Saturday, 20 August 2016

Pelajar Sastera

 


YATIM dan Noor Aisah bersama peserta bengkel sastera SMK Datuk Peter Mojuntin.

Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin mengorak minda mengangkat martabat sastera


Oleh HENRY BATING
PENAMPANG: Ketua Penerangan Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia), Yatim Ahmad menjadi tamu khas Bengkel Apresiasi Sajak dan Skema Pemarkahan Kesusasteraan Melayu SPM 2016 SMK Datuk Peter Mojuntin di sini kelmarin.
Yatim yang juga kolumnis sastera akhbar tempatan New Sabah Times diiringi timbalannya, Monsu Godon menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Membaca Sastera di Sekolah dan Perkembangan Sastera Sabah’.
“Usaha akan dibuat sebagai susulan bengkel ini untuk menjadikan SMK Datuk Peter Mojuntin sebagai anak angkat Momogunsia dalam menerajui perkembangan kesusasteraan di kalangan pelajar setempat,” kata Yatim.
Bengkel yang dikendalikan Ketua Bidang Bahasa sekolah itu, Noor Aisah Maidin disertai kira-kira 50 pelajar yang terdiri daripada kalangan mereka yang sedang duduk di Tingkatan Empat dan yang sedang mempersiapkan diri menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun.
Menurut Yatim, dalam pembentangannya, perkara yang dikongsikan ialah berkaitan apresiasi sajak di luar disiplin pembelajaran sekolah dan buku teks bertujuan untuk merangsang kalangan pelajar mencipta sajak tanpa terlalu terikat dengan teks sastera di sekolah.

YATIM bersama sebahagian pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.


“Akan tetapi dengan berbuat demikian pelajar kena banyak membaca khususnya tentang puisi dan pelbagai karya puisi,” kata Yatim.
Dari segi pencapai sekolah itu dalam bidang kesusateraan, dapat dibanggakan bahawa rekod menunjukkan sekolah itu pernah menang anugerah cipta lirik puisi dengan menjadi johan peringkat sekolah-sekolah Daerah Penampang 2015 dan naib johan deklamasi puisi sekolah menengah Daerah Penampang.
SMK Datuk Peter Mojuntin juga menjuarai Pesta Pantun Peringkat Daerah Penampang 2009 dan 2013.
Sementara itu, Noor Aisah yang juga ketua unit sastera sekolah itu kemudian menyampaikan panduan mengenai skema pemarkahan kesusasteraan dalam peperiksaan SPM.
Noor Aisah yang juga penulis produktif merupakan guru bahasa dan kesusasteraan Melayu beserta pendidikan visual di sekolah tersebut.
  
YATIM menerima cenderahati dari Noor Aisah.

YATIM bersama sebahagian pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.


Wednesday, 17 August 2016

Imbasan bencana rumah Agustine Linus

Insiden kebakaran rumah serlah keperihatinan penduduk



Frederick Anis Gintod menyampaikan sumbangan kepada Augustine disaksikan penduduk Kg Pamilaan, Tenom



Oleh HENRY BATING
Selasa 16 Ogos 2016

INSIDEN kebakaran rumah yang menimpa kepada keluarga Augustine Linus Pawi di Kampung Pamilaan, Tenom baru-baru ini dapat diibaratkan sebagai satu bencana akan tetapi keperihatinan penduduk dan saudara-mara dari jauh dan dekat memperlihatkan tradisi membantu masih sangat mendarah-daging di kalangan masyarakat di negeri ini.

Peristiwa kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.00 petang itu mendapat reaksi spontan pihak Bomba dan Penyelamat yang bergegas berangkat dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian pada jarak 25km.

"Ketika kami sampai api sedang memusnahkan rumah bertingkat semi-konkrit dan sekadar memastikan tiada isi rumah terperangkap di samping mencegah api merebak ke rumah jiran," kata pegawai operasi, Ahjis Ajap dipetik sebagai berkata.

Anggaran kerugian diperkirakan RM80,000 dengan serta-merta mendapat reaksi belas kasihan penduduk yang menyaksikan kumpulan demi kumpulan berdatangan memberi penghiburan sambil menghulur sumbangan.

