Saturday, 3 September 2016

Penulis Etnik BIMP-EAGA Bertemu di Matunggong 22 Oktober 2016

SEMINAR PENULIS ETNIK SERANTAU 2016 (SPES-16)

Oleh HENRY BATING
3 Sept 2016
SEMINAR Penulis Etnik Serantau 2016 (SPES-16) bakal menampilkan pembentangan pelbagai kertas kerja dan makalah berkaitan karya kesusasteraan, kebahasaan dan kebudayaan bercitra etnik Sabah dan Sarawak. Turut dibentangkan pengenalan mengenai masyarakat Dayak Kalimantan, Indonesia dan masyarakat Balabac/Molbog Daerah Bataraza di Selatan Provinsi Palawan, Filipina.

SPES-16 merupakan program Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan bersama penganjurannya oleh DBP Cawangan Sabah dan Persatuan Penulis Momogun Malaysia (MOMOGUNSIA) dengan kerjasama beberapa pihak lain. Program ini diunjur diadakan sehari semalam pada 22 Oktober 2016 di SMK Matunggong, Kudat. Seminar serantau ini terbuka kepada semua yang berminat untuk hadir.

Tiga buku yang bakal dilancarkan

Pelaksanaan SPES-16 ditetapkan mengambil tema warisan tradisi Momogun Rungus. Latar warisan tradisi Rungus dipilih berdasarkan muatan buku-buku yang bakal dilancarkan dan dibincangkan pada seminar itu yang berkaitan dengan Momogun Rungus. Urus setia penganjur turut menawarkan hadirin untuk menginap di Rumah Panjang Rungus selama waktu pelaksanaan seminar itu.

Pembentangan mengenai masyarakat Balabac/Molbog dimasukkan untuk melihat keterkaitan masyarakat itu di Palawan, Filipina dengan masyarakat berkaitan di Pulau Banggi, Kudat. Latar masyarakat berkaitan ada disentuh dalam Antologi Cerpen ‘Pugai Balabak’ yang bakal dilancarkan. Manakala pembentangan mengenai masyarakat Dayak di Kalimantan, Indonesia dimaksudkan untuk melihat keterkaitan masyarakat itu dengan masyarakat Dayak di Sarawak. Kedua-dua elemen itu diharapkan dapat mencerahkan persekitaran kesusasteraan etnik Sabah dan Sarawak untuk seterusnya memperkayakan Kesusasteraan Kebangsaan Malaysia.

Aturcara Perasmian dan Pelancaran Buku
9.00am - 10.00am

1. Ucapan Alu-aluan Pengetua SMK Matunggong.
2. Ucapan Pengarah DBP Sabah.
3. Ucapan Perasmian YBhg. Datuk Wetrom Bahanda - Ketua Bahagian Umno Kota Marudu.

Pelancaran Buku

1. Rungus Peribumi Momogun Sabah - Karya Raymond Majumah
2. Antologi Cerpen Pangkot - Karya Raymond Majumah
3. Antologi Cerpen Pugai Balabak - Karya 20 Penulis Momogunsia

Pembentangan
10.30am – 3.00pm

1. Ucaptama Datuk Dr Janathan Kandok, J.P., Penasihat Momogunsia
2. Bicara Buku ‘Momogun Rungus Pribumi Sabah’ - Juilis Mokujal, Momogunsia
3. Resensi Antologi Cerpen Pugai Balabak - Prof Madya Dr Rem Dambul, Putrajaya
4. Sudawil Dalam Tradisi Lisan Kadazandusun - Dr Rosliah Kiting, UPSI, Tg Malim, Perak
5. Puisi Warisan Masyarakat Kadazan Dusun (Hiis Tinungkusan Tinaru Kadazan Dusun) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran - Zandi Linah Bagu, IPG Kent, Tuaran
6. Balabac/Molbog Community in the District of Bataraza, Southern Part of Palawan Province, Philippine - Prof. Dr Aldrin Lee, University of The Philippines (UP) Diliman, Quezon City
7. Tradisi, Budaya dan Kehidupan Masyarakat Dayak Dalam Arus Modernisasi di Kalimantan, Indonesia - Dr Kusni Sulang, Lembaga Kebudayaan Kalimantan Tengah
8. Entelah (Teka-Teki) Masyarakat Iban: Bentuk dan Keistimewaannya - Patricia Anak Ganing, UPSI, Tg. Malim, Perak.

Aturcara Malam Semarak Puisi Etnik
7.00 – 10.30pm

* Pementasan Teater – Arahan Maskuji Maturon & Ramli A.R.
* Persembahan Kesenian Momogun - Pelajar SMK Matunggong
* Persembahan Puisi Etnik Rungus - Warga Veteran Daerah Matunggong
* Persembahan Hiis Tinungkusan Tinaru Dusun - Pelajar IPG Kent, Tuaran
* Persembahan Hiis Kadazandusun – Momogunsia Group

* Deklamasi Puisi Penggiat Pelbagai Badan Bahasa, Sastera & Kesenian

No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...