Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Tuesday, 6 December 2022

Penggiat seni sastera etnik Borneo hasilkan kaedah analisis karya

SPES I MATUNGGONG 2017: Dari kiri Timbalan Ketua Pengarah DBP Malaysia,
Dr Henry Bating dan Dr Kusni Sulang (dari Kalimantan Tengah, Indonesia)

Siri II

KOTA KINABALU: Kalangan penggiat seni sastera etnik Borneo (Sabah dan Sarawak) berjaya menghasilkan kaedah pemilihan karya sastera untuk pembelajaran Bidang Estetika (BE) bahasa Kadazandusun peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengasas Kelab Penulis KDM (kemudian Pertubuhan Penulis Momogun Malaysia – MOMOGUNSIA) Dr Henry Bating menyatakan kaedah beserta prosedur pemilihan karya itu disebut Tipologi Protokol Pemilihan Karya (TPPK).

“Gerakan kesenian dan kesusasteraan etnik dalam MOMOGUNSIA telah memberikan inspirasi dan dukungan secara langsung dalam penyusunan TPPK,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Bahasa Kadazandusun PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penggiat Media Labuan: Dr Henry (kiri) bersama rombongan 
jalinan media Langkawi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan

Henry, Penggiat Media Pendidikan Bahasa dan Sastera Kadazandusun menyatakan demikian selepas mempertahankan kajiannya bertajuk “Pemilihan Karya Sastera Untuk Pembelajaran Bidang Estetika Bahasa Kadazandusun Sekolah Peringkat Menengah Atas’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Dalam kajian itu, Henry membentangkan TPPK sebagai suatu kaedah yang mengandungi enam indikator beserta 133 sub indikator untuk menganalisis kesesuaian kandungan karya sastera sebagai bahan pembelajaran menerusi prosedur lapan langkah Conventional Content Analysis (CCA).

“Hasil analisis dikira mengikut frekuensi dan dirangkum berdasarkan peratusan untuk menentukan skala kesesuaian suatu karya sastera sebagai bahan pembelajaran,” katanya dengan menyebutkan enam indikator terdiri dari bahasa, sastera, guru, pelajar, kurikulum dan budaya masyarakat.

Menurut Henry, TPPK disusun berdasarkan data-data naratif 61 sumber kepustakaan umum, 28 sumber kepustakaan khusus Kadazandusun dan 35 informan guru bahasa Kadazandusun sekolah Tingkatan Empat dan Lima.

Validiti TPPK diperoleh menerusi semakan ahli sementara reliabiliti diperoleh berdasarkan analisis kandungan karya-karya dalam buku teks dan khazanah kesusasteraan Kadazandusun.

DR HENRY BATING

Henry menyebutkan, antara sumber kepustakaan khusus kajian ialah Dr Ramzah Dambul (Datuk Prof Madya), manakala semakan ahli dijalankan Dr Nurjieta Taisin (Prof Madya), Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing dan Dr Raymond Majumah @ Azlan.

Turut membantu memberi input tentang senarai karya cadangan pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) bahasa Melayu ialah Witer Gunik.

Analisis TPPK ke atas tujuh (7) karya dalam buku teks mendapati empat karya sesuai manakala tiga karya lagi tidak sesuai sebagai bahan pembelajaran BE bahasa Kadazandusun SPM.

Tiga karya dirumus tidak sesuai kerana elemen indikator budaya masyarakat sekadar mencapai skala kurang memuaskan, tidak memuaskan dan tidak berkaitan.

Hasil kajian dan pembentangan dinilai panel pakar pendidikan bahasa dan sastera dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dengan pembentangan tersebut, Henry melengkapkan kesarjanaan pendidikan bahasa Kadazandusun dengan kajian ‘Fonologi Bahasa Kadazandusun’ di peringkat Ijazah Sarjana Muda, ‘Pengajaran Bahasa Kadazandusun Elektif’ di peringkat Sarjana dan ‘Sastera dalam Pembelajaran Bahasa’ di peringkat Ph.D.


UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA 1994-97: Dr Henry Bating (kanan)


Monday, 5 December 2022

Kelemahan Budaya Masyarakat Dalam Sastera Kadazandusun SPM

DR HENRY BATING

KOTA KINABALU: Tinjauan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati elemen budaya masyarakat dalam pemilihan karya sastera buku teks bahasa Kadazandusun Tingkatan Empat dan Lima kurang diperhatikan.

Pensyarah Kanan bahasa Kadazandusun PPIB UMS Dr Henry Bating berkata, elemen budaya masyarakat dalam karya sastera merupakan antara komponen pengetahuan yang harus diperoleh pelajar dalam pembelajaran Bidang Estetika (BE) bahasa Kadazandusun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kelalaian mengambil kira elemen budaya masyarakat dalam karya menyebabkan pelajar kekurangan sumber tentang cerminan budaya masyarakat ketika belajar berkomunikasi menggunakan bahasa Kadazandusun yang indah dan bersopan santun," katanya.