Augustine, Pegawai Tekun Kawasan Sook ketika malapetaka itu berlaku sedang berada di pejabatnya di Keningau dan bergegas pulang untuk hanya melihat struktur rumahnya berjatuhan satu demi satu.

Usahawan Kg Pamilaan, Sukim Sarat menjadi pihak yang terawal mendatangi Augustine dan keluarga yang sedang hilang kata-kata untuk memberi kepedulian dan menyampaikan barangan keperluan harian.

Penduduk kampung diketuai Steve Leo serta-merta mengepos rayuan sumbangan melalui media whatsapp dan spontan menerima senarai panjang sumbangan penduduk kampung yang tersebar di seluruh negara.

Menyusul dua hari kemudian, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh menyampaikan sumbangan dihantar oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Simon Mamat.

Tiga hari kemudian keadaan kian stabil bagi keluarga mangsa lalu Augustine sendiri mengepos ke dalam kumpulan whatsapp kampung untuk mengucapkan terima kasih.

Genap seminggu ketika selesai ibadat sabda Hari Minggu, beberapa pihak lagi datang mengunjungi keluarga Augustine dengan menyerahkan pelbagai bentuk sumbangan termasuk wang tunai.

Turut menyampaikan sumbangan ialah pesara pengetua, Frederick Anis Gintod dari Melalap, Rahmah Intang bagi pihak penduduk Kg Pamilaan dan pasukan Rela.

Persatuan Sakag Karanaan Liwan Tambunan turut menyampaikan sumbangan yang turut disertai Ketua Pemuda Parti Cinta Sabah (PCS), Azroy Hasmin Abdullah. end 

Penduduk Kg Pamilaan, Tenom membantu mengawal kebakaran merebak ke rumah-rumah jiran


Sukim Sarat menyampaikan sumbangan kepada Augustine diiringi pegawai Bomba, Ahjis Ajap

Simon Mamat menyampaikan sumbangan Radin

Tuesday, 16 August 2016

Kenyataan Akhbar

Penulis KDM sambut baik pendirian LKS dokumentasi ritual tradisi


HENRY BATING, AMN, BSK
28 Feb 2016


KOTA KINABALU: Persatuan Penulis Kadazandusun Murut Malaysia menyambut baik pendirian Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) untuk terus mendokumentasikan upacara ritual tradisi pelbagai etnik Sabah sebagai satu warisan ilmu untuk keperluan kajian masa hadapan.
Presiden Persatuan Penulis KDM atau Monunurat Momogun Malaysia (Momogunsia), Drs Henry Bating berkata persatuan itu wujud atas kesedaran menggembleng minda dan kreativiti kalangan penulis etnik Sabah untuk mendukung usaha seperti yang diamanahkan kepada LKS.
“Dalam ritual tradisi terkandung madah-madah yang menggambarkan ketinggian pemikiran, kehalusan budi dan corak kosmologi etnik yang dapat memperkayakan warisan tradisi budaya bangsa Malaysia di samping dapat menonjolkan kepelbagaian corak budaya negara ini di mata pencinta kesenian antarabangsa,” kata Henry.
Henry berkata demikian sebagai menyokong pendirian LKS yang menghormati kepercayaan suatu warisan tradisi di negeri ini yang sudah wujud lama sebelum kedatangan pelbagai agama yang kini menjadi anutan masyarakat Sabah.
Dalam berita mengenai upacara tolak bala Odou Bakanjar di Kuala Penyu pada Sabtu, Pengurus Besar LKS, Datu Rusmadi Sulai dipetik sebagai berkata pihaknya bertanggungjawab menyimpan maklumat, merekod upacara dan menghasilkan buku atau dokumentasi (tolak bala Odou Bakanjar) untuk rujukan masa depan.


Rusmadi berkata demikian sebagai menolak salah faham pihak tertentu yang membantah pelaksanaan upacara seperti itu atas apa yang mereka sifatkan sebagai promosi amalan pagan dalam kalangan generasi muda.

