Friday 9 March 2018

KDMM FC rayu bayaran tertunggak FAM

Tunggakan belum dijelaskan FAM cecah RM200 ribu


DATUK PETER ANTHONY

KOTA KINABALU: Presiden Kelab Bola Sepak KDM Malaysia (KDMM FC) dalam kenyataan media hari ini merayu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar dapat membayar semua tuntutan persatuan itu yang belum diambil perhatian sehingga kini.

Presiden KDMM FC, Datuk Peter Anthony (gambar) berkata, tuntutan kelab itu dianggarkan mencecah jumlah anggaran hampir RM200 ribu termasuk bon dan pembayaran awal kepada pengadil bertugas yang dibiayai KDMM FC sepanjang perlawanan di Sabah.

"KDMM FC juga merayu secara khusus kepada Presiden FAM, Tengku Mahkota Johor agar mempertimbangkan permohonan tuntutan kami bagi meringankan beban kelab dalam menyelesaikan  tunggakan gaji pemain," kata Peter dalam kenyataannya kepada media.

Difahamkan terdapat beberapa orang pemain yang telah membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja Sabah untuk tujuan penyelesaian kelewatan pembayaran Gaji.

Menurut Peter, Kelab KDMM FC tidak pernah diberi bantuan oleh Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mahupun FAM yang memaksa persatuan menggunakan peruntukan kewangan sendiri sepanjang dua musim bermain dalam Liga Malaysia 2016 dan 2017.

Peter menegaskan bahawa kelab itu akan membuat pembayaran gaji kepada para pemain dalam masa terdekat.

Menjawab satu pertanyaan, Peter menyatakan kelab bersetuju agar FAM membayar terus tunggakan gaji kepada pemain memandangkan perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Jabatan Tenaga Kerja Sabah. - End

Kesebelasan KDMM FC musim 2016 - 2017

No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...