Memetik pelbagai sumber kepustakaan dan temu bual, Henry menyatakan, antara elemen indikator budaya masyarakat Kadazandusun ialah ritual padi, mistik Kinabalu, legenda Nunuk Ragang, adat, Sogit Anak Negeri Sabah dan Bobolian.

Turut mendukung elemen budaya masyarakat ialah pandangan dunia, kearifan etnik, cara hidup, persekitaran setempat, pribumi Sabah, flora dan fauna, landskap fizikal dan petempatan.

Manakala elemen geografi turut merangkumi biogeografi perubatan, gastronomi (kekayaan sumber dan bahan hidangan tradisi), geomorfologi (sains tanah dan bumi), orografi (bentuk muka bumi) dan ilmu cuaca dan iklim.

Elemen kesenian dalam budaya masyarakat turut melibatkan  seni tradisi nyanyian, tarian, alat muzik, gong, kraftangan, kehidupan kuno, cara hidup positif dan Kadazandusun dalam konteks global.

Menurut Henry, himpunan pengetahuan dalam elemen tersebut seharusnya dimiliki pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Kadazandusun yang indah, sopan dan berestetika.

Henry menyatakan demikian ketika membentangkan rangkuman kajian penggunaan sastera dalam pembelajaran BE bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah atas di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Menurut Henry, kekurangan elemen budaya masyarakat dalam karya-karya buku teks diperoleh hasil dapatan analisis Tipologi Protokol Pemilihan Karya (TPPK) sastera dalam sebuah buku teks bahasa Kadazandusun SPM.

Topik tersebut merupakan sebahagian kesarjanaan Henry yang telah memfokuskan kajian dalam bidang pendidikan bahasa dan sastera Kadazandusun bermula dari peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan sehingga Ph.D.

Tuesday, 4 August 2020

Dr. Henry Bating Biodata

Wartawan, penterjemah, jurufoto dan ahli akademik


Dr Henry Bating

DR. HENRY BATING, ASDK, AMN, BSK merupakan penulis, penyunting, penterjemah dan jurufoto sejak 1997. Bekerja sebagai wartawan sepenuh masa sebelum menyertai Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2007. 

Selaku ahli akademik, Dr. Henry yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melengkapkan kesarjanaan dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Sastera Kadazandusun dari peringkat Ijazah Sarjana Muda B.A. (Hons.) Ed., Sarjana (M.Ed) dan Doktor Falsafah (Ph.D).

Dalam kerjaya kewartawanan, beliau menjadi editor, wartawan dan jurufoto ehwal semasa dan ulasan sastera dalam bahasa Melayu, bahasa Kadazandusun dan bahasa Inggeris di akhbar Borneo Mail (1997-2001), Berita Sabah (2001-2003), The Borneo Post (2003-2004) dan Utusan Borneo (2008-2020). 

Dalam bidang akademik, beliau aktif menghasilkan kertas kajian dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Sastera (Melayu, Kadazandusun dan Inggeris) untuk pembentangan persidangan akademik tahunan peringkat kebangsaan, antarabangsa dan penerbitan prosiding, jurnal serta buku.

Dr Henry Bating

Beberapa buku yang telah beliau hasilkan ialah ‘Ejaan Bahasa Kadazandusun’ (2001), ‘Nunuk Ragang: Legenda Asal-Usul Kadazandusun’ (2002), penyunting antologi cerpen ‘Pugai Balabak’ (2015) dan menulis buku ‘Ambrose Mudi: Pelopor Seni Muzik dan Seni Suara Etnik Sabah (2017). 

Hasil penulisan di akhbar telah membawa beliau terpilih menerima ‘Hadiah Tinta Sastera Sabah’ DBP Cawangan Sabah (1999) dan pemenang Anugerah Kewartawanan Kinabalu-Shell kategori Bahasa Kadazandusun (2007) dan Bahasa Melayu (2013).

Ketika mula bertugas di UMS, beliau ditempatkan di PPIB UMS KK (2008-2013) lalu dihantar bertugas ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan (2013-2022) dan dipanggil balik bertugas ke UMS Kota Kinabalu Oktober 2022. Beliau memberi kuliah kursus Pengajian Malaysia dan Bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa serta kursus Bahasa Kadazandusun untuk pelajar bukan berketurunan Kadazandusun. 

Dr Henry Bating

Sebelum berkhidmat dengan UMS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2004-2007).