Muzik

Island Busking beri hiburan santai di taman bunga bandar Labuan



Persembahan masih menyengat

KEMUNCULAN Island Busking membuat persembahan di tengah bandar lama Labuan kelmarin telah menjadikan petang cerah itu ceria oleh kenyamanan ramai duduk bersantai di taman itu.
Persembahan busking itu juga berjaya menggamit orang lalu-lalang untuk berhenti singgah mendengarkan dendangan lagu-lagu kumpulan itu sambil meletak wang ihsan pada kotak tersedia.
Kelihatan gambar 1 para pemuzik kumpulan Island Busking mempersembahkan lagu-lagu dan seni muzik pada suatu petang di sebuah taman di tengah-tengah bandar lama Labuan.
Gambar 2 memperlihatkan sebahagian penduduk bersantai di taman bunga sambil menghayati lagu-lagu dan muzik persembahan Island Busking. - Oleh HENRY BATING



Iringan Island Busking menghangat dinginnya petang di Labuan

Jonas Bating dalam pengabdian umat dan masyarakat

Katekis Bating dalam pembinaan umat Katolik Zon Pamilaan


JONAS BATING KILAM


Oleh HENRY BATING
14 Mei 2014

PERTEMUAN berlaku tanpa dirancang, tapi yang pastinya semua itu sudah tersurat dalam rencana Tuhan melalui pengantara Yesus Kristus. Peristiwa itu berlaku kira-kira pada tahun 1957. Menjelang senja pada hari itu, di simpang Pamilaan Batu 14 setengah, berhenti sebuah kenderaan Land Rover pendek beratap kanvas. Keluar dua orang berpenampilan expatriate. Seorang lelaki kulit putih dan seorang lelaki Cina.

Tepi jalan raya Tenom-Keningau di simpang Pamilaan ketika itu masih separuh belantara. Tapi tidak jauh dari jalan raya terdapat sebidang kecil tanah ditebas ditanam jagung. Di tepi ladang kecil terbina sebuah pondok kecil. Jonas Bating Kilam (1931-2012) yang berada di tempat itu didatangi dua lelaki elit tadi. Dengan segala kekurangan berkomunikasi, dalam tegur sapa tahulah Bating bahawa yang kulit putih itu adalah paderi Katolik dan yang Cina pemimpin umat di Keningau.

Dua orang itu menyatakan mahu mencari tapak di sekitar tempat itu untuk pihak gereja dirikan sekolah. Mendengar perkataan ‘school’, hati kecil Bating berdetik seakan melonjak. Hatinya begitu kerana sejak dilahirkan sehingga berumur kira-kira 26 tahun ketika itu, keinginan Bating untuk bersekolah secara formal dan berterusan tidak pernah kesampaian. Meski hanya sempat bersekolah hingga Darjah Tiga di SK Bingkor, Keningau, Bating boleh membaca dan menulis dengan agak baik dalam bahasa Melayu dan bertutur sedikit-sedikit dalam bahasa Inggeris serta bahasa Jepun. Beliau yang berketurunan Dusun (Kg Kidalamas, Kirokot, Tambunan) sangat fasih berbahasa Kadazan dialek Penampang dan Murut  dialek Timugon serta Paluan.

Bating menyatakan tempat itu milik keluarganya bersama abang-abang dan kakak terdiri daripada Kayug, Kongor, Gamarad, Lotiin dan beliau sendiri sebagai adik bongsu. Tempat itu hanya persinggahan mereka ke tebasan di ulu Pamilaan dan Sumbiling, Melalap. Bating menyatakan keluarganya tidak berhasrat untuk menetap di tanah itu kerana kawasan itu sudah menjadi sangat kecil ekoran tanah-tanah di sekeliling sudah dimiliki beberapa taukeh dari bandar.

“Tanah ini tidak cukup lagi untuk kami adik-beradik menebas, lagipun kami ada juga beberapa tempat bercucuk tanam yang luas. Kalau ada cadangan mahu bikin sekolah di tempat ini, gereja bolehlah ambil tempat kami ini,” demikian Bating menawarkan tanah berkenaan yang menjadi tapak sekolah SRK St Pius Pamilaan hingga sekarang. Paderi berkenaan menyatakan minat dan memberitahu akan datang lagi ke tempat itu pada suatu masa yang mereka janjikan bersama.

