UPSI
ketengah tradisi etnik Sabah di seminar sastera antarabangsa
Siri I - 16 Sept 2016
SEMINAR
Sastera Antarabangsa Indonesia-Malaysia 2016 di Universitas Gadjah Mada (UGM)
Yogyakarta, Indonesia yang mempertemukan kalangan cendekiawan kesusasteraan pelbagai
negara turut sama memanggil serombongan pelajar pengajian minor bahasa
Kadazandusun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak untuk
bertandang.
Rombongan
terdiri daripada 14 orang itu melibatkan 11 pelajar peringkat prasiswazah, dua
pelajar pasca siswazah dan pensyarah pengiring, Dr Rosliah Kiting.
Kalangan
pelajar bukan sekadar sempat mengetengahkan karya dalam antologi puisi Yogyakarta
‘Nafasku’ dan kumpulan cerpen ‘Perempuan Pemetik Matahari’ tetapi juga
berinteraksi dengan para pengkarya tersohor dan menampilkan tarian rampaian
Kadazandusun serta ‘sudawil dan kiaton’.
Seminar
berlangsung 14 September itu telah dirasmikan oleh Sri Sultan Hamengku Buwono
X, Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta bertempat di Pusat Kebudayaan Koesnadi
Hardjasoemantri UGM.
KESENIAN tradisi Kadazandusun turut dipersembahkan di seminar antarabangsa sastera Indonesia-Malaysia 2016.
Pelbagai kertas kerja dibentangkan keesokannya di Hotel Bulaksumur UGM dengan pembuka tirai pembentangan dua tenaga akademik Fakultas Ilmu Budaya UGM, Prof Dr Sangidu MHum dari jurusan Antarbudaya dan Drs Sudibyo MHum dari jurusan Sastera Indonesia.
Turut
serta dengan puluhan cendekiawan dalam pertemuan sastera antarabangsa itu ialah
Prof Dr Victor Pogadave, tokoh bidang puisi yang amat dikenal di negara Rusia.
Karya
cerpen Naib Presiden Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), Witer
Gunik berjudul ‘Songgorib’ yang turut dimuatkan dalam antologi Indonesia-Malaysia
turut dibiacarakan dalam seminar itu.
Dr
Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Perguruan Bahasa Melayu Kuala Lumpur yang membicarakan cerpen Witer melihat konsep cinta
dalam cerpen itu menggunakan kajian semiotik konseptual kata kunci. Dapatan
daripada kajian itu membuktikan bahawa Witer sebagai penulis cerpen telah
menghubungkan cinta dengan kesucian, perjuangan, kesengsaraan, kepercayaan,
penghargaan terhadap warisan leluhur dan usaha yang konsisten.
PROF Dr Victor Pogadave (tengah) dalam seminar antarabangsa sastera Indonesia-Malaysia 2016.
Rombongan
dari UPSI yang turut mendapat sokongan biaya daripada dua wakil rakyat Parti
Bersatu Sabah (PBS) dari Kota Marudu diketuai oleh pengarah program, Lesah
Kuangin dan dibantu dua pelajar pasca siswazah bahasa Kadazandusun, Florina
Jumil dan Januin Jainis.
Dr
Rosliah bagi pihak rombongan itu secara terbuka menyampaikan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus
Johnity Ongkili dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek, Anita Baranting
atas sokongan biaya yang telah dihulurkan.
Pergerakan
rombongan itu telah menempuh dua gelombang disebabkan perbezaan masa
penerbangan dari KLIA ke Bandara Soekarno-Hatta. Rombongan pertama terdiri
daripada Ana Fiuna Dansun, Florina Jumil, Melida Simon, Roseanne Nelson dan
Jinuin bin Jainis.
Rombongan
kedua Feria Sulip Felix, Felicia Vung, Alexander Joanes, Janne Maradius, Allen
Sarah Damianus, Ellysia Richard, Lesa Kuangin, Siti Wadinih Saili dan Rosliah.
ROMBONGAN UPSI di Hotel Universitas Gadjah Mada.
Misi
perjalanan mengetengahkan warisan seni leluhur di pentas kota pelajar
Yogyakarta itu sekali gus telah menjadi diari perjalanan yang tersendiri bagi
sebahagian anggota rombongan berkenaan.
Ellysia
Richard mencatatkan bahawa perjalanan itu agak mencabar kerana itu merupakan
perjalanan pertamanya ke Indonesia. Manakala perjalanan pula melibatkan
penerbangan dan jalan darat menaiki van mengambil masa lebih 10 jam.
“Banyak
perkara yang saya tidak tahu sepanjang perjalanan itu seperti berurusan dengan
bas dan berurusniaga dengan pekedai,” katanya.
Felicia
pula tertarik dengan kewujudan rentetan gerai di sepanjang perjalanan yang
rata-rata sarat dengan pelanggan terdiri daripada kalangan pelajar. Menurutnya
hidangan di Yogyakarta memang memiliki keistimewaan tersendiri yang menampakkan
ciri masakan setempat.
“Kami
berpeluang membeli-belah di kraton di mana terdapat baju-t bercetak berharga
murah yang boleh dibeli pada harga Rp100 ribu (RM30) untuk empat helai, banyak
juga barangan kraf dan sandal yang murah,” katanya.
Felicia
turut mengagumi kehangatan sambutan ketika sampai di Hotel Universitas Gadjah
Mada dengan kualiti kemudahan hotel yang baik termasuk perhatian para petugas
selama mereka menginap di hotel kampus itu.
“Yogyakarta
memberikan pengalaman pertama menaiki beca hinggakan perjalanan itu
menyeronokkan lebih-lebih ada di antara kami baru kali pertama menaiki beca,”
kata Jeane pula.
Jeanne
melahirkan rasa syukur kerana seminar itu telah memberi mereka ruang
mengetengahkan karya-karya khususnya tulisan para penulis muda dari Sabah.
Di
samping kenangan indah, Allen Sarah sempat mengimbas pengalaman pahit ekoran
membayar tambang beca lebih daripada kadar yang sepatutnya sehingga mencecah
separuh daripada kos perjalanan Jakarta-Yogyakarta berjumlah Rp150 ribu.
“Begitupun
kami tidak menyalahkan bapak-bapak yang menarik beca kerana kami menyedari dan
melihat sendiri kepenatan mereka mengayuh basikan beca,” kata Allen.
DR ROSLIAH (dua kanan) bersama sebahagian pelajar di dewan persidangan Hotel Bulaksumur UGM.
Pengalaman indah dan berguna. Terima kasih dgn sokongan semua
ReplyDeleteTerpahat selamanya dalam diari kehidupan
ReplyDelete