Dr Henry menempuh pengajian Ph.D di UMS (2013-2020), M.Ed (UMS) 2008-2012 dan Sarjana Pendidikan (S1) Bahasa dan Sastera Indonesia (1994-1997) di Universitas Negeri Jakarta (UN Jakarta). Sebelum berpindah ke UN Jakarta, beliau kuliah setahun bidang yang sama di UN Manado Sulawesi Utara (1993).

Dr Henry menghasilkan tesis B.A. (Hons) Ed. bagi kajian 'Fonologi Bahasa Kadazandusun', M.Ed 'Kurikulum dan Pengajaran Bahasa Kadazandusun' serta Ph.D 'Kurikulum dan Pengajaran Sastera Kadazandusun'.

Bagi memperkembangkan perkongsian ilmu kearifan etnik, Dr Henry bersama rakan-rakan mengasaskan Kelab Penulis KDM (2011) yang kemudian menjadi Persatuan Penulis Momogun Malaysia (MOMOGUNSIA) 2014. Beliau menjadi presiden badan penulis itu yang bernaung di bawah DBP (2014-2016).

Dr Henry Bating

Beliau memperoleh sijil penuh STPM sebagai calon persendirian di Tenom (1992). Menempuh persekolahan di SM St Anthony Tenom (1977-81) dan SRK St Pius Pamilaan, Tenom (1971-76). 

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Kerani di Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat Tenom (1984-87) setelah lulus Sijil Perkeranian (1983) di Sabah Bumiputera Business Training Centre (SBTC) Likas, Kota Kinabalu. Beliau kemudian menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih di SM Chung Hwa, Tenom (1988-93).

Dr Henry Bating diberi penghormatan dalam tradisi Dayak Kalimantan di Palangkaraya

Dr Henry Bating diwawancara dalam siaran langsung TVRI dari Palangkaraya Kalimantan Tengah

Dr Henry lahir di Kg Pamilaan, Tenom pada Feb 1965 oleh ibu bapa yang berasal dari Kirokot (Kidalamas, Bundusan) Tambunan. Beliau membesar dan berkeluarga di kampung kelahirannya. Dr Henry merupakan anak ketiga dari 10 adik-beradik. Atas penglibatan beliau dalam penulisan, kemasyarakatan dan akademik, beliau dianugerahkan bintang kebesaran Negeri Sabah 'Ahli Setia Darjah Kinabalu' (ASDK) 2023, darjah kebesaran Malaysia ‘Ahli Mangku Negara’ (AMN) dari DYMM Yang Dipertuan Agong (2016) dan ‘Bintang Setia Kinabalu’ (BSK) dari TYT Yang Dipertua Negeri Sabah (2007). 

Dr Henry mendirikan keluarga dengan isteri Kasiah Kasupin beserta anak-anak Reo Rickie, Iera Michelle, Alva Avila dan cucu Lara Giselle, Mason, Jude, Tristan, Gareth Chad dan Preston.

Tuesday, 12 February 2019

Miss Cultural Ambassador Utara Sabah


Miss Cultural Ambassador tampil 14 jelitawan tradisi etnik utara Sabah


Oleh HENRY BATING
dan BENJOHN SIMBAKU
12/2/2019

KOTA MARUDU: Grand Final Miss Cultural Ambassador 17 Feb ini bakal 
ALICE
menampilkan 14 finalis jelitawan merebut kejuaraan tiga daerah merangkumi Pitas, Kota Marudu dan Kudat untuk membawa cabaran ke peringkat negeri kelak.

Pengerusi penganjur Alice Bongol berkata pertandingan yang diadakan di Dewan Komuniti itu bertujuan mengetengahkan pakaian tradisional etnik tiga daerah berkenaan yang diadun dengan fesyen moden.

“Pertandingan ini juga bertujuan untuk membuka ruang kepada beliawanis untuk menguasai kemahiran tampil di hadapan ramai,” katanya.

Dari 14 finalis tiga daerah bahagian utara Sabah, Kota Marudu mengenakan lapoi Kimaragang, Matunggong sudah pasti mempertaruhkan sumuni yang sinonim dengan pakaian tradisi Rungus manakala Pitas dan Tandek bakal menggayakan lapoi Kimaragang dan pakaian tradisi Kadazan Penampang.

Menurut Alice, malam gala grand final yang menjadi medan memilih tiga pemenang akan mewakili tiga daerah utara Sabah, dijangka menarik kehadiran ramai beserta tetamu kenamaan, artis, para penggiat seni dan beberapa pemenang Unduk Ngadau tahun lalu.

“Pemilihan ratu budaya bertemakan ‘Perpaduan Melalui Kepelbagaian Budaya’ ini juga mahu memperkenalkan keunikan serta keharmonian budaya dan kesenian pelbagai etnik di utara Sabah,” kata Alice.