SK St Pius Pamilaan, Tenom

Sampai masanya, Bating menunggu lagi kedatangan pihak gereja di tempat sama. Kali itu turut serta rohaniwan dari Jesselton (Kota Kinabalu) yang kemudiannya menjadi Bishop. Bating diminta menyediakan senarai pelajar yang berpotensi memulakan persekolahan. Maka generasi berumur 6-17 tahun pun disenaraikan meliputi Pamilaan, Ulu Tepoh, Pangalat dan sebahagian dari Senagang serta Batu 17. Bating juga diminta mengajak orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan sekolah menggunakan bahan-bahan hutan di sekitar serta perkakasan dari gereja.

Dengan berjalan kaki dari kampung ke kampung, Bating mengajak Majingi Damial dari Ulu Tepoh, Atat Kodingol dari Pangalat dan keluarga Rangkub dari Senagang. Penduduk Pamilaan turut bersatu hati menyumbang tenaga atas kesedaran mahu merintis laluan pembangunan pendidikan untuk generasi mereka. Usaha itu mereka laksanakan beberapa tahun tapi pada waktu yang sama datang tenaga pengajar gereja memberi bimbingan sembahyang. Penghujung 1950-an, Bating bersama Robert Danggau (abang seibu Leo Duringgon – anggota polis terkorban nahas jalan raya 1977 dekat Toboh Baru) menjadi yang pertama di zon ini menerima pembaptisan Katolik. Upacara dijalankan di Senagang dalam satu misa kudus di sebuah Chapel di perkarangan kediaman Katekis Rangkub.

Bangunan SK St Pius Pamilaan, Tenom, Sabah, Malaysia

Bating kemudian menerima tanggungjawab membawa pelayanan gereja di zon ini. Pelayanan berkisar kepada bimbingan belajar doa bagi katekumen, pembaptisan bayi, ibadat sabda di rumah, pemberkatan orang sakit, pemberkatan sawah, pemberkatan kelahiran (posondili) dan harijadi (mongumpau), perkahwinan di gereja dan doa ketika bulan rosari Mei dan Oktober. Bating menjadi Katekis sehingga 1980 akan tetapi selang satu tempoh di pertengahan 1960-an dan awal 1970-an, pelayanan dijalankan oleh Katekis James Batik Borok (ayah kepada Marinus Batik dan datuk kepada Marcellus Marinus). Katekis Bating kemudian menyambut kedatangan Mr Stanley P. Hill ke St Pius Pamilaan sebagai guru tetap sekali gus Guru Besar (1962-1966).

Stanley Hill

Sebagai tambahan, Katekis Bating turut mengajar katekismus di St Pius pada setiap Jumaat. Pelajar St Pius ketika itu hampir 100 peratus Katolik. Semua yang beragama Katolik termasuk yang belum beragama wajib mengikuti kelas itu. Dalam situasi tidak formal, ketika melihat kumpulan kanak-kanak menghabiskan masa tanpa sebarang aktiviti berfaedah, Katekis Bating suka memanggil kanak-kanak itu berkumpul bersamanya untuk sesi bercerita. Topik yang selalu dipilih ialah dari Al-Kitab Perjanjian Lama dengan cerita favorite Yosef dijual abang-abangnya, anak yang hilang serta cerita-cerita klasik Dusun (tangon) bernilai moral. Topik-topik itu turut diceritakan kepada anak-anaknya di rumah pada waktu malam ketika masuk tidur sehinggalah semua anak seorang demi seorang tertidur lena dan berdengkur.

