Wednesday, 17 August 2016

Imbasan bencana rumah Agustine Linus

Insiden kebakaran rumah serlah keperihatinan penduduk



Frederick Anis Gintod menyampaikan sumbangan kepada Augustine disaksikan penduduk Kg Pamilaan, Tenom



Oleh HENRY BATING
Selasa 16 Ogos 2016

INSIDEN kebakaran rumah yang menimpa kepada keluarga Augustine Linus Pawi di Kampung Pamilaan, Tenom baru-baru ini dapat diibaratkan sebagai satu bencana akan tetapi keperihatinan penduduk dan saudara-mara dari jauh dan dekat memperlihatkan tradisi membantu masih sangat mendarah-daging di kalangan masyarakat di negeri ini.

Peristiwa kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.00 petang itu mendapat reaksi spontan pihak Bomba dan Penyelamat yang bergegas berangkat dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian pada jarak 25km.

"Ketika kami sampai api sedang memusnahkan rumah bertingkat semi-konkrit dan sekadar memastikan tiada isi rumah terperangkap di samping mencegah api merebak ke rumah jiran," kata pegawai operasi, Ahjis Ajap dipetik sebagai berkata.

Anggaran kerugian diperkirakan RM80,000 dengan serta-merta mendapat reaksi belas kasihan penduduk yang menyaksikan kumpulan demi kumpulan berdatangan memberi penghiburan sambil menghulur sumbangan.

Augustine, Pegawai Tekun Kawasan Sook ketika malapetaka itu berlaku sedang berada di pejabatnya di Keningau dan bergegas pulang untuk hanya melihat struktur rumahnya berjatuhan satu demi satu.

Usahawan Kg Pamilaan, Sukim Sarat menjadi pihak yang terawal mendatangi Augustine dan keluarga yang sedang hilang kata-kata untuk memberi kepedulian dan menyampaikan barangan keperluan harian.

Penduduk kampung diketuai Steve Leo serta-merta mengepos rayuan sumbangan melalui media whatsapp dan spontan menerima senarai panjang sumbangan penduduk kampung yang tersebar di seluruh negara.

Menyusul dua hari kemudian, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh menyampaikan sumbangan dihantar oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Simon Mamat.

Tiga hari kemudian keadaan kian stabil bagi keluarga mangsa lalu Augustine sendiri mengepos ke dalam kumpulan whatsapp kampung untuk mengucapkan terima kasih.

Genap seminggu ketika selesai ibadat sabda Hari Minggu, beberapa pihak lagi datang mengunjungi keluarga Augustine dengan menyerahkan pelbagai bentuk sumbangan termasuk wang tunai.

Turut menyampaikan sumbangan ialah pesara pengetua, Frederick Anis Gintod dari Melalap, Rahmah Intang bagi pihak penduduk Kg Pamilaan dan pasukan Rela.

Persatuan Sakag Karanaan Liwan Tambunan turut menyampaikan sumbangan yang turut disertai Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS), Azroy Hasmin Abdullah. end 

Penduduk Kg Pamilaan, Tenom membantu mengawal kebakaran merebak ke rumah-rumah jiran


Sukim Sarat menyampaikan sumbangan kepada Augustine diiringi pegawai Bomba, Ahjis Ajap

Simon Mamat menyampaikan sumbangan Radin

No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...