LIMA dari 14 finalis
Alice yang berpengalaman mengendalikan majlis serupa di samping menjadi juri dalam beberapa Unduk Ngadau anjuran KDCA berharap pertandingan itu dapat mengeratkan persefahaman dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

Pada majlis itu, turut memperagakan kemahiran ialah kalangan penggiat fesyen, jurusolek, pendandan rambut, salon serta produk kecantikan bagi menjadikan bidang kesenian itu sebagai salah satu bidang usaha kalangan generasi muda demi menampilkan kreativiti yang lebih kompetitif dan inovatif.

Kalangan 14 peserta akhir itu ialah Rina Rescey Dizuan, Liezl Mapili, Steffi Ma Mei Ting, Nor Lindianawati Lumatun, Estessi Blasé Martin, Lucia Banggangon, Shonnia Buchai, Vianna Dennia, Crystal Chong, Stella Henry, Madelline Jetin, Charlie Khung Pau Tze, Alicether Ainie Grace Mobie dan Evanna Crystal Angki.

Presiden Pertubuhan Rungus Malaysia Datuk Wetrom Bahanda dijangka menjadi tetamu kehormat dan merasmikan pertandingan tersebut, seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

SEMBILAN dari 14 finalis




Friday, 19 October 2018

Tradisi 'mongoi panau' dalam perkahwinan Kadazandusun


Kasih sayang dan persaudaran dalam tradisi ‘mongoi panau’


Oleh HENRY BATING
25 Feb 2014

TRADISI ‘mongoi panau’ dalam adat perkahwinan masyarakat Dusun di pedalaman memberikan signifikan terhadap hubungan persaudaraan antara dua keluarga pasangan berkahwin. 

‘Mongoi panau’ dalam pengertian secara gramatikal bermaksud ‘rombongan pergi menjemput pengantin perempuan diarak ke rumah pengantin lelaki’. Namun demikian proses ‘mongoi panau’ tidak semudah seperti yang digambarkan oleh frasa itu.

PENGANTIN perempuan diring keluar dari rumah keluarganya untuk diarak ke rumah pengantin lelaki
‘Mongoi panau’ melibatkan beberapa rombongan lelaki datang ke rumah pengantin perempuan untuk tujuan menjemput pengantin berkenaan ke rumah lelaki. 

Keluarga pengantin perempuan yang dalam istilah ‘polintuhun’ atau mengizinkan anak gadis mereka dikahwini lelaki pilihan dan seterusnya bersatu dengan keluarga lelaki mengenakan beberapa fasa upacara bagi melambat-lambatkan masa ‘polintuhun’.

Upacara yang diisi menghadap hidangan bersama dan saling berkenalan antara ahli keluarga dan sanak saudara kedua belah pihak secara tersiratnya menunjukkan rasa hati keluarga perempuan yang terlalu sukar untuk melepaskan anak gadis mereka menjadi milik keluarga lelaki. 

PENGANTIN perempuan disambut suami dan diraikan penuh gambira bagi menandakan seorang ahli keluarga baru sudah datang ke tengah-tengah lingkungan keluarga lelaki
Setelah perkahwinan itu, segala kapasiti anak gadis dalam keluarga ibu bapanya akan beralih ke keluarga lelaki. Segala tenaga, kerajinan, kepakaran dan keistimewaan anak gadis itu akan beralih ke lingkungan keluarga suami.

Rombongan ‘mongoi panau’ yang datang ke rumah pengantin perempuan didahului kumpulan ‘mongoi pamampang’. Rombongan itu berperanan memberi isyarat kepada keluarga perempuan bahawa menyusul mereka sedang bergerak rombongan ‘mongoi panau’ yang berperanan mengajak pengantin perempuan ke rumah lelaki.

PERSANDINGAN tradisi Jackson Jasri dan Merry Angel
Pengantin perempuan akan berada di dalam bilik diiringi para sahabat ‘umpama dayang-dayang’ sementara rombongan mongoi panau diraikan. 

Setelah melewati pelbagai upacara, barulah rombongan ‘mongoi panau’  dibenarkan mengetuk pintu bilik, masuk bilik dan menarik tangan pengantin perempuan untuk ‘lumintuhun’ atau untuk pengantin itu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.

Dalam upacara yang lebih tersusun, pertama sekali rombongan ‘mongoi panau’ disambut di halaman rumah sambil bersapa-sapaan menggunakan bahasa tersirat dan berbunga-bunga. 

ANTARA set hidangan yang disajikan kepada rombongan ‘mongoi panau’
Di halaman rumah itu juga dihulurkan minuman tradisi sebelum dibenarkan naik ke rumah. Sampai di pintu rumah, sedia menanti satu benteng menghulur hidangan makanan dan minuman sebelum dibenarkan masuk. 