Baik Katekis Bating mahupun Katekis Batik, mereka memiliki mekanisme yang sama dalam pelayanan. Mereka mengajar secara lisan menggunakan kaedah mendengar, menghafal dan menutur kembali. Kedua-dua mereka lebih banyak menjalankan pelayanan dari keluarga ke keluarga pada waktu malam. Keadaan ini menjadikan mereka berada dekat dengan cubaan kuasa halus. Katekis Bating ketika pulang dalam keadaan gelap-gelita tiba-tiba disinari cahaya terang dan didatangi bayi merangkak laju. Beberapa ketika, cahaya itu hilang tapi cukup menyeramkan kalau-kalau bayi merangkak tadi masih berada di tengah belukar, di kuala sawah Paulus Elip Masuning. Katekis Batik dalam perjalanan pada malam kelam tiba-tiba dihinggapi ‘Tunganga’ (species burung malam berbunyi menangis meratap) pada bahunya. Peristiwa berlaku dekat pohon Bundu (kini bersebelahan rumah Usip Gonsilou). Dikatakan Tunganga itu masih hinggap di bahunya sambil menangis meratap-ratap walau Katekis Batik sudah berjalan kaki hampir ke rumah Kayug (kini rumah Julian Kayug).
James Batik Borok bersama isteri, Catherine Kutim

Pengalaman seram itu menjadi sebahagian perkongsian mereka dalam pelayanan. Keadaan itu menjadikan mereka berdua, di mata dan hati umat ketika itu sebagai pengikut Kristus yang sentiasa berada dalam lindungan Tuhan Yesus. Rosari turut diadakan pada waktu malam. Selesai di Pamilaan, beralih ke Ulu Tepoh, Lindopon dan seterusnya Pangalat. Rosari turut dijalankan di rumah keluarga Satin Gombulu di Mosolog. Pernah juga Katekis Bating mempersiapkan calon-calon baptisan di rumah keluarga Atat Kodingol di Pangalat. Lawatan berlangsung sehingga melewati dua malam. Hari pertama digunakan mengajar anak-anak dalam keluarga. Keesokannya mengadakan ibadat sabda dihadiri jiran-jiran dan setelah itu diteruskan dengan bimbingan doa. Ramah mesra tidak pernah tertinggal diadakan bila sampai di hujung acara dengan hidangan minuman tradisi. Dari keluarga ini, muncul Kelistina Atat menjadi Katekis.

Seperti Katekis lainnya, Katekis Bating wajib datang ke rumah rektor St Anthony, Tenom sekali sebulan. Semua katekis satu paroki berkumpul diketuai Katekis Edward Mamat (ayah kepada Rev. Fr. David Mamat) dan menginap semalaman di rumah rektor, bermesyuarat sambil menerima elaun bulanan puluhan ringgit menurut kadar masa itu. Menginap bersama rakan-rakan katekis dan menghabiskan masa bersama Rektor Paroki agak cukup memberikan pengetahuan dan pengalaman bagi Katekis Bating untuk membuat perkongsian sepanjang sebulan pelayanan di Zon Pamilaan. Perkongsian berkisar kepada pengalaman umat di kampung-kampung lain, pengalaman perjalanan paderi, cerita-cerita dari Rome, majlis makan malam dan sesi menonton televisyen. Ketika itu belum ada seorangpun di zon ini memiliki televisyen.

Ajaib sungguh anugerah Tuhan kerana dengan asas akademik yang sungguh terhad, Katekis Bating masih mampu memberi perkongsian tentang topik ‘menjarakkan kelahiran’. Huraian yang diberi merangkumi kitaran masa subur isteri yang perlu dihindari suami yang mahu menjarakkan kelahiran anak. Dengan berpandukan kalender gereja, Katekis Bating menunjukkan kiranya haid bermula dari suatu tarikh, maka kitarannya akan sampai ke tarikh yang satu lagi. Di samping itu dapat pula dijelaskan tentang sakit puan yang perlu dicegah, dirawat dan difahami suami.

Katekis Bating menerima panggilan mengikuti kursus Katekis seminggu di Pusat Katekis (PUSKAT) St Francis Xavier Keningau (1974) dan latihan intensif tiga bulan di pusat latihan sama 1975. Ketika berangkat menjalani kursus tiga bulan, kebetulan kesibukan musim menuai padi baru bermula di Pamilaan. Katekis Bating berangkat meninggalkan isteri dan tujuh anak dengan penyerahan total kepada Tuhan. Maka sesekali ada juga ahli keluarga seperti Balasius Morudin Darapan (ayah kepada Sister Stella) datang menjenguk dan membantu. Sepeninggalan Katekis Bating ke Puskat, umat mempercayakan tugas-tugas katekisis kepada mantan Katekis Batik untuk segala kapasiti kerohanian termasuklah ibadat sabda. Sekembali dari kursus intensif, Katekis Bating mengajak umat di zon ini mendirikan Gereja St Pius pada tapak tepi jalan berderetan Klinik Kesihatan. Sebelum itu Misa Kudus, upacara perkahwinan dan Pesta Kaamatan diadakan di bangunan sekolah St Pius.

