Hubungan
Kekerabatan Bahasa Dusunik di Sabah, Sarawak dan Brunei
Yabit
Alas (PhD)
yabit.alas@ubd.edu.bn
Pengarah, Pusat Bahasa
Universiti Brunei Darussalam
Abstrak
Terdapat lebih dari 20 varian yang dikategorikan di
dalam keluarga bahasa Dusunik. Di Sabah, varian-varian ini terasa semakin
‘homogenised’ dengan adanya langkah menstandardkan bentuk varian Bundu-Liwan
malahan penutur dan bahasa ini dinamai dengan panggilan kompromi iaitu
Kadazandusun. Kerabat bahasa ini dituturkan dalam satu kawasan yang sangat luas
malahan dituturkan di luar sempadan geografi negeri Sabah kerana kerabat bahasa
ini juga dituturkan di Sarawak dan juga Negara Brunei Darussalam. Dalam kertas
kerja ini, penulis menggunakan istilah yang lumrah digunakan iaitu ‘bahasa
Dusunik’, yang bermakna satu kumpulan keluarga bahasa Dusun, yang meliputi
varian bahasa Dusun atau dialek-dialek bahasa Dusun. Disebabkan kawasan penutur
yang luas serta jumlah varian yang banyak, kertas kerja ini akan memaparkan
hubungan kekerabatan antara varian-varian ini untuk melihat sejauh mana
hubungan antara varian A dan varian B bahasa Dusunik. Untuk melihat kekerabatan
tersebut penulis akan menggunakan bukti perubahan bunyi dan bukti leksikal
dengan memfokuskan beberapa varian Dusunik yang berhubungan dengan bahasa Dusun
di Brunei Darussalam.
DR
YABIT ALAS
Pengarah,
Pusat Bahasa (LC)
Pensyarah
Kanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS)
Lantikan
bersama di Institut Pengajian Asia (IAS)
Universiti
Brunei Darussalam
www.ubd.edu.bn
Pengarah,
Jaringan Pengajian Borneo
(http://borneostudies.org)
yabit.alas@ubd.edu.bn
Dr
Yabit Alas memulakan karier beliau sebagai ahli akademik di Universiti Brunei
Darussalam pada tahun 1991. Beliau banyak menulis tentang bahasa-bahasa
indigenous terutama keluarga bahasa Dusunik di Brunei mahupun di Sabah dan
Sarawak. Selain itu, beliau juga banyak menulis tentang perkembangan bahasa
Melayu di Brunei serta di dunia Melayu secara amnya. Akhir-akhir ini beliau
secara bersama banyak menerbit artikel di journal-journal antarabangsa mengenai
isu-isu penerapan ICT dan sosial media dengan pendidikan. Beliau juga adalah
merupakan editor bersama bagi buku `International Migration in Southeast Asia‘
terbitan Springer pada tahun 2016
(https://scholar.google.com/citations?user=nQT8hVoAAAAJ&hl=en). Beliau
sehingga kini adalah merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu Negara Brunei Darussalam (JKTBMBD). Selain bergiat dalam dunia akademik,
beliau juga banyak bergiat dengan kerja-kerja sukarelawan, terutama mengajar
kanak-kanak yang kurang bernasib baik bukan sahaja di Brunei Darussalam tetapi
telah memperkenalkan program pendidikan tersebut ke Selatan Thailand, Vietnam
dan juga Indonesia. Beliau pernah menjadi Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan
Linguistik dari tahun 2006-2008, dan menjadi Pengarah Pusat Bahasa dari tahun
2009-2010, dan selepas itu ditugaskan untuk merintis Pusat Pendidikan
Berterusan di mana beliau dilantik menjadi pengarahnya pada tahun 2011 sebelum
diamanahkan untuk menerajui Fakulti Sastera dan Sains Sosial, iaitu menjadi
Dekan selama setahun setengah iaitu dari Januari 2012 sehingga Jun 2013. Pada
Bulan Julai 2013, beliau ditugaskan semula menjadi pengarah Pusat Pendidikan
Berterusan sehingga bulan Jun 2016.
Bagaimanapun, mulai bulan Jun 2016, beliau dilantik semula menjadi
Pengarah Pusat Bahasa. Beliau juga dilantik secara bersama menjadi peneliti di
Institut Pengajian Asia di Universiti Brunei Darussalam yang khusus mengetuai
Jaringan Pengajian Borneo (Borneo Studies Network atau ringkasnya BSN) di mana
beliau dilantik menjadi Pengarah, seketariat BSN yang merangkaikan sebanyak 12
institusi penyelidikan di pulau Borneo.
No comments:
Post a Comment