Kadang kala peringkat itu memakan masa sehingga beberapa puluh minit sebelum mendapat laluan masuk ke dalam rumah dan bersembang di ruang tamu.

Di ruang tamu, ahli keluarga dan sanak saudara pengantin perempuan meraikan rombongan ‘mongoi panau’ dengan hidangan. Dalam suasana itu, kenal-mengenali antara kedua belah pihak keluarga berlaku. 

Kedua belah pihak dapat mengenal jalinan persaudaraan hasil perkahwinan itu. Maka tahulah mereka yang mana satu ‘amod’ (besan), ‘iwan’ (mentua), ‘ipag’ (ipar antara lelaki), ‘along’ (ipar antara perempuan), ‘soruwoi’ (pasangan masing-masing kepada dua adik-beradik) dan seumpamanya.

Pihak tuan rumah pada hakikatnya mahu melambat-lambatkan pemberian keizinan kepada pengantin perempuan untuk diarak ke rumah lelaki. 

AHLI rombongan ‘mongoi panau’ yang harus melewati pelbagai rintangan untuk menjemput pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki
Perkara itu dilakukan kerana suasana berkenaan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi mereka. Justeru, ahli-ahli rombongan ‘mongoi panau’ dengan segala daya upaya berusaha mahu melewati peringkat-peringkat sajian yang disediakan oleh keluarga pengantin perempuan. 

Selesai majlis beramah-mesra di ruang tamu, tatkala ahli rombongan ‘mongoi panau’ mahu mengetuk dan memasuki bilik bagi menjemput pengantin perempuan, satu peringkat hidangan lagi disajikan di pintu bilik.

Jika dilihat peringkat-peringkat sajian makanan dan minuman yang diberikan, kelihatannya kurang masuk akal dan tidak manusiawi menurut pandangan mata zaman sekarang. 

Tapi itu bukan tafsirannya. Justeru, menyusul rombongan ‘mongoi ahau’ atau pergi membantu rombongan pertama untuk melewati peringkat-peringkat hidangan. 

Rombongan ‘mongoi ahau’ akan membantu rombongan pertama untuk menghadapi hidangan-hidangan bagi melemahkan benteng-benteng yang telah disediakan dan berusaha ‘merebut’ pengantin perempuan untuk diarak ke rumah pengantin lelaki.

Menyusul rombongan ‘mongoi ahau’ adalah rombongan ‘mongoi babo’ yang berperanan membantu ahli-ahli rombongan terdahulu ‘merebut’ pengantin perempuan. 

Rombongan ini juga mahu mempastikan tiada mana-mana ahli rombongan tertinggal di rumah keluarga perempuan tatkala pengantin diarak dengan penuh ‘kemenangan’ diiringi paluan gong dan ‘pangkis’ (teriakan kegembiraan) ke rumah lelaki.

PENGANTIN perempuan menerima tanggungjawab pertama di rumah keluarga lelaki dengan memulakan sajian minuman kepada hadirin
Setiba di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan diterima dengan penuh kemesraan, kegembiraan dan kebanggaan kerana seorang ahli keluarga baharu sudah datang ke tengah-tengah mereka. 

Ahli-ahli rombongan juga diraikan dengan penuh kesyukuran di atas susah payah mereka melepasi pelbagai benteng mengajak pengantin perempuan meninggalkan rumah keluarganya.

Tradisi ‘mongoi panau’ masih diamalkan penduduk Kg Pamilaan, Tenom dan pada 22 Februari 2014 telah diadakan tradisi itu ketika perkahwinan antara Jackson Jasri dan Merry Angel Balou.



Tuesday, 21 February 2017

Rompon nakaanu ngaran mantad sumandak Rumandawi

Rompon mantad kinaantakan monompon sumandak rumandawi
Susui di Mamai Philip, Kg. Rompon, Tambunan (28/12/2016). 
Sinuat di Velter Jailih, IPG Kent, Tuaran.

KAWALAIAN id Kg Rompon id guas konuluhan.
 II nopo di gulu po ontok kopomolintaan do Boritis nga’, haro songulun kusai minongoi pingkayou id iso’ dimbaan. Asaru no iyau minongoi pingkayou do hiri. Insan tadau masaanan dau do magasu, korongou no isio do tuni di topuod.

Angagaralak nopo miagal do tulun somboros-boros. Misusuut po tuni do sarup sumougi om tumalib do ologod kopio. Ongoyo’ no dau susuuto i tuni dii. Momok-somok isio nga muod-puod o tuni garalak om sougi do sarup dii.

Korikot nopo isio id iso’ bawang nga kokito no disio o turu sumandak di ongolundus kopio masaanan do modsu id iso’ botung. Ongoi no yoti losok orosian do okito di tongosumandak dii.

