TANGON
Manifestasi Integrasi Kebangsaan
Oleh
YATIM AHMAD
Ketua Penerangan
Persatuan Penulis Momogun Malaysia
(MOMOGUNSIA)
APABILA
Persatuan Penulis Momogun Malaysia (Momogunsia) mengadakan kerjasama dengan New
Sabah Times mengajurkan hadiah cerpen, maka terfikir oleh kami bagaimana memberi
kefahaman tentang penciptaan karya entik kepada penulis.
Walaupun
sebelum ini ramai yang menulis cerpen berunsurkan kearifan tempatan, namun ia
tak begitu meluas dan kurang menjadi pilihan oleh kalangan penulis dan
sastrawan. Lama sebelum ini, sastera etnik sebenarnya sudah dumulai oleh tokoh-tokoh sastera kami seperti
Datuk Ismail Abbas (Amil Jaya, Allahyaram) dengan novel Bagaton, tokoh
sasterawan negara Jasni Matlani menerusi novel dan apresiasinya mengenai
masyarakat Brunai, Bisaya dan etnik tempatan, Hasyuda Abadi turut memuisikan
etnik. Dan sastera etnik Sabah juga sudah pernah naik ke pentas kebangsaan
menerusi Azmah Nordin untuk Hadiah Sastera Perdana.
Siti
Rahmah G Ibrahim dengan novel dan cerpen etniknya (Bajau), tokoh penulis etnik
Kathrina Tati yang prolifik menghasilkan karya etnik, Witer Gunik dengan ‘Pugai
Balabak’nya dan yang terbaharu menarik perhatian masyarakat pembaca, Noor Asiah
Maidin dengan syair peribuminya, Faridah Abdul Hamid, Dk Mastura, Monsu Godon
dengan cerpennya yang menang hadiah Lembaga Kebudayan Negeri Sabah (LKNS) 2014,
dan tokoh wartawan dan sasterawan, Emin Madi.
Namun
selepas Momogunsia menggandakan usahanya dua atau tiga tahun lalu, sastera
etnik menjadi satu jenama yang kuat dan ia mula mengeluarkan kefahaman
penulisnya (juga penulis lain) daripada tanggapan bahawa menggunakan kosa kata
etnik itu adalah sastera etnik, kepada suatu yang lebih khusus iaitu sastera
etnik adalah dibentuk daripada falsafah suatu bangsa yang pernah memajukan kaum
masing-masing. Inti sastera etnik termasuk bagaimana bangsa yang berbeza adat
dan budaya dapat menyatu dalam satu kampung, daerah dan wilayah untuk membentuk
persefahaman, harmoni dan bersatu padu.
Satu
sisi lain, ‘Tangon’ menjadi pelengkap kepada antologi cerpen ‘Pugai Balabak’
sebagai rujukan kepada penulis menghasilkan karya etnik.
Kepada
mereka yang mahu menyahut cabaran Hadiah Cerpen Momongunsia -New Sabah Times
atau HCM-NST, anda dialu-alukan menghantar karya ke emel acm-nst@gmail.com.
Pada
penghujung Ogos lalu, Presiden Momogunsia, Drs Henry Bating mengetuai kunjungan
hormat kepada Ketua Editor Bahasa Melayu NST, Mohd Amin Haji Muin untuk
menjalin kerjasama menganjur hadiah cerpen berunsurkan etnik bagi sesi Sept
2016 - Ogos 2017. Dan hadiah bulanan
untuk September 2016 diraih oleh Sofie Clara.
Mungkin
ramai yang menganggap bahawa sastera etnik itu milik Momogunsia dan Sabah
sahaja, manakala penulis dari semenanjung dan Sarawak tidak boleh menyertainya.
Sebenarnya boleh. Semenanjung dan Sarawak juga memiliki etnik masing-masing,
bahasa kesukuan dan adat budaya, maka itu adalah sumber kepada sastera etnik.
Itulah
sebabnya mengapa Momogunsia sebagai sandaran untuk menerajui sastera etnik,
mempelawa penulis dari semenanjung dan Sarawak untk menyertainya kerana etnik
ini harus difahami mencakupi keseluruhan jagat bangsa Malaysia.
