Momogunsia
pelajari pelaksanaan festival antarabangsa Pulara Pangkor 7
SRIKANDI Momogunsia dari kanan, Haini, Kathirina, Ony dan Dr Rosliah.
MENGUNJUNGI Karnival Makanan Warisan.
Siri
I
Oleh
HENRY BATING
DUA
pertemuan penyair antarabangsa yang disertai Penulis Momogun Malaysia
(Momogunsia) hujung 2016 ini telah memberi keyakinan betapa penonjolan warna dan
kearifan etnik dalam pengkaryaan memiliki sifat universal untuk memperluas
khalayak seni sastera dan budaya di Sabah.
Pertemuan
Sasterawan dan Budayawan Asean di Yogyakarta 20 November lalu dan Festival
Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor Ke-7 (Pulara Pangkor 7) di Pulau
Pangkor 8-11 Disember telah mengangkat nilai-nilai etnik sejagat sebagai tema.
Pertemuan
di Yogyakarta yang mengambil tema ‘Warna Lokal dan Kearifan Setempat’ serta
tema Pulara ‘Puisi Mengharmoni’ secara kebetulan memiliki ciri yang mirip dengan
Semarak Puisi Etnik dan Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES16) di Matunggong
22 Oktober lalu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Momogunsia.
Rombongan
Momogunsia yang menyertai dua pertemuan tersebut tidak syak lagi telah menerima
suntikan khusus dari interaksi mereka dengan penyair pelbagai negara dan pelbagai
etnik.
Hasil
interaksi dengan pengalaman memerhatikan corak pelaksanaan festival bertaraf
Asean dan antarabangsa itu telah menggerakkan cetusan hati nurani untuk
menjawab satu kemungkinan, ‘akankah suatu hari nanti pertemuan penyair etnik
antarabangsa dapat diadakan di Sabah?’
MENTERI Besar, Dr Zambry (tengah) bersama rombongan Momogunsia dan pelajar UPSI.
Rombongan
Momogunsia ke Pulara Pangkor 7 terdiri daripada Kathirina Susana Tati, Dr
Rosliah Kiting, Ony Latifah, Haini Karno dan 18 pelajar pengajian minor bahasa
Kadazandusun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim,
Perak.
Turut
mengalu-alukan rombongan Momogunsia ialah Aloy Indra, penulis produktif
Momogunsia yang berpusat di Puchong, Selangor.
Pulara
Pangkor 7 dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor. Sementara acara malam kemuncak
dihadiri DYMM Sultan Dr Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah,
Sultan Perak Darul Ridzuan Ke-35.
SRIKANDI Momogunsia dari kanan, Haini, Kathirina, Ony dan Dr Rosliah.
Pulara
Pangkor 7 yang dianjurkan Yayasan Kampung Karyawan Malim dimulakan 2010 dan
terbaru disertai penyair, sasterawan dan budayawan dari 25 negara antara lain Malaysia,
Singapura, Thailand, Indonesia, Argentina, Turki, China, Mongolia, India dan
negara-negara Eropah.
Pulara
Pangkor 7 yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan
Pelancongan negeri turut sama mengadakan 13 segmen meliputi Hadiah Karya Darul
Ridzuan, pameran, pementasan, seminar, bicara karya dan pesta buku.
Hadir
sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia
negeri, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali
Abdul Rashid yang juga penerima SEA Write Award.
Kathirina
yang juga Setiausaha Agung Momogunsia berkongsi cerita, perjalanan mereka
menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Jeti Lumut, Perak mengambil masa kira-kira
empat jam. Manakala pelayaran menaiki feri Lumut – Sungai Pinang – Pangkor
mengambil masa kira-kira 45 minit.
ROMBONGAN pelajar UPSI dalam satu rekreasi di pantai.
|
“Kalangan
delegasi mendaftarkan diri di Jeti Lumut dan memulakan sesi dengan minum petang
di kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Begitupun, ramai juga kalangan
delegasi yang tidak sabar untuk terus ke Pangkor dengan melewati sesi pertama
yang disediakan,” kata Kathirina.
Acara
malam dimulakan dengan Penyampaian Hadiah Karya Darul Ridzuan Ke-5 di dewan SMK
Pangkor, Pasir Bogak. Dewan ketika itu dipenuhi lebih 300 Delegasi dari pelbagai
negara.
Menurut
Kathirina, festival itu mempopularkan seni sastera dan budaya para sasterawan,
aktivis seni, remaja di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi, para
peminat seni dan masyarakat umum.
TAMPIL untuk mempersembah lagu rakyat etnik Sabah di Pulara Pangkor 7.
|
Festival
itu menjadi salah satu produk pelancongan kerana rombongan delegasi dibawa
mengelilingi dan mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan pusat peranginan yang
ada di Pulau Pangkor.
“Impak
Pulara Pangkor 7 sangat jelas di mana pusat-pusat penginapan, hotel dan resort
dipenuhi pelancong dari luar melebihi pengunjung dalam negara, malahan ramai
delegasi merungut tidak mendapat hotel yang lebih baik,” kata Kathirina yang
juga pengurus eksekutif perhotelan.
Kathirina
menambah, bagi pihak Momogunsia, festival itu telah memberi pengetahuan tentang
penyelenggaraan program bertaraf antarabangsa dengan menjadikan kekuatan dan
kelemahan yang berlaku sebagai pengetahuan.
Sempena
festival itu, Dr Rosliah yang juga Naib Presiden Momogunsia turut diwawancara
pemberita tv selepas bersama rombongan membuat persembahan tarian dan lagu
etnik Kadazandusun.
“Program
seperti ini memberi peluang kepada pencinta dan penggiat puisi untuk
mempelajari puisi merentasi benua melalui pembentangan kertas kerja, pementasan
puisi serta penjualan buku daripada penulis-penulis terkenal dengan diskaun
yang sangat menarik,” kata Dr Rosliah yang juga Pensyarah Kanan, UPSI.
Menurut
Dr Rosliah, festival itu memberi ruang untuk menjalin hubungan dengan para
delegasi pelbagai negara untuk mengantarabangsakan sastera etnik yang
diperjuangkan Momogunsia.
“Pengalaman
menyertai aktiviti yang begitu padat dapat dijadikan panduan untuk melaksanakan
program bertaraf dunia. Pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak terhadap buah pena
pengkarya wajar menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia untuk mendorong
para penulis menghasilkan karya bermutu, berideologi dan bernilai pendidikan
sesuai dengan zaman terkini,” katanya lagi.
Siri
berikut akan memaparkan tentang perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan
pelajar UPSI di Pulara 7 Pangkor.
MENTERI
Besar Dr Zambry (kiri) memerhati tag nama Kathirina.
No comments:
Post a Comment