Hiiri idi yau tolikud do watu tagayo do mongilot diolo modsu. Oluson po kaaka diolo o pinakai om tumolong nogi id botung. Tumolong kaaka i songulun sumandak dii om au no alaid mimbulai no kawagu.
ONTOK rumuhuk sumondot id Kg Rompon.
Nga, okon i ko insan-insanan do tumolong tu koimbulai om kapananrasuk po i nokopogulu om susuuton nogi di sumandak suai. Oimayan kopio i kusai dii. Kapananrasuk kaaka i tongosumandak dii om sumimbul minsawat id tawan om atagak no do atanaban do tawan.

Gisom i do oinsanan i tongosuamandak do modsu do iloton dau. Kousino podi i tongosumandak dii om uli no i kusai di minamanau minongoi id rarantaion dau.

Ontok di nosuaban no, ooyo’ no kawagu di kusai intangai i tongowusak togingo’ do modsu. Om miagal i kasari tu’, opongo po i songulun om korowolison nogi di songulun kawagu do rumatu mantad id tawan gisom i do korikot i sumandak koturu.

Om miagal i kosoruan tu’ tadau-tadau do ongoyon ulito di kusai iyolo do modsu. Gisom podi dii, minimbulai nodi o topurimanan dau do muhang di tondu di kumoturu.

Kolunduso’ di tondu koturu dii nakagayat do ginawo dau tu iri no kaaka bunga’ di olundus kopio do kotoning di suai. Mantad po di diri, minomusorou isio do nakal moi do asawo dau i sumandak dii.
TONGKIADON sumuang id Kg Rompon otoliban dumontol do Apin-Apin, Keningau.
Tadau di kotilombus, miagal i kasari do luminosok isio mada’ do okito di kosumandakan ngawi. Soira tuminuun i sumandak kumoturu mantad id tawan om tindaapou no i sumandak dii do minongolus dii pinakai dioti om tolong no id botung.

Masaanan di tondu pointolong do modsu, ongoyo no losoko’ di kusai i pinakai di tondu dii. Indea…!, soira podi kaaka minindisan i sumandak dii id disan di botung nga nokotigog kopio iyau do nousino no i pinakai dau. Natagak.

Umbal podi i tondu dii mintuarung id posorili dau do mogihum di pinakai dau do koborooso’ nga au i yau kokito. Om hiri i ma i kusai di id tolikud di watu tagayo do poimuri om magandad do timpu di kosudong do moi ruba di sumandak dii.

Kababasai podi i tondu dii do mintuarung, kohuyan om irikau no iyau do toruai  do mumang mingkoyod. Au no alaid om ingkakat no om umbal daa simbul miningkawas do guminuli.

Noiduanan nodi di tongotaka’ dau kopogulu guminuli. Au no alaid om karatu no wagu i kingkiniton dii id tana’. Simbul po kawagu nga minsoririiba’ o kosimbulon dau.

Alaid no podi nga’ au nodi yau kosimbul. Indea!... Pongihad nogi i sumandak dii. Ontok dii, imbulai no i kusai dii do minoi pomuoi di sumandak dii. Kokito podi di kingkiniton i kusai di nga’ koikumai no iyau om sompono’ no dioti i kuo dau minomoguno do ngoduo palad dau.

“Nokuro ko umandak?” tuhot di kusai dii.

“Natagak i pinakai ku. Intai di nga’ poinlagas oku podi,” ka do simbar di kingkiniton dii.

“Kada kotongob oi umandak. Uhupan ku iya’ mogihum di pinakai nu dii,” ka wagu di kusai dii do momolingo.
KOUMAAN id Kg Rompon, Tambunan.
Takal nopo di kusai dii nga, nung uhupan nopo dau i tondu di do mogihum di pinakai disido nga i tondu sowoon dau. Dadi, aiso nogi osorou suai di tondu dii om tuminoboi nodi.

Ongoyo’ no di kusai di o pinakai di tondu dii om pikoruhang nodi yolo.

Ontok podi dii, koinsasad no o tangaanak diolo om pinomuroitan nopo dii di kusai o bawang dii nga bawang Rompon. Ngaran ‘rompon’ naanu mantad kinantakan di sumandak dii do minonompon di kuo dau.

Ii tangaanak nga minonit di kusai, i tapa’ om i taki diolo. Ii nopo tangaanak dau suai nga mininsud id kampung om pogun suai minoi pimpangakan-ngakan do hilo.

Haro i nokoongoi id watas Keningau miagal ko id Apin-Apin, Kampung Bayangan om Kampung Bingkor.

Id watas Ranau miagal ko id Kampung Paus om Kampung Nobutan. Haro nogi tuminomporon id watas Tambunan miagal ko id Kampung Rompon om Kampung Monsok.