Katekis Bating (berdiri dua kiri) bersama semua katekis Paroki Tenom. Duduk tengah, Rev Fr (Bishop) Datuk Simon Fung

Gereja St Pius menjadi gereja kepada kampung-kampung di zon ini. Di gereja ini Katekis Bating memberikan tanggungjawab liturgi kepada kalangan belia terpelajar ketika itu seperti Francis Sadiang, Paulus Elip Masuning, Philip Basalant, Julian Kayug, George Sadangkat dan Leo Duringgon. Kesemua mereka sering menjadi pembaca dengan tambahan komentator dan Koir Master bagi George dan kemudian Leo. Selaku belia yang pernah menjadi aspiran Seminarian, George amat berpengetahuan tentang banyak perkara liturgi yang kemudian digunakannya membantu Katekis Bating. Karoling menjelang Krismas kemudian dilancarkan dan kumpulan ini bersama Katekis Bating berangkat dari rumah ke rumah di Pamilaan, Ulu Tepoh dan Pangalat.

Dalam doa-doa malam keluarga, Katekis Bating antara lain tidak pernah lupa memanjatkan doa memohon kepada Tuhan agar memilih di antara anak-anaknya bekerja di ladang Tuhan. Dalam keluarga, Katekis Bating selalu berkongsi cerita mengenai kehidupan rohaniwan atau pemimpin umat. Nama-nama belia yang aktif menjadi komentator di gereja St Anthony, Tenom sering disebut sebagai teladan. Selepas bersara dalam pelayanan Katekis (1980) untuk menerima pelantikan Ketua Kampung (kemudian penghujungnya WKAN), Bating menasihati anak lelaki sulungnya, Henry Bating untuk meneruskan gerakan koir yang terbengkalai ekoran George menerima penempatan tugas di Sook dan Leo di Inanam, Kota Kinabalu.

Kumpulan Koir St Peter kemudian menjadi Johan Pesta Koir Peringkat Paroki Tenom (1984) dan Naib Johan (1985). St Peter menjadi salah satu kumpulan mewakili Paroki Tenom ke Pesta Koir Peringkat Pedalaman di SFX Keningau (1984 – meliputi Paroki Kuala Penyu hingga Ranau). Atas pencapaian itu, St Peter dipercayakan menjadi tuan rumah Pesta Koir Peringkat Paroki Tenom (1985), dipengerusikan George selaku pengerusi KUK ketika itu dengan setiausahanya, Henry. Henry kemudian menjadi Setiausaha (serta Ketua Komiti Penerangan) Majlis Pastoral Paroki (MPP) St Antohny, Tenom (1988-1992) di bawah Pengerusi Dr Markus Takong dan Mathew Tulin Tulas. Ketika itu Bating melahirkan keprihatinan kepada anaknya dengan berkata, “bukan mudah bagi orang masih muda – berumur 23 tahun – mengangkat tanggungjawab peringkat parish bersama orang-orang berpelajaran dan ada-ada. Kalau kau rasa tidak boleh angkat tugas kau, jujur biarkan saja dulu, biar belajar lagi dan tunggu hingga kau betul-betul matang”. Lewat pertengahan 1990-an, anak bongsunya James Jonas Bating turut terlibat aktif dalam Belia St Peter sebagai pemain gitar, Koir Master dan pemimpin karoling.

