Friday 30 September 2016

RTFM buka penyertaan Rombituon KDM

Radio Tambunan FM buka penyertaan Rombituon Lagu-lagu KDM
DJ Stanza

Oleh HENRY BATING
TAMBUNAN: Radio Tambunan FM (RTFM) menawarkan hadiah lebih RM1000 kepada pemenang Pertandingan Rombituon Tambunan FM yang akan diadakan di 29 Oktober 2016 di perkarangan studion radio online itu di sini yang terletak di Highway Sulap Kalangadan Cafe Tambunan.
Pengerusi penganjur, DJ Stanza @ Stanly Leo berkata pihaknya mempelawa bakat-bakat seni suara menyertai saringan suku akhir pada 8 Oktober jam 7.00 malam untuk menempah tempat ke separuh akhir 15 Oktober 2016.
“Pertandingan meletakkan pilihan bebas lagu-lagu Kadazan Dusun Murut sahaja secara solo untuk penyertaan berumur 16 tahun ke atas,” kata Stanly.
Bagaimanapun, penyertaan bagi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian peringkat negeri dan atau telah mempunyai lagu rakaman dalam album tidak akan diterima.
Tarikh tutup penyertaan adalah 5 Oktober 2016 iaitu pada Rabu depan manakala yuran penyertaan adalah RM100.
Hadiah-hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil disediakan kepada semua pemenang yang meliputi tiga pemenang utama dan tujuh penerima saguhati.
Di samping hadiah trofi dan sijil, johan bakal menerima RM1000, naib johan RM500, ketiga RM250 dan tujuh pemenang saguhati menerima RM100 setiap seorang.
Keterangan lanjut bakat seni suara RTFM yang menggunakan slogan ‘RTFM Memang OK Bahboleh ditanyakan kepada Dj Stanza 0198120553 atau 0168067383, Dj Maslee 0138745698 atau Wendy Rudolf 0198101411.




No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...