Gisom do baino, kokompungan id kinoyonon dii rinoitan do Kampung Rompon. 
KOKITANAN do Kg Rompon mantad gana konuluhan.

Saturday, 11 February 2017

Pelajar UPSI selami kehidupan serba kekurangan di Banggi

Banggi perkenal realiti kehidupan kepada pelajar UPSI

INTERAKSI antara pelajar UPSI dan warga SMK Banggi.

Oleh HENRY BATING
PEMANTAPAN Kemahiran Insaniah melalui perkongsian ilmu dengan murid-murid SMK Banggi, Kudat telah memberi pengetahuan dan pengalaman serampang dua mata kepada sekumpulan 11 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Program 1-4 Februari itu telah memberi pengetahuan tentang penduduk berbilang etnik di pulau Banggi di samping pengalaman nyata pelajar mengharungi kehidupan dalam keadaan serba kekurangan bekalan air.
Program yang diselenggarakan Program Pengajian Minor Bahasa Kadazandusun UPSI itu telah melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan murid-murid sekolah dan penduduk kampung.
BERGAMBAR kenangan antara rombongan pelajar UPSI dan murid-murid SMK Banggi.
Pengetua SMK Banggi, Mohd Khuraini Khuzaimah dalam ucapannya amat berbesar hati menerima kehadiran kali kedua rombongan UPSI yang mana kalangan pelajar yang menyertai rombongan itu berasal dari pelbagai daerah di Sabah.
“Kami berharap program yang dikhususkan untuk para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki PT3 ini mampu merangsang lonjakan pencapaian pelajar untuk terus memperbaiki prestasi,” katanya.
Mohd Khuraini berpesan kepada para peserta dari SMK Banggi agar mengambil peluang daripada program itu untuk menimba seberapa banyak ilmu yang mana menurutnya, kejayaan dicapai hasil usaha, komitmen, doa dan tawakal.
Rombongan pelajar itu diiringi pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Minah Sintian. Kali pertama rombongan dari UPSI melaksanakan program di SMK Banggi pada 2015.
ROMBONGAN pelajar UPSI di jeti Karakit, Banggi.
Dalam program tahun ini, rombongan berkenaan melaksanakan beberapa sesi melibatkan motivasi, pemantapan kemahiran insaniah, slot pembelajaran abad ke-21, memupuk semangat belajar berkumpulan dalam kalangan murid dan memberi pendedahan awal kepada kalangan mahasiswa mengenai pola hidup bertugas di luar bandar.
Jurucakap rombongan pelajar UPSI, Ellysia Richard memaklumkan bahawa kalangan anggota rombongan berasal dari beberapa daerah seperti Papar, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau dan Kudat.
Sesampai di Kudat, rombongan menempuh perjalanan kira-kira sejam setengah ke jeti Karakit, Banggi menaiki bot ekspress dengan tiket berharga RM20 seorang. Setiba di Karakit pada jam 4.30 petang, rombongan disambut Penolong Kanan (Pentadbiran) SMK Banggi, Killy Otahlaid.
MENIKMATI perjalanan menaiki bot ekspress antara Kudat-Banggi.
“Program yang dijalankan mendapat sambutan baik dari semua bukan sahaja dari kalangan murid tetapi juga dari kalangan guru-guru yang bersedia memberi kerjasama yang sangat baik,” kata Ellysia.
Hari ketiga di Banggi, rombongan pelajar UPSI melawat perkampungan di Limbuak Darat di mana pelajar berkesempatan menatap dan memerhati di depan mata rumah warisan Dusun Bonggi.
“Interaksi dengan masyarakat telah memperkenalkan rombongan kepada pelbagai etnik melibatkan Dusun Bonggi, Bajau, Molbog dan Kagayan,” kata Minah.
Menyentuh pengalaman tinggal di Banggi, Siti Wadinih Saili melahirkan rasa syukur kerana meskipun kekurangan air bersih dengan terputusnya bekalan air namun setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar tanpa masalah.
SEBAHAGIAN pelajar SMK Banggi sedang mengikuti salah satu slot motivasi.
“Hidup di Banggi memberi pengalaman hidup kepada mahasiswa untuk lebih menghargai sumber air dengan lebih beringat dan berjimat melalui amalan hidup seorang sebuah baldi,” katanya.
Jenne Maradius menyifatkan pengalamannya melaksanakan program di SMK Banggi telah memberi keyakinan untuk mengghadapi kehidupan yang lebih nyata sebagai seorang guru.
KHAIRUNI menyampaikan cenderamata kepada Minah (kanan).
“Meski berada di kawasan jauh terpencil di pulau namun keseronokan hidup tetap dirasai,” katanya.
Kelly Robert menyatakan pengalaman di Banggi telah memberi kesempatan kepadanya untuk melihat keadaan sebenar kehidupan pelajar asrama yang tetap sabar dan bersemangat untuk berusaha meski kekurangan kemudahan asas.
 
MENGABADI kenangan di hadapan bangunan SMK Banggi.





Friday, 10 February 2017

Pelajar UPSI selami warisan tradisi Rungus

Bakal guru pelajari hidangan sinamu, manik vinusak

JIWA dan minda pendidik menyatu bersama murid-murid.

Oleh HENRY BATING
KHIDMAT Masyarakat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak di Matunggong, Kudat baru-baru ini memberi ruang kepada kalangan pelajar mempelajari tradisi etnik Rungus menyedia hidangan ‘sinamu’ dan membuat manik ‘vinusak’.
Pengarah Program, Telmah Tahmeh menyifatkan setiap minit dalam program tiga hari itu merupakan pengalaman berharga mengenali warisan etnik di tengah-tengah penduduk kampung yang masih meneruskan warisan budaya nenek-moyang mereka.
“Walaupun terasa agak singkat namun banyak elemen kemasyarakatan sempat dipelajari dan sangat bermanfaat untuk melengkapkan pelbagai teori pendidikan bahasa etnik yang dipelajari di ruang kuliah,” kata Telmah.
BERSAMA ibubapa dan murid-murid Tadika Aura Didik Kg Inukiran, Matunggong.
Turut menjadi golongan sasar dalam khidmat masyarakat itu ialah 19 murid Tadika Tadika Aura Didik di Muzium Mini Etnik Rungus dan Galeri Raymond Majumah Kg Inukiran, Matunggong.
Atas pengalaman yang ditimba rombongan pelajar, penasihat program, Dr Rosliah Kiting amat berterima kasih di atas kesudian penduduk kampung khususnya penyelenggara Tadika Aura Didik menampung kehadiran mereka selama pelaksanaan program itu.
Dr Rosliah yang juga pensyarah kanan UPSI turut mengucapkan terima kasih atas kesudian penduduk Kampung terutamanya Tadika Aura Didik menerima kehadiran rombongan pelajar itu.
Khidmat masyarakat yang diadakan sepanjang 29 Januari hingg 1 Februari itu merupakan sebahagian daripada aktiviti program pengajian minor bahasa Kadazandusun di universiti berkenaan.
PELAJAR UPSI belajar membuat manik dari penduduk kampung.
Kalangan pelajar dalam rombongan itu amat menghargai peluang yang mereka nikmati selama program itu terutamanya sambutan ramah mesra pemilik muzium dan tadika, Raymond Majumah yang mereka sifatkan sebagai amat berbekas di hati.
Ketua publisiti program, Heidya John memberitahu program itu bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat dan juga murid-murid pra-sekolah.
“Kami berkesempatan mendalami budaya dan sastera lisan masyarakat Matunggong melalui interaksi dengan penduduk setempat sekali gus memantapkan kemahiran insaniah pelajar dalam kerja berpasukan,” katanya.
Sepanjang program berlangsung, kalangan pelajar turut menabur bakti melakukan kerja amal menceriakan persekitaran belajar dan halaman tadika dengan melukis mural dan membersihkan mini muzium dan galeri.
RAYMOND menerima cenderahati dari Dr Rosliah diiringi jawatankuasa pelajar.
Khidmat masyarakat itu telah meletakkan kalangan pelajar dalam situasi realiti pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan mengidentifikasi kemahiran berbahasa murid-murid pra-sekolah.
“Memandangkan belum semua murid mampu membaca dan menulis dengan baik maka aktiviti diubahsuai kepada aspek yang lebih kepada pertuturan lisan dan merangsang keaktifan murid-murid berinteraksi,” kata Heidya.
Dalam aktiviti bersama ibu bapa murid, Puan Rosnah selaku wakil ibu bapa mengungkapkan rasa kesyukuran dan terima kasih di atas kesudian pihak UPSI memilih Matunggong sebagai lokasi program.
INTERAKSI dalam kelas antara pelajar UPSI dan murid-murid Tadika Aura Didik Kg Inukiran, Matunggong.
“Kami amat bersyukur kerana Tadika Aura Didik yang terletak di Kg Inukiran ini dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan menabur bakti,” katanya.
Kg Inukiran di Pekan Lama Matunggong yang terletak di puncak sebuah bukit terpencil, tenang dan mendamaikan dapat dijangkau dengan semua jenis kenderaan dengan menempuh perjalanan kira-kira tiga kilometer dari jalan besar.

MELUKIS mural di dinding Tadika Aura Didik.
BELAJAR membuat hidangan ‘sinamu’.
LUKISAN mural yang dihasilkan dalam khidmat masyarakat pelajar UPSI.




Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...