Pengguna
di pedalaman masih hadapi kekurangan bekalan minyak masak paket
Oleh
HENRY BATING
8/2/17
KENINGAU:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
diminta meneliti punca berlakunya kekurangan bekalan minyak masak paket agar
kepentingan pengguna terjaga dan tidak menjadi mangsa ekspoitasi sistem
pasaran.
Seorang
pengguna, Jamri Mohd Hassim memberitahu pihaknya mendapati bekalan minyak masak
paket bukan sahaja tidak konsisten tetapi membebankan pengguna kurang
berkemampuan apabila terpaksa membeli minyak masak dalam botol besar yang
harganya lebih tinggi.
“Kita
maklum terdapat usaha yang dilakukan kementerian berkaitan untuk menstabilkan
bekalan minyak masak di pasaran namun kita juga dihadapkan tanda tanya mengapa
bekalan tidak juga konsisten, adakah kekurangan itu disebabkan eksploitasi
pengedaran dalam pasaran,” ujar Jamri.
Jamri
dari Kg Pamilaan, Tenom turut merasa musykil mengenai kenaikan harga minyak
masak yang mendadak melambung jauh daripada harga biasa.
Menurut
Jamri, terdapat pembeli yang datang dari perkampungan jauh turun ke bandar
untuk membeli minyak masak paket namun hanya kecewa apabila mendapati barangan
yang merek cari kehabisan stok.
“Ini
mnyebabkan ramai pembeli berpendapatan rendah atau golongan petani sangat kecewa
dengan situasi bekalan minyak masak yang tidak mencukupi,” katanya.
Menurut
Jamri, disebabkan bekalan yang kurang, minyak masak botol 2kg yang berharga
RM6.25 melambung sehingga ke harga RM10.70 dan jenis keperluan ini yang
diproduksi untuk membantu orang ramai selalunya tidak mencukupi.
Jamri
menambah, terdapat juga segelintir peniaga membuat peraturan kepada pembeli di
mana untuk membeli minyak paket, pembeli diminta membeli barangan lain dengan
kuantiti yang banyak bagi membolehkan pembeli berkenaan memperoleh belian
minyak masak paket.
Jamri
berharap masalah kekurangan bekalan dan harga minyak masak paket yang melambung
tinggi dapat diperjelaskan.
No comments:
Post a Comment