penyertaan adalah 5 Oktober 2016 iaitu pada Rabu depan manakala yuran penyertaan adalah RM100.
Hadiah-hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil disediakan kepada semua pemenang yang meliputi tiga pemenang utama dan tujuh penerima saguhati.
Di samping hadiah trofi dan sijil, johan bakal menerima RM1000, naib johan RM500, ketiga RM250 dan tujuh pemenang saguhati menerima RM100 setiap seorang.
Keterangan lanjut bakat seni suara RTFM yang menggunakan slogan ‘RTFM Memang OK Bahboleh ditanyakan kepada Dj Stanza 0198120553 atau 0168067383, Dj Maslee 0138745698 atau Wendy Rudolf 0198101411.




Tuesday 27 September 2016

Miss Senorita ratu peragaan, pelancongan Keningau

Miss Senorita cungkil bakat peragaan, perkenal pelancongan Keningau

15 FINALIS berentap merebut gelaran Miss Senorita.

Oleh HENRY BATING
KENINGAU: Buat pertama kali 23 jelitawan berentap merebut mahkota Miss Senorita dan enam gelaran sampingan lain yang dianjurkan bersama MG Photography & Bridal House, Make-up Artist (MUA) Keningau Pedalaman dan Janet Bridal Tambunan.
Pengarah Urusan MG Photography & Bridal House, George Minsun Uradat berkata enam lagi gelaran sampingan lain ialah Miss FB, Miss Photogenik, Miss Natural Beauty, Miss Friendly, Miss Popular dan Best Dress.
GEORGE MINSUN

“Dari 23 penyertaan yang diterima saringan telah dijalankan di mana 15 peserta bakal tampil di hadapan khalayak hadiran peringkat akhir yang diadakan di sebuah hotel terkenal di Keningau 29 Oktober depan,” kata George sambil menjelaskan acara itu bermula 7.00 petang.
Menurut George, Miss Senorita bakal menerima hadiah bernilai lebih daripada RM2,500 di mana pengadilan dilakukan berdasarkan kriteria kecantikan, kebijakan, catwalk dan disiplin.
George seterusnya menjelaskan bahawa pertandingan itu dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam dunia peragaan khususnya di kawasan pedalaman Keningau yang turut melibatkan daerah Tambunan, Sook, Nabawan dan Tenom.

PARA peserta mendengar sesi taklimat.

“Kita juga mahu mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kalangan artis make-up, pereka fesyen dan jurufoto di seluruh kawasan pedalaman Keningau melalui peserta yang mereka hantar,” kata George.
Beberapa aktiviti telah disusun untuk diikuti oleh 15 peserta peringkat akhir meliputi pendakian ke Bukit Tirig Apin-Apin, lawatan ke beberapa tempat seperti tamu Apin-Apin, Taman Bersatu Nuntunan, Tamu Ground Keningau dan Muzium Keningau.
Melalui rentetan aktiviti yang disusun, pihak penganjur berharap dapat memperkenalkan tempat-tempat berkaitan sebagai destinasi kunjungan kepada para pelancong yang melawat kawasan Keningau.

SEBAHAGIAN peserta yang hadir sesi pemilihan.

Keratan akhbar Utusan Borneo 28 Sept 2016


Monday 26 September 2016

Beganu, Ngajat, artis Dayak di Matunggong 22 Oktober


 Puisi ‘Beganu’, Tarian ‘Ngajat’ dan penampilan khas artis Sarawak
 Di Malam Semarak Puisi Etnik - Bulan Bahasa Kebangsaan 2016
sempena Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES-2016) BIMP-EAGA di Matunggong 22 Okt 2016

CLEMENCE JOY'S

Puisi Beganu merupakan puisi rakyat Iban yang berbentuk hiburan. Puisi ini dideklamasikan bertujuan untuk memuji seseorang atau sesuatu perkara. Dalam persembahan di Matunggong nanti, puisi ini mahu membawa mesej memuji perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan seminar. Puisi ini dijangka dipersembahkan selama seminit atau dua minit. Kemudian disambung dengan tarian Ngajat masyarat Iban. Tarian Ngajat juga dijangkakan mengambil masa selama satu hingga dua minit. Persembahan diakhiri dengan nyanyian khas seorang penyanyi dari Sarawak, Clement Joy’s. ini adalah rangka persembahan yang tertakluk kepada kehendak dan kesesuaian pengurusan pentas.

