Pelajar
UPSI persiap jadi pendidik, pengkarya pelbagai genre sastera
AHLI Jawatankuasa pelaksana program Bengkel Penulisan Kreatif.
Oleh
HENRY BATING
TANJONG
MALIM (Perak): Sekumpulan 40 pelajar pengajian minor bahasa Kadazandusun
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengikuti Program Penulisan
Kreatif untuk mempersiapkan diri menjadi pengkarya pelbagai genre kesusasteraan
untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
Pengarah
program, Riuh Mendorig memberitahu program itu diadakan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada kalangan pelajar menjadi insan kreatif berdaya cipta tinggi
untuk menghasilkan pelbagai genre karya yang diperlukan sebagai bahan
pembelajaran bahasa dan sastera.
“Graduan
apabila ditempatkan menjadi guru di pelbagai sekolah antara lain bertanggungjawab
mengajar penulisan esei dan kreatif kepada para pelajar, maka terdapat
keperluan untuk mempersiapkan bakal graduan agar terampil menulis dan kreatif
menyusun keindahan bahasa,” kata Riuh.
SLOT Bengkel dan ceramah kurikulum baru KSSR dan KSSM yang disampaikan oleh DR. Rosliah.
Pelbagai
aktiviti dijalankan bagi melengkapi bengkel itu seperti pertandingan menulis
sisindiron (sajak), deklamasi sudawil (syair), pertandingan manangon (dongeng),
bercerita kreatif dalam bahasa Kadazandusun, mini sugandoi (nyanyian) dan slot
ceramah kurikulum KSSR dan KSSM.
Program
yang telah diadakan di Dewan Kuliah UPSI pada Sabtu (12 Nov) itu dikendalikan
oleh pensyarah kanan pengajian minor bahasa Kadazandusun, Dr Rosliah Kiting.
Program
julung kali diadakan itu dianjurkan Pelajar Program Minor Bahasa Kadazandusun
dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dan Exco Bahasa
Kadazandusun Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (Iksas).
Bengkel
itu mendapat sambutan baik dari kalangan peserta sambil menyifatkan program itu
telah memperkenalkan kepada mereka kewujudan pelbagai genre kesusasteraan
Kadazandusun.
PENYAMPAIAN hadiah kepada pemenang pertandingan deklamasi puisi (sisindiron) dalam Bahasa Kadazandusun.
“Kami
bersyukur kerana dapat mengikuti program ini dan ternyata masyarakat
Kadazandusun juga memiliki kesusasteraan mereka sendiri seperti sudawil dan
sisindiron,” kata Jenifer Michael.
Telmah
Tahmeh pula melihat pelaksanaan program itu berjaya mengetengahkan nilai
kepimpinan pelajar sebagai bakal pendidik kerana program itu dilaksanakan
sepenuhnya oleh kalangan pelajar.
Lesa
Kuangin bersyukur kerana melalui program itu kalangan pelajar berpeluang
mengetengahkan bakat dalam menghasilkan karya sastera. Manakala bagi Melania
Dingkim, tanggungjawab membuat liputan sepanjang pelaksanaan program telah
memberikannya pengetahuan mengenai aspek komunikasi dan sebaran media.
PESERTA
pertandingan mini sugandoi.
Pounsikou gundohing Henry Bating, sentiasa memberikan komitmen terbaik untuk program2 UPSI
ReplyDelete