Khidmat Masyarakat Pelajar UPSI tingkat keberkesanan pedagogi
BELAJAR membunyikan sompoton |
Siri I
(dari 2 siri)
Oleh HENRY
BATING
29 Julai 2014
PERIBAHASA
China yang menyebutkan, “saya mendengar dan saya lupa, saya melihat dan saya
ingat, saya berbuat dan saya mengerti” telah menjadi inspirasi kepada
sekumpulan 17 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim,
Perak menjalankan program Khidmat Masyarakat di Kampung Pamilaan, Tenom 23-27
Julai 2014.
Kelompok
pelajar pelbagai jurusan yang baru menghabiskan tahun pertama pengajian dengan
mengambil Minor Bahasa Kadazandusun itu berharap, pengalaman tinggal di kampung
dapat membantu mereka memperkaya sumber perbendaharaan kata.
Kalangan pelajar itu juga berharap, pengalaman berinteraksi dengan kira-kira 50 murid tahap dua SRK St Pius Pamilaan dapat membantu mereka meningkatkan keberkesanan pedagogi bahasa.
Kalangan pelajar itu juga berharap, pengalaman berinteraksi dengan kira-kira 50 murid tahap dua SRK St Pius Pamilaan dapat membantu mereka meningkatkan keberkesanan pedagogi bahasa.
MENINGKATKAN kemahiran memalu gong |
Harapan
tersebut dinyatakan Pengarah Program, Caronica Dominic (pelajar Fakulti Bahasa
dan Komunikasi) ketika menyampaikan ucapan pengenalan majlis suai kenal di
rumah kediaman Augustine Linus Pawi.
Ketua Kampung Kg Pamilaan, KK Johnny Borok yang menyambut kehadiran rombongan itu amat mengalu-alukan pelaksanaan program berkenaan di kampung itu.
Ketua Kampung Kg Pamilaan, KK Johnny Borok yang menyambut kehadiran rombongan itu amat mengalu-alukan pelaksanaan program berkenaan di kampung itu.
“Kami sama
seperti kampung-kampung lain dalam konteks penerimaan agihan pembangunan
kerajaan. Namun suasana di kampung ini diharap dapat membantu mencapai matlamat
pelaksanaan program khidmat masyarakat pelajar universiti. Apa yang saya pasti,
penduduk di kampung ini bersedia membantu pelajar UPSI menyediakan ruang yang
sesuai untuk melaksanakan program. Di samping itu, kami juga berharap suasana
persekitaran alam yang ada di kampung ini memiliki kesesuaian dengan program
pelajar,” kata Johnny.
BELIA
Pamilaan Villa bersama 17 pelajar UPSI
|
Kesemua 17
pelajar yang mengadakan Program Khidmat Masyarakat bertema ‘Bangsaku,
Kesayanganku’ itu berasal dari pelbagai daerah di Sabah.
Caronica dan Alleysia Bitol berasal dari Tambunan, Sairey Biterlis (Keningau), Soccia Hanial, Clayviona Thomas, Juni Dikul, Cyrus Shaftang dan Janura Jahan (Ranau), Nurjilah Tialus, Edrena Rainal, Era De Sunrise Simon, Wendie Victoria, Kelly Robert dan Velnnye John (Kota Belud), Marwenia Mikin (Kota Marudu), Elizabeth Gohun (Tamparuli) dan Sylvia Olga (Telipok).

Kalangan
pelajar itu dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan tinggal bersama
keluara angkat.
Caronica, soccia, Nurjilah dan Sairey tinggal bersama keluarga Puan Beatrius Saitim Ajiloh. Clayviona, Juni, Edrena dan Marwenia menjadi anak angkat kepada keluarga Valentine Kongor. Sylvia, Era, Elizabeth, Cyrus dan Wendie menjadi anak angkat kepada keluarga Paulus Elip Masuning. Manakala Kelly, Alleysia, Velnnye dan Janura menjadi anak angkat kepada keluarga Augustine Linus Pawi.

MENGHALAU
burung di sawah padi
|
Hari
pertama diisi dengan majlis suai kenal, penyerahan pelajar kepada keluarga
angkat, latihan memalu gong, membunyikan sompoton dan seruling. Hari kedua
melibatkan tiga segmen akitiviti.
Sebelah
pagi, momuhau (menghalau burung di sawah padi), manantab (menyabit padi),
palapos parai (menghempas tangkai padi), mokisoko (mencari rebung bambu),
mokibogung (memetik tandan buah salak) dan mokituntumundok (memetik pucuk ubi).
Lewat tengahari adalah interaksi dengan sekumpulan kira-kira 50 pelajar tahap
dua SRK St Pius Pamilaan di enam buah venue rumah tradisi Pamilaan Villa.
MENYABIT
padi sawah
|
Interaksi melibatkan
enam slot di setiap venue. Sebelum slot pertama, mukidamah perkenalan
dijalankan dengan meminta setiap pelajar membuat lukisan imej yang mereka pilih
untuk kemudian ditafsirkan bersama.
Dalam slot pertama, diberikan teori asal-usul bahasa, etnik dan subetnik Kadazandusun. Slot kedua, berkaitan berkaitan definisi dan fungsi Bobolian, slot ketiga, mitos mengenai Huminodun, Kinorohingan dan Suminundu, slot keempat, menyanyi, slot kelima definisi, fungsi dan signifikan Kaamatan. Slot keenam ialah tarian. Semua slot diperkukuhkan aktiviti kuiz.

Pada malam
hari kedua itu ialah Malam Pelajar UPSI bersama murid-murid St Pius dan
masyarakat kampung Pamilaan. Majlis itu diadakan di rumah kediaman Cikgu
Stephen Malujin.
Malam itu diserikan dengan pelbagai kesenian seperti Sugandoi Kanak-kanak (pertandingan menyanyi), sundait (teka-teki), sisindiron (puisi) dan cabutan tiket bertuah.
Malam itu diserikan dengan pelbagai kesenian seperti Sugandoi Kanak-kanak (pertandingan menyanyi), sundait (teka-teki), sisindiron (puisi) dan cabutan tiket bertuah.
MENCARI
rebung pada rimbunan bambu
|
Hari
ketiga diisi dengan Ekspedisi Wasai (Air Terjun) yang melibatkan kembara
merentas jalan lasak menaiki kenderaan pacuan empat roda, berjalan kaki meredah
denai hutan dan berkelah.
Dalam perkelahan yang sejuk dan teduh, pelbagai kegiatan dijalankan. Antaranya mandi-manda, meluncur, membuat terjunan, memanjat tebing, menuruni tembok batu, memasang unggun api, memasak dan menjamu selera.

Selepas
dua jam di perkelahan, rombongan lebih 100 orang kembali ke perkampungan dan
belia beserta kalangan pelajar UPSI mengadakan perlawanan persahabatan bola
tampar.
Penyediaan venue perkelahan dan perjalanan ke lokasi merupakan inisiatif dan sumbangan tenaga sepenuhnya oleh kalangan Belia Pamilaan Villa diketuai Ignatius Elip.
Penyediaan venue perkelahan dan perjalanan ke lokasi merupakan inisiatif dan sumbangan tenaga sepenuhnya oleh kalangan Belia Pamilaan Villa diketuai Ignatius Elip.
MEMETIK
pucuk ubi
|
Hari
keempat diisi dengan rekreasi pelajar di Piolungan (pertemuan dua batang
sungai) Pamilaan dan Tailaan. Dalam rekreasi itu pelajar menyiapkan sebuah
puisi setiap seorang dan satu rencana setiap kumpulan.
Puisi dan rencana memaparkan pengalaman pelajar selama tinggal bersama penduduk Kg Pamilaan. Lewat tengahari, pelajar dijamu makan tengahari oleh keluarga Valentine Kongor dan menyusul selepas itu adalah latihan koir lagu-lagu nostalgia Kadazan 1960-an.

itu merupakan kemuncak program iaitu Majlis Penutupan rasmi Program Khidmat
Masyarakat Pelajar UPSI di Dewan Pisompuruan Sarat yang ditaja sepenuhnya oleh
ahli korporat kampung itu, Sukim Sarat.
Majlis dirasmikan Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Melalap, Balasius Masuning. Turut hadir Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Puan Minah Sintian, WKAN Aloysius Duringgon, KK Johnny Borok dan