Wednesday, 7 September 2016

Entelah (teka-teki) Iban dalam SPES16 di Matunggong 22 Okt 2016

Entelah (Teka-teki) dalam Masyarakat Iban

Dr Patricia ak Ganing
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
 E-mail: patricia.ganing@gmail.com

SEMINAR PENULIS ETNIK SERANTAU 22 OKTOBER 2016 DI MATUNGGONG, KUDAT


Prof. Madya Dr Asmiaty Amat, Lokman Abdul Samad
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Abstrak
Masyarakat Iban sama seperti masyarakat peribumi lain yang kaya dengan pelbagai bentuk sastera lisan seperti cerita rakyat, pantun dan lagu rakyat. Etnik Iban memiliki leka main yang dikenali sebagai entelah atau teka-teki. Bentuk entelah Iban agak berbeza berbanding teka-teki etnik lain di Malaysia. entelah Iban agak unik dan berbeza kerana pernyataan teka-teki tidak sama dengan pembayang teka-teki yang lain. Struktur entelah Iban pada dasarnya dapat dilihat melalui bentuknya. Ciri pertama struktur entelah yang didapati dalam kajian ini ialah entelah Iban bersifat bebas kerana tidak mempunyai rangkap atau rima tertentu seperti pantun. Penutur entelah bebas menggunakan bahasa dan perkataan tanpa terikat dengan rima hujungnya. Ciri keunikkan struktur entelah yang kedua pula ialah frasa dan klausa entelah tidak melebihi sepuluh patah perkataan dalam satu baris. Manakala ciri yang ketiga pula berkaitan dengan cara penciptaannya. Hasil penelitian mendapati bahawa entelah juga mengandungi banyak tanda-tanda yang berkaitan dengan kepercayaan tradisional mereka. Tanda-tanda yang menginterpretasikan petanda kepercayaan termasuklah penggunaan watak-watak Dewa-Dewi, panggau libau (tempt tinggal Dewa Dewi), watak-watak lemambang dan manang (ketua keagamaan), antu atau hantu dan upacara-upacara keagamaan.

Kata kunci: Iban. entelah, struktur, tanda, kepercayaan.

Patricia anak Ganing, lahir: 14/2/1984 di Miri Sarawak dan bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Mengkaji entelah masyarakat Iban di peringkat Master dan juga Ph.D. Menghasilkan banyak kertas kerja berkaitan dengan Entelah dan dibentangkan pada peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa. Pernah menghasilkan lagu kanak-kanak Iban yang pertama di Sarawak untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Lagu tersebut diselitkan dalam mata pelajaran bahasa Iban KSSR. Terlibat aktif dalam kebudayaan Persatuan Iban Universiti Pendidikan Sultan Idris.

No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...