Dan
untuk menyediakan karya etnik, maka Momogunsia dalam tempoh setahun ini
menerbitkan dua antologi cerpen sebagai panduan kalangan penulis. Konsep
sebenar sastera etnik ialah memperkukuhkan pemahaman adat-istiadat, budaya,
pantang-larang di kalangan rakyat negara ini agar saling memahami, menghormati
dan menjaga batas-batas dan had berhubung soal agama, bangsa, adat, budaya dan
pantang-larang mereka.
Menguatkan
integrasi amat penting sekarang sesuai dengan budaya bangsa Malaysia yang kini
dimomokkan oleh orang-orang politik berpartian sama ada dari pihak pemerintah
atau pembangkang. Kelompok itu tidak lagi segan silu memaki-hamun, menghina
agama dan bangsa orang lain serta sanggup memukul saudara seagama dan
sebangsanya hanya kerana memakai baju merah, kuning dan biru.
Mereka
ini benar-benar tidak ada lagi ada rasa hormat kepada Rukun Negara, mereka
lebih suka berbiadab dan mencetuskan huru-hara.
Maka
Momogunsia sama seperti persatuan lain, membukukan karya penulis tak semata
atas komersial, tetapi memupuk minat membaca dan mengambil suri tauladan,
sekurang-kurangnya membentuk kesedaran semangat kebangsaan yang tulen. Walaupun
kita sedih kerana hasil sastera tidak lagi menjadi minat dan tumpuan rakyat,
sekurang-kurangnya kita ada usaha memberikan kefahaman, menjaga bahasa ibunda
agar tidak pupus, menjaga kehormatan orang lain, menjaga negeri dan negara
jangan sampai kita hilang bahasa dan budaya.
Kepada
yang berminat, Tangon menambah nilai anda memahami aspirasi bangsa untuk
mengekalkan perpaduan dan integrasi.
Harga
sama rata Sabah/Sarawak/ Semenanjung RM25 senaskhah (RM30 termasuk pos jika dikirim
ke mana-mana distinasi). Untuk permulaan, anda boleh hubungi Angela Engkuan untuk tempahan.
Terima
kasih kami kepada Presiden Bahasa Jasni Matlani, Ketua Satu Ikatan Penulis
Sabah Hasyuda Abadi, Presiden Jom Sastera Haji Nizam Abdul Jalil, tokoh
wartawan Abd Naddin Shaiddin II, tokoh penulis Singapura Bunda Anie Din dan
tokoh penyair Indonesia Topan Kejora atas kata sambutan dalam indorse buku ini.
Antologi
Cerpen
TANGON
SATU
LAGI KELUARAN TERKINI!
Penulis-penulis
dari Persatuan MOMOGUNSIA mempersembahkan anda ANTOLOGI CERPEN TANGON.
Buku
ini menghidangkan anda 20 cerpen yang bernuansakan etnik Sabah dari 12 penulis
Negeri Di Bawah Bayu.
1.
Angela Engkuan
-
Andauu
-
Cinta Umpuvan
2.
Dhuha Steffa
-
Dayang Soromin
3.
Flora Majamin
-
Sinsidut
-
Cinta Puteri Kalabintang
4.
Haini Karno
-
Pengganti Ibu
-
Anugerah Kesabaran
5.
Jemmy Markus
-
Sogindai Di Bukit Padang
-
Linompuka Untuk Ina
6.
Jessy Mojuru
-
Mondou
7.
Kathirina Tati Sitaim
-
Dunsai
-
Pangazou
8.
Monsu Godon
-
Sesat Di Salinatan
-
Pemikat
9.
Noorfadzillah Omar
-
Amarah Roh Bumi
10.
Nurul Omar
-
Mistik Ngadau
11.
Witzer Unique
-
Cisca Dari Nuca Nepa Lale
-
Apung
12.
Yatim Ahmad
-
Tetamu Di Bilik Pameran
-
Tiada Lagi Tudung Duangmu, Eyang
Kepada
penggemar buku dan fiksyen etnik, bolehlah tempah sekarang. Buku ini terhad
dijual dan tidak terdapat di mana-mana toko buku. Beli secara langsung daripada
penulis-penulis.
Bravo! Tahniah!
ReplyDeleteTerus cemerlang, jika bukan kita siapa lagi.
ReplyDelete