Puisi Beganu akan dideklamasikan oleh Dr Patricia Ganing, diiringi 2-3 penari dan diserikan kemuncak persembahan Clemence Joy’s. Clemence merupakan seorang penyanyi berbangsa Iban yang cukup dikenali di Sarawak.        Selain berkecimpung dalam seni suara, beliau juga merupakan seorang guru dan bertugas di sebuah sekolah di luar bandar Sibu. Clemence pernah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya penyanyi lelaki Dayak terbaik dalam Dayak Music Award (DAMA) 2010, lagu Dayak terbaik 2010, lagu Iban paling popular 2010, Johan pertandingan lagu Iban Sibu fm (RTM Sibu) dan banyak lagi pencapaian lain. 

Thursday 22 September 2016

Pembentangan HIIS:TST di SPES2016 Matunggong 22 Oktober


Puisi Tradisional (HIIS: TST) dalam
Pengajaran Pembelajaran Bahasa Kadazandusun



Oleh 
Linah Bagu
Pensyarah Kanan Pengajian Kadazandusun IPG Kent, Tuaran

Abstrak
Hiis merupakan karya kesusasteraan masyarakat Kadazan Dusun yang hampir dilupakan oleh pemiliknya sendiri. Hiis adalah himpunan sastera tradisi dalam bentuk puisi yang diwarisi daripada leluhurnya secara turun temurun. Hiis telah diperkenalkan dalam kurikulum Bahasa Kadazandusun sebagai salah satu elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sejak di sekolah rendah ke sekolah menengah hingga ke institut pendidikan tinggi seperti institut pendidikan guru (IPG) dan universiti. Hiis sangat signifikan dan sesuai digunakan sebagai satu pendekatan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif, aktif dan efektif berdasarkan model The Learning Pyramid. Model tersebut menjelaskan bahawa kaedah pengajaran secara penglibatan aktif lebih berkesan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti kesan penggunaan tiga jenis Hiis Tinungkusan Tinaru Kadazan Dusun iaitu Taala-ala, Sudawil dan Tandi-adi (Hiis:TST) dalam pengajaran dan pembelajaran kebudayaan dan kesusasteraan Bahasa Kadazandusun di kalangan pelajar PPISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2015. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama dengan menggunakan teknik temubual dan pemerhatian kepada beberapa pelajar terpilih. Analisis terhadap respon temubual pelajar secara transkripsi dan rekod pemerhatian digunakan. Dapatan kajian tentang  keberkesanan Hiis:TST ini menunjukkan bahawa Taala-ala, Sudawil dan Tandi-adi telah berjaya memudahkan pembelajaran mereka terhadap elemen-elemen sastera dan budaya tradisi warisan masyarakat Kadazan Dusun serta meningkatkan kemahiran  dalam aspek keindahan bahasa ibunda mereka. Hiis:TST juga telah merangsang minat dan kecintaan pelajar untuk mendalami estetika warisan tradisi budaya leluhur mereka yang hampir dilupakan.
Kata Kunci: Hiis (TST), Puisi Tradisional, Kadazan Dusun, Taala-ala, Sudawil dan Tandi-adi.




IPG Kent persembah Hiis dan Sumirid di SPES2016 Matunggong

Persembahan Hiis Tinungkusan 
Tinaru Dusun dan Tarian Tradisi Sumirid


Kumpulan Hiis Tinungkusan IPG Kent, Tuaran

menampilkan persembahan di
Malam Semarak Puisi Etnik sempena
Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES2016) BIMP-EAGA di Matunggong, 22 Oktober 2016


Persembahan ini menggabungkan puisi lisan tradisi masyarakat Dusun yang terdiri daripada Taala-ala, Sudawil dan Tudodoi serta Andayayong. Puisi lisan ini biasanya digunakan ketika melakukan aktiviti pertanian seperti mananam padi, mengetam padi dan juga semasa keramayan yang bertujuan untuk menghilangkan rasa penat sambil menghiburkan hati.

Tarian Sumirid pula merupakan tarian tradisi kaum Dusun dari daerah Ranau. Pada asalnya tarian ini merupakan pergerakan satu perlakuan meleraikan padi daripada tangkainya dengan memijak-mijak tangkai padi. Apabila pada satu ketika, daerah ini tidak aman kerana gangguan musuh, penduduk kampung menghantar pahlawan mereka pergi berjuang. Apabila pahlawan mereka kembali membawa kemenangan, mereka disambut dengan tarian “Sumirid” sebagai tanda kesyukuran, kegembiraan dan penuh kebangaan.


(Persembahan selama 8 – 10 minit ini diketuai oleh Cik Cynthiana John dan dibimbing oleh Puan Linah Bagu iaitu Pensyarah Kanan bahasa Kadazandusun juga selaku Mentor pelajar kumpulan ini)

Wednesday 21 September 2016

Kearifan lokal talaala dalam SPES2016 di Matunggong

Kearifan Lokal Kadazandusun dalam Talaala dan Pelestariannya 

 Dr. Rosliah Kiting
 Dr. Rosy Talin
Prof Madya Dr. Saidatul Nornis Haji Mahali

Kearifan lokal (local wisdom) merupakan kebijaksanaan atau nilai-nilai luhur yang terkandung  dalam  budaya lokal.                Nilai-nilai budaya lokal  yang berkaitan dengan etika, estetika, moral, agama, sosial dan world view menggambarkan jati diri sesuatu bangsa.  Manakala talaala merupakan sastera dalam rumpun hiis (puisi)  tradisi masyarakat Kadazandusun yang menyerupai pantun Melayu. Sebagai puisi tradisi, talaala menggambarkan kehalusan dan keprihatinan masyarakat Kadazandusun  pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya.  Semua perkara dimasukkan dalam satu bentuk pemikiran yang tersusun dan dijelmakan dalam pengucapan yang indah melalui rangkap-rangkap talaala. Khazanah yang sangat bernilai ini perlu dilestarikan agar kepada generasi seterusnya agar kebijaksanaan dan nilai-nilai yang terkadung dapat diwariskan. Penulisan ini akan menghuraikan nilai-nilai  kearifan lokal yang telah dimuatkan oleh kebijaksanaan pemikiran tradisi masyarakat Kadazandusun melalui rangkap talaala dengan menumpukan perhatian kepada nilai-nilai lokal yang luhur, positif dan arif.  Beberapa cadangan turut dikemukakan sebagai usaha pelestarian genre terutamanya menjadikan warisan ini sebagai bahan  pengajaran di sekolah, memenafaatkan teknologi sebagai penyebaran dan galakan pengunaan dalam kehidupan seharian.
Rosliah merupakan Pensyarah Kanan Pengajian Bahasa Kadazandusun di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Beliau yang berasal dari Tamparuli, Sabah memperoleh B.A. (Hons) dari Universiti Malaya, M.Ed (UTM) dan Ph.D (UMS). Kajiannya meliputi bidang pendidikan, bahasa, budaya dan kesusasteraan tradisional Kadazandusun.


Monday 19 September 2016

Borobudur: Jiwa dan amalan penduduk menyatu

Borobudur: Di candi itu jiwa dan amalan masyarakat Magelang menyatu
ROMBONGAN 14 pelajar UPSI di kaki tangga menaiki candi Borobudur.


Oleh HENRY BATING
KEAJAIBAN Borobudur tidak perlu diperkatakan lagi. Keagungan binaan dan kesucian candi Mahayana Buddha itu sudah tercatat berabad lamanya dalam pelbagai sumber. Namun falsafah hidup bangsa yang melestarikan warisan dunia itu tidak akan pernah pudar untuk dipelajari.
“Jiwa dan amalan hidup penduduk desa Borobudur menyatu memancarkan keagungan candi yang didirikan abad ke-9 itu tetap bersinar serta memberi hidup lahiriah dan rohaniah kepada masyarakat sekeliling”.
Demikian antara lain kesan rasa dan minda rombongan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak yang berkampung kira-kira seminggu di Yogyakarta - kota pelajar, bermula 15 September lalu.


MEMULAKAN langkah menaiki candi warisan dunia.

Rombongan 14 orang diiringi Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Dr Rosliah Kiting itu melibatkan dua pelajar pascasiswazah pengajian bahasa Kadazandusun, Florina Jumil dan Januin Jainis serta 11 pelajar prasiswazah pengajian minor bahasa Kadazandusun.
Program menghadiri seminar sastera antarabangsa Indonesia-Malaysia 2016 dikendalikan di bawah pengarah program, Lesah Kuangin. Pelajar lain terdiri daripada Ana Fiuna Dansun, Melida Simon, Roseanne Nelson, Feria Sulip Felix, Felicia Vung, Alexander Joanes, Janne Maradius, Allen Sarah Damianus, Ellysia Richard, Siti Wadinih Saili.


MENGAMBIL latar stupa terbesar candi Borobudur.

Allen, Ana dan Feria secara spesifik menyebutkan betapa kesucian Borobudur dijaga rapi sehinggakan tidak ada pengunjung dibenarkan memasuki candi itu tanpa berpakaian menutupi aurat.
“Jika ada pelancong berpakaian tidak menutupi bawah paras lutut, mereka diminta mengenakan sarung demi menghormati dewa-dewi di candi itu dan sarung boleh dibeli dekat pintu masuk,” jelas mereka.
Begitupun rata-rata anggota rombongan kagum dengan suasana semulajadi yang tetap terpelihara di sekitar candi yang terletak di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah itu.


BERADA di bumbung candi Borobudur.

Lebih mengagumkan apabila berada di atas candi Borobudur, sekelilingnya menampakkan pemandangan perkampungan semulajadi dengan kesuburan pepohonan, tebaran sawah padi, tanaman ubi kayu, sayur-sayuran dan rumah-rumah yang damai dan menyatu dengan alam.
“Persekitaran seumpama itu serta-merta menggamit kerinduan kepada kampung halaman di Sabah,” jelas mereka.
Menambah unik persekitaran candi Borobudur ialah kewujudan muzium, bioskop informasi, Kapal Samudra Raksa, seni ukir hidup pada dinding batu dan gajah hidup yang boleh ditunggangi pengunjung, pastinya dengan kadar bayaran tertentu.
Malahan terdapat keretapi dalam taman yang boleh dinaiki sekiranya pengunjung tidak memilih untuk berjalan kaki.
Lagi mengagumkan ialah kecintaan penduduk setempat sekitar candi itu yang mengutamakan warisan bangsa sendiri seperti mengenakan pakaian tradisional batik dan kebaya dalam kehidupan sehari-hari.
Perjuangan hidup kalangan penjaja barangan cenderakenangan terserlah dari kecekalan mereka memujuk rayu setiap pengunjung candi itu. Pelbagai barangan ditawarkan meliputi ‘key chain’, baju-t, kemeja batik, gelang, topi, monopod, kacamata dan banyak lagi.
Dalam kecekalan penjual menjaja barangan mereka, seperkara yang perlu diketahui pengunjung, mereka sendiri harus cekal melakukan tawar-menawar harga kerana pada kebiasaan harga boleh dikurangkan sehingga 50 peratus.


MENGHAMPIRI halaman candi Borobudur.


Bagi sebahagian anggota rombongan, situasi itu sendiri merupakan sesuatu yang unik kerana hakikatnya keadaan tawar-menawar secara sopan dan beradab seperti itu jarang kelihatan di Sabah.
Melihat kepada barangan cendera yang dijaja di Borobudur, kalangan pelajar dalam rombongan itu memikirkan bahawa kreativiti barangan kraf itu boleh diwujudkan di Sabah untuk mempelbagai jualan di kalangan peniaga kecil.
Umpamanya kemeja atau baju-t boleh direka atau disulam berasaskan corak pelbagai etnik asal Sabah kerana kelihatannya pelancong gemar mendapatkan cenderahati yang menggambarkan identiti setempat.
Kesempatan berkunjung di Borobudur membuka keinsafan betapa masyarakat desa Borobudur dalam kabupaten Magelang di mana candi itu berdiri megah, dapat melangsungkan kehidupan hanya bersumberkan penghasilan menjaga kesucian dan keajaiban candi terbesar Buddha itu.

PERJALANAN menuju tangga menaiki candi Borobudur.


Saturday 17 September 2016

Rombongan UPSI tempuh perjalanan 17 jam Jakarta-Yogyakarta

Perjalanan penuh lelah lagi mendebarkan dari Jakarta ke Yogyakarta


BERSIAR di Yogyakarta menaiki beca.


Oleh HENRY BATING
Siri II 18/9/16
MISI mengetengahkan hasil karya dan warisan tradisi ke pentas Seminar Sastera Antarabangsa Indonesia-Malaysia 2016 di Yogyakarta telah membawa perjalanan rombongan 14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak menempuh perjalanan yang agak melelahkan lagi mendebarkan.
Rombongan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah pengajian bahasa Kadazandusun itu seawal 6.00 pagi sudah bergerak dari kediaman masing-masing untuk berangkat ke stesen keretapi Tanjong Malim untuk menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) ke Kuala Lumpur Sentral.
Jam 8.00 pagi rombongan tiba di KL Sentral lalu mengambil sarapan dan menukarkan matawang Ringgit Malaysia kepada Rupiah Indonesia di kaunter tukaran wang asing. Ada di antara anggota rombongan merasa teruja memegang matawang rupiah yang melebihi Rp3 juta.
Rombongan kemudian meneruskan perjalanan keretapi menuju KLIA2 dan langsung ‘check-in’ kerana penerbangan antarabangsa mengharuskan para penumpang tiba empat jam lebih awal.
Rombongan bergerak dalam dua penerbangan dengan jadual berbeza di mana kumpulan pertama bertolak 2.55 petang dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk mendarat di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta. Namun sebaik mendarat, jam setempat menunjukkan 3.55 petang kerana waktu Malaysia awal sejam.
Selesai melengkapkan borang pendaratan yang diwajibkan imigresen, rombongan meneruskan perjalanan menaiki bas Damri menuju terminal Rawamangun untuk kemudian menyambung perjalanan ke Yogyakarta.
Dalam kesempatan mundar-mandir di sekitar Bandara Soekarno-Hatta, anggota rombongan sempat teruja melihat persekitaran yang sungguh teratur di samping menemui orang-orang yang ramah dan penuh perhatian belaka.
Perjalanan dari bandara yang terletak di arah Jakarta Selatan ke Rawamangun yang terletak ke bahagian Jakarta Timur mengambil masa kira-kira sejam dengan kadar tambang Rp40 ribu.
ROMBONGAN pertama mendarat di Bandara Soekarno-Hatta.


Keadaan sepanjang jalan pada ketika itu mulai sesak lantaran masuknya waktu puncak di mana para karyawan sedang pulang dari kantor masing-masing. Rombongan pertama lima orang itu sampai di terminal kira-kira 7.30 malam dan langsung membeli tiket untuk perjalanan panjang menaiki bas ke Daerah Istimewa Yogyakarta yang terletak di bahagian selatan Jawa Tengah.
Sementara menunggu jadual perjalanan bas, rombongan berkesempatan berinteraksi dengan warga kota dan mendapat pengetahuan baharu penggunaan istilah-istilah tertentu seperti bis untuk bas, kamar kecil (tandas), mba (cik) dan banyak lagi.
Masa bertolak 8.30 malam tidak berjalan mulus. Rombongan diberitahu bas yang ditentukan awal berhalangan lalu dicadangkan menaiki van kecil. Tanpa ada pilihan lain, rombongan bersesak dengan penumpang lain hingga menimbulkan kemarahan sepasang suami isteri dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar.
Meski sesak, rombongan mengambil maklum mungkin itulah lumrah kehidupan warga di kota metropolitan itu. Perjalanan ke Yogyakarta yang pada kebiasaan hanya mengambil masa lapan jam menaiki bas antar propinsi berlangsung sehingga 17 jam melewati Solo.

PERJALANAN menaiki bas yang agak melelahkan dari Jakarta ke Yogyakarta.

Selang empat jam meluncur tanpa henti, van berhenti di satu tempat di mana jam pada ketika itu menunjukkan 1.30 pagi. Para penumpang turun untuk meregangkan otot, ke bilik air dan menghangatkan diri dengan minuman di kedai perhentian itu.
Perjalanan seterusnya adalah melayan keletihan dengan melelapkan mata. Kepekatan malam kemudian mulai beransur siang dalam perjalanan itu. Dalam suasana pagi itu, rombongan disajikan hamparan alam di kiri-kanan yang menyejukkan mata memandang.
Kesuburan tanah Jawa menghamparkan pelbagai tanaman seperti jagung, sawah padi, ubi kayu dan sayur-sayuran. Sesekali perjalanan melewati perbukitan dan gunung berapi. Itu merupakan pengalaman pertama rombongan memandang di depan mata gunung berapi yang hidup.
Pada jam 9.00 pagi, rombongan sampai di Terminal Solo untuk melanjutkan lagi perjalanan ke Yogyakarta menaiki bas lain. Dari Solo perjalanan masih mengambil masa tiga jam untuk sampai ke terminal utama Yogyakarta di Giwangan.
Di terminal itu rombongan menyempatkan diri menikmati pelbagai hidangan yang tersedia di gerai-gerai. Sampai di tempat itu pun debaran masih terasa kerana rombongan tidak biasa dengan cara komunikasi warga setempat termasuk berhubungan dengan urus setia penganjur.
BERADA di salah satu sudut Kota Yogyakarta.

Namun atas bantuan beberapa abang teksi, komunikasi kepada urus setia dapat dijalin yang kemudian membawa rombongan sampai ke Hotel Universitas Gadjah Mada (UGM).
Kelelahan dalam perjalanan merupakan pengalaman tersendiri kepada para peserta rombongan. Namun kepenatan itu terubat juga dengan keindahan dan keselesaan tempat tinggal di Hotel UGM.
Manakala rombongan kedua hanya mendarat di Bandara Soekarno-Hatta sekitar jam 1.00 pagi ketika mana rakan-rakan yang mengikuti penerbangan pertama sudah jauh berada di pertengahan perjalanan.
Rombongan kedua turut menempuh laluan perjalanan seperti yang telah dilalui rakan-rakan mereka yang telah bergerak lebih dahulu.  Rombongan kedua itu sampai ke Hotel UGM Yogyakarta sekitar jam 9.00 malam setelah melewati perjalanan sehari-suntuk.

PEMENTASAN warisan tradisi Kadazandusun di Seminar Sastera Antarabangsa Indonesia-Malaysia 2016.



Fulfill Malaysia Agreement Pledges Now: Dr Jeffrey

Fulfill Malaysia Agreement or let Borneo States Free

PRESS STATEMENT
Friday, 16 Sept 2016
KENINGAU: “Thousands of Malaysians in Sabah converged at the Batu Sumpah Monument today to commemorate the 53rd Malaysia Day and demanding that the Federal government fulfill the promises and assurances leading up to the signing of the Malaysia Agreement 1963 upon which Malaysia was proclaimed as a new Federation on 16th September 1963.

In leading the call, Dr. Jeffrey Kitingan, the Assemblyman for Bingkor and who is also President of STAR, said that the dream and aspiration of the founding fathers of Sabah and Sarawak was to see their homeland as a free and independent nation with the Commonwealth of Nations.

Malaysia, he said was their hope of achieving this dream.  But 53 years on, this dream have been shattered by a trial of broken promises and have become a nightmare for the present Malaysians in Sabah.


Not even the promises carved in stone at the Batu Sumpah or the pledges written and expressed in the Federal Constitution, he said.


Sabahans are now questioning the sincerity and real intentions of forming Malaysia – especially among the young and educated Sabahans.

Was Malaysia formed merely as a conduit for the takeover of the British colonies while they were political infants?  

If so, why did the British and Malayan leaders promised independence and decolonisation through the formation of Malaysia ONLY to make Sabah and Sarawak sign an international treaty while they were still colonies?

Why were the Borneon leaders told that Malaysia would be a “partnership” of equal status in a new Federation called “Malaysia” but the Malayan United Nation Permanent Representative was telling the UN that it is merely an expansion of Malaya whose name will now be called Malaysia but at the same time at the Proclamation of Malaysia on Malaysia Day it was announced to the whole world that Sabah, Sarawak and Singapore was to be federated with the Federation of Malaya?


Why? Why? Why?

Did the British conspire with Malayan leaders to “Cheat” and mislead the politically immature Borneon leaders?

Clearly, there were contradictions and inconsistencies in the actions and statements of their leaders the truths of which are revealing themselves today.

The London Talks between Britain and Malaya in November 1962 and the British Parliamentary Hansard in London say that the Federation of Malaysia would be a new Federation of five entities, Malaya, Singapore, Sabah (then North Borneo), Sarawak and Brunei (who pulled out at the last minute).




A.J. Stockwell in his book, British Documents At the End of Empire, which included recently de-classified British documents said that the “ultimate objective of Malaysia is a confederation of Malaya, Singapore, Sabah, Sarawak and Brunei”.

Even the Proclamation of Malaysia stated that “…. it was agreed that Both Borneo, Sarawak and Singapore are to be federated with the FEDERATION OF MALAYA …” and not with the existing States of Malaya.

Dr Jeffrey said Article 8 of MA63 also clearly spelt out the obligations of the merging entities including the government of the Federation of Malaya.   WHERE IS THE FEDERATION OF MALAYA NOW?

If Malaya is now Malaysia, then it is clear that the Borneo leaders have been cheated and misled – this is clearly not what Sabahan leaders wanted – to be Malaya’s State No. 12 or 13!

What Sabahans want now, after agonizing for 53 years, is to put things right.

Today, 16th September, they are here from all walks of life and from all over Malaysia, Sabah, Sarawak and Malaya, to DEMAND THE FOLLOWING:-

(1)           that the relationship among the merging partners of Malaya, Sabah and Sarawak be corrected, as 1 of 3 and not 1 of 13;

(2)           that a new Agreement and a new Federal Constitution be drawn based on equal and genuine partnership;

(3)           that the Inter-Governmental Committee (IGC) be reactivated with the participation of Britain to facilitate (1) and (2) above;

(4)           that while (1) to (3) above are being activated, the pledges, undertakings and assurances contained in the MA63, the IGC Report and the Batu Sumpah be implemented;

(5)           that the urgent and critical assurances and undertakings of the rights of the Borneo States be implemented.  Among them are:-

(a)           political autonomy/franchise, that is including no political interference from Kuala Lumpur or Putrajaya and illegal immigrants problem resolved and the electoral rolls cleaned up with no Project IC voters;

(b)           Revenue rights as per Article 112C and the Tenth Schedule of the Federal Constitution including the 40% net revenue derived by the Federation from Sabah; the 10% export duties on petroleum in lieu of the royalties and the 10% import and excise duties on petroleum products imported into Sabah;

(c)            Freedom of religion to be practiced in words and actions;

(d)           Internal security in Sabah to be shared or concurrent responsibility;

(e)           Native rights and Adat are to be fully respected;

(f)           The constitutional rights of Sabah on land and natural resources to be fully restored and respected with the oil and gas ownership returned to Sabah;

(g)           State education to be Sabah’s responsibility.

Both Umno-controlled Federal and Sabah governments should heed the warnings and advice given by the Chairman of the Cobbold Commission, Lord Cobbold, who said that:-

                “If any idea was to take root that Malaysia would involve a takeover of the Borneo Territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not, in my judgment, be generally acceptable or successful.”

And Sir William Goode, the last Governor of British North Borneo, who said:-

“… Tunku (Tunku Abdul Rahman) must avoid taking over the Borneo Territories as colonies ….. any impression of being transferred as colonies will provoke a “Merdeka” movement against Kuala Lumpur, potentially irresistible”



The signs are already there such as SSKM.

Therefore, the Federal and Sabah governments with the Sarawak government must resolve MA63, if they want Malaysia saved from self-disintegration.

The solemn Commemoration ceremony to mark the 53th anniversary of the formation of Malaysia was officiated by Datuk Mohd Noor Mansoor, the Chairman of Gabungan Sabah (United Sabah Alliance-USA) and attended by Datuk Wilfred Bumburing, President of Parti Cinta Sabah, Datuk Yong Teck Lee, President of SAPP, other party leaders and a 2,000 strong crowd including a 20-member delegation from Sarawak led by Priscilla Lau and Moh Hiong King.    The Oath Renewal ceremony was officiated by Chief Bobolians, Longut Gulim and Muri Gulim of Kg. Baru Bingkor, who also advised that the Batu Sumpah Oath has been renewed and revitalized and that the leaders who are responsible should take steps expeditiously to honour and fulfill the Oath Pledges and the terms of the formation of Malaysia or the historical curse will befall them.


DATUK DR JEFFREY KITINGAN


Tradisi etnik Sabah di seminar sastera Indonesia-Malaysia

UPSI ketengah tradisi etnik Sabah di seminar sastera antarabangsa
ROMBONGAN UPSI terdiri daripada 14 orang.

Oleh HENRY BATING
Siri I - 16 Sept 2016
SEMINAR Sastera Antarabangsa Indonesia-Malaysia 2016 di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta, Indonesia yang mempertemukan kalangan cendekiawan kesusasteraan pelbagai negara turut sama memanggil serombongan pelajar pengajian minor bahasa Kadazandusun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak untuk bertandang.
Rombongan terdiri daripada 14 orang itu melibatkan 11 pelajar peringkat prasiswazah, dua pelajar pasca siswazah dan pensyarah pengiring, Dr Rosliah Kiting.
Kalangan pelajar bukan sekadar sempat mengetengahkan karya dalam antologi puisi Yogyakarta ‘Nafasku’ dan kumpulan cerpen ‘Perempuan Pemetik Matahari’ tetapi juga berinteraksi dengan para pengkarya tersohor dan menampilkan tarian rampaian Kadazandusun serta ‘sudawil dan kiaton’.
Seminar berlangsung 14 September itu telah dirasmikan oleh Sri Sultan Hamengku Buwono X, Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta bertempat di Pusat Kebudayaan Koesnadi Hardjasoemantri UGM.
KESENIAN tradisi Kadazandusun turut dipersembahkan di seminar antarabangsa sastera Indonesia-Malaysia 2016.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan keesokannya di Hotel Bulaksumur UGM dengan pembuka tirai pembentangan dua tenaga akademik Fakultas Ilmu Budaya UGM, Prof Dr Sangidu MHum dari jurusan Antarbudaya dan Drs Sudibyo MHum dari jurusan Sastera Indonesia.
Turut serta dengan puluhan cendekiawan dalam pertemuan sastera antarabangsa itu ialah Prof Dr Victor Pogadave, tokoh bidang puisi yang amat dikenal di negara Rusia.
Karya cerpen Naib Presiden Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), Witer Gunik berjudul ‘Songgorib’ yang turut dimuatkan dalam antologi Indonesia-Malaysia turut dibiacarakan dalam seminar itu.
Dr Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Kuala Lumpur yang membicarakan cerpen Witer melihat konsep cinta dalam cerpen itu menggunakan kajian semiotik konseptual kata kunci. Dapatan daripada kajian itu membuktikan bahawa Witer sebagai penulis cerpen telah menghubungkan cinta dengan kesucian, perjuangan, kesengsaraan, kepercayaan, penghargaan terhadap warisan leluhur dan usaha yang konsisten.
PROF Dr Victor Pogadave (tengah) dalam seminar antarabangsa sastera Indonesia-Malaysia 2016.

Rombongan dari UPSI yang turut mendapat sokongan biaya daripada dua wakil rakyat Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Kota Marudu diketuai oleh pengarah program, Lesah Kuangin dan dibantu dua pelajar pasca siswazah bahasa Kadazandusun, Florina Jumil dan Januin Jainis.
Dr Rosliah bagi pihak rombongan itu secara terbuka menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek, Anita Baranting atas sokongan biaya yang telah dihulurkan.
Pergerakan rombongan itu telah menempuh dua gelombang disebabkan perbezaan masa penerbangan dari KLIA ke Bandara Soekarno-Hatta. Rombongan pertama terdiri daripada Ana Fiuna Dansun, Florina Jumil, Melida Simon, Roseanne Nelson dan Jinuin bin Jainis.
Rombongan kedua Feria Sulip Felix, Felicia Vung, Alexander Joanes, Janne Maradius, Allen Sarah Damianus, Ellysia Richard, Lesa Kuangin, Siti Wadinih Saili dan Rosliah.


ROMBONGAN UPSI di Hotel Universitas Gadjah Mada.

Misi perjalanan mengetengahkan warisan seni leluhur di pentas kota pelajar Yogyakarta itu sekali gus telah menjadi diari perjalanan yang tersendiri bagi sebahagian anggota rombongan berkenaan.
Ellysia Richard mencatatkan bahawa perjalanan itu agak mencabar kerana itu merupakan perjalanan pertamanya ke Indonesia. Manakala perjalanan pula melibatkan penerbangan dan jalan darat menaiki van mengambil masa lebih 10 jam.
“Banyak perkara yang saya tidak tahu sepanjang perjalanan itu seperti berurusan dengan bas dan berurusniaga dengan pekedai,” katanya.
Felicia pula tertarik dengan kewujudan rentetan gerai di sepanjang perjalanan yang rata-rata sarat dengan pelanggan terdiri daripada kalangan pelajar. Menurutnya hidangan di Yogyakarta memang memiliki keistimewaan tersendiri yang menampakkan ciri  masakan setempat.
“Kami berpeluang membeli-belah di kraton di mana terdapat baju-t bercetak berharga murah yang boleh dibeli pada harga Rp100 ribu (RM30) untuk empat helai, banyak juga barangan kraf dan sandal yang murah,” katanya.
Felicia turut mengagumi kehangatan sambutan ketika sampai di Hotel Universitas Gadjah Mada dengan kualiti kemudahan hotel yang baik termasuk perhatian para petugas selama mereka menginap di hotel kampus itu.
“Yogyakarta memberikan pengalaman pertama menaiki beca hinggakan perjalanan itu menyeronokkan lebih-lebih ada di antara kami baru kali pertama menaiki beca,” kata Jeane pula.
Jeanne melahirkan rasa syukur kerana seminar itu telah memberi mereka ruang mengetengahkan karya-karya khususnya tulisan para penulis muda dari Sabah.
Di samping kenangan indah, Allen Sarah sempat mengimbas pengalaman pahit ekoran membayar tambang beca lebih daripada kadar yang sepatutnya sehingga mencecah separuh daripada kos perjalanan Jakarta-Yogyakarta berjumlah Rp150 ribu.
“Begitupun kami tidak menyalahkan bapak-bapak yang menarik beca kerana kami menyedari dan melihat sendiri kepenatan mereka mengayuh basikan beca,” kata Allen.


DR ROSLIAH (dua kanan) bersama sebahagian pelajar di dewan persidangan Hotel Bulaksumur UGM.







Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...