Kearifan Lokal Kadazandusun dalam Talaala dan
Pelestariannya
Dr. Rosliah Kiting
Dr.
Rosy Talin
Prof Madya Dr. Saidatul Nornis Haji Mahali
Kearifan lokal (local wisdom)
merupakan kebijaksanaan atau nilai-nilai luhur yang terkandung dalam
budaya lokal. Nilai-nilai
budaya lokal yang berkaitan dengan
etika, estetika, moral, agama, sosial dan world
view menggambarkan jati diri sesuatu bangsa. Manakala talaala merupakan sastera dalam rumpun hiis
(puisi) tradisi masyarakat Kadazandusun
yang menyerupai pantun Melayu. Sebagai puisi tradisi, talaala menggambarkan kehalusan dan
keprihatinan masyarakat Kadazandusun
pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya. Semua perkara dimasukkan dalam satu bentuk
pemikiran yang tersusun dan dijelmakan dalam pengucapan yang indah melalui
rangkap-rangkap talaala.
Khazanah yang sangat bernilai ini perlu dilestarikan agar kepada generasi
seterusnya agar kebijaksanaan dan nilai-nilai yang terkadung dapat diwariskan.
Penulisan ini akan menghuraikan nilai-nilai
kearifan lokal yang telah dimuatkan oleh kebijaksanaan pemikiran tradisi
masyarakat Kadazandusun melalui rangkap talaala dengan menumpukan perhatian kepada nilai-nilai lokal
yang luhur, positif dan arif. Beberapa cadangan turut dikemukakan
sebagai usaha pelestarian genre terutamanya menjadikan warisan ini sebagai bahan pengajaran di sekolah, memenafaatkan
teknologi sebagai penyebaran dan galakan pengunaan dalam kehidupan seharian.
Rosliah merupakan Pensyarah Kanan Pengajian
Bahasa Kadazandusun di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Beliau yang berasal dari Tamparuli,
Sabah memperoleh B.A. (Hons) dari Universiti Malaya, M.Ed (UTM) dan Ph.D (UMS).
Kajiannya meliputi bidang pendidikan, bahasa, budaya dan kesusasteraan
tradisional Kadazandusun.
Great! Awesome!
ReplyDelete