Nada katalis Bating ungkapkan kepada anak kelimanya, Julie J. Bating tatkala mendengar pernyataan hasrat mahu mengabdikan kehidupan sebagai Sister dalam kongregasi Franciscan Sister of Immaculate Conception (FSIC). Reaksinya begini, ”kalau kau butul-butul mau jadi Sister, pigilah sampai mati“ yang bermaksud, jika benar begitulah kehendak hati mu, maka jadikanlah diri mu Sister seumur hidup mu. Pengutusan Rt. Rev. Bishop Datuk John Lee kepada Julie sebagai Sister di Loreto Convent Novitiate, Jalan Penampang Lama (05.08.1999) memberikan riak tenang kepada Bating. Di Pamilaan, Bating menyediakan seekor lembu sebagai korban sembelihan kesyukuran. Seluruh umat St Peter turut meraikan kesyukuran itu dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan berkumpul bersama. Lima tahun kemudian, sekali lagi Bating bersama isteri, Beatrice Saitim Ajiloh tenang menyaksikan anak mereka, Julie mengucapkan Kaul Kekal (penerimaan cincin) sebagai Sister FSIC di Gereja St Joseph, Papar 08.12.2004. Upacara ini turut dihadiri para belia St. Peter diketuai Stanley Leo diiringi rombongan umat St. Peter Pamilaan.

Katekis Bating bersama anaknya Sr Julie dan isteri, Beatrice Saitim Ajiloh

Bating meniti penghujung hayatnya pada usia 81 tahun dengan segala penyerahan diri kepada Tuhan Yesus Kristus. Denyut hayatnya berhenti selepas empat hari dirawat di QEH II Kota Kinabalu, 6 April 2012, jam 8.00 pagi. Peristiwa muram, pilu dan sebak itu berlaku tepat di hadapan anak lelaki sulungnya, Henry Bating yang kebetulan bersendirian mengambil giliran menjaga sejak semalaman.

Dari sudut pandangan seorang anak, Katekis Bating secara individu telah menerima sepenuhnya Tuhan Yesus Kristus ke dalam segala aspek kehidupannya. Meski sebelum dibaptiskan, Bating adalah antara pengamal tegar ilmu silat bersulam bacaan dengan pegangan ilmu ‘jimat’ dan pernah mengikuti keilmuan upacara ‘Magamol’, namun setelah dibaptiskan, setiap cabaran dihadapi dengan menyebut nama Tuhan Yesus Kristus. Umpamanya, “Oi Tuhan Jesus kada no ondomo douso ku ngawi, nga ondomo no kotumbayaan ku Dika”.  Magamol adalah upacara persilatan dan ilmu batin yang dijalankan di sungai terpencil pada waktu tengah malam dengan berendam di air sungai mengalir bersebati telur ayam yang tatkala mendarat ke atas sebuah batu, diuji oleh mahaguru dengan benda tajam antara lain bambu ‘sumbiling’ runcing.

Mengimbas kembali sebidang tanah di Batu 14 setengah yang diserahkan kepada gereja, sehingga akhir hayatnya, Bating amat bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih berbuat demikian. Sesekali waktu santai bila ditanya anak-anak kenapa berikan tanah itu kepada mission? Bukankah bagus kalau berumah di sana kerana senang dapat kereta kalau pergi Tenom? Jawab Bating, “tujuan kami beri tanah itu kepada mission untuk dirikan sekolah ialah supaya anak-anak di kampung ini ada pelajaran”.


BIODATA JONAS BATING KILAM

Nama Bapa    : Kilam Koduat
Nama ibu       : Kimoyok
Nama Isteri    : Beatrice Saitim Ajiloh
Tarikh Lahir   : 15.04.1931
Tempat lahir   : Kg. Kidalamas, Kirokot, Tambunan
Tarikh baptis : 14.05.1956
Nama Baptis  : Jonas
Nama Penguatan : George
Pendidikan     : SK. Bingkor, Keningau
Tahap akademik : Darjah Tiga
Tarikh perkahwinan : 14.07.1956
Tempat perkahwinan : St. Francis Xavier Keningau, oleh Rev. Fr. D. McClendon
Saksi perkahwinan :  J. Batangon, M. Kindayo

Pengabdian

1.      1940 – 1960an: Penoreh getah/ petani
2.      Akhir 1960an – awal 1970an: Katekis/ Pengerusi PIBG
3.      (Awal 1960-an) dan (1970an – 1980): Katekis
4.      1980-1985: Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK
5.      1980 – 1999: Ketua kampung
6.      1999: Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)

Katekis Bating (berdiri empat kanan) ketika kursus di Pusat Katekis (Puskat) St Francis Xavier, Keningau. Duduk tengah, Rev Fr De Witt (Pengetua Puskat)




Futsal

Futsal pertemu Pemuda PBS Melalap dan Labuan


LABUAN: Perlawanan futsal persahabatan antara Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap dan Labuan baru-baru ini berjaya menjalinkan semangat kesukanan berpasukan untuk menghadapi kejohanan yang lebih mencabar.
Ketua Pemuda PBS Melalap, Martin Johanis berkata rombongannya mengadakan lawatan sukan futsal ke Labuan dalam misi memberi pendedahan kepada pasukannya untuk mengetengahkan kemahiran dalam bidang sukan itu.
“Pertemuan persahabatan dengan rakan pemuda di Labuan lebih kepada mengerat jalinan kerjasama dua hala melalui pertemuan dalam gelanggang futsal,” kata Martin.
Turut menyaksikan perlawanan di Gelanggang Futsal MPL itu ialah Ketua Pemuda PBS Labuan, Sheiron Chang. Pasukan futsal Pemuda Labuan dikemudi Kapten Bersatu FC, Kennedy Kijok.
Pertemuan persahabatan dua pasukan itu menggunakan sistem bebas bagi masa permainan dan pergantian pemain di mana tiada catatan jaringan dibuat.


Martin dan Kennedy (kiri) bertukar cenderamata


Sisindiron

RALAN SUKUON

Songkuro sodu norikotku
piro laid kino'ibakanku
sundung piyad natalup
ralan ka'andaman nu
mulong piyad natagak no
ngawi pini gaaganakon to
hiti ko id kasarahanku
ingga'a kinatagako
aiso kinolihuo.
Tambalutku,
baino nosukod to no di
nakatalib to no sumingkidou
koilo toh no sumongkodung
posundur do kinoingkokoton
powonsoi ralan koposion.
Sompi tanud tokou no ralan
ih rinontisan tokou kondiri
rikoto tokou sukuon
sumugku pupus puralan
ih niantalang do Minamangun.

ALOYINDRA
Momogunsia

AMU KO NANGKU

Amu ko nangku lumangad
tuni kulintangan
tuni sompoton
tuni bungkau
tuni tongkungon
tunion di aki-aki
tunion koubasanan
koubasanan kasari-sari
it koimayaan taki lombus d gulu
It pongilaan do tulun dot e yati no ih pasok do momogun.
Nokoilo ko nangku,
it okoro po molohing to
amu koodop nung
amu korongou di tangon di odu
Ligot liou
Kara om buu
Urui-urui
Kotutun ko nangku  taki to susumangod do suang waig
aki Minggidan
aki Rumantai
aki Gombunan
aki Tumunda
Nokuro tu batil dilah nu
amu ko di koboros
boros dong koubasanan dati
hinonggo di it pongilaan do tulun,
do iya nopo tulun do pasok momogun-mogun
amu ko nangku orosian
atagak boros
atagak no o tinaru.

GILOY L.RIMPIN
Kota Marudu

GIUK
wulan giuk
amu awasi mitanom
tinanom kigiuk.

ONY BASALIN
Kg.Kuranji,
Kota Marudu
10/8/2016

TINANOM  
   
Tikid tadau mongoi sid botung
Mogium koposion mogium tuntung
Tikid tadau mongoi monginsakot
Otomon tinanom kasanangan rumikot
Tikid tadau mangaraus baja
Sumuni tinanom otomon dara
Tikid tadau mongoi gumama
Mogium koposian ponukup balanja

Monotos kumaraja gisom otuwong
Mogium koposion ponuwang lonjong
Sangadau-ngadau opodsu tumos
Mangaragus botung mimang monotos
Mangaragus botung mimang monotos
Osompug parai amu orikos
Parai tinanom awasi bajaan
Sumuni nopo alanji kokitanan
Parai naansak langkasan mongomot
Amu no orutus om amu osupot
Parai wagu awasi kaakanan
Angod sumayub ogumu kowosian.

HANAFIAH MZ
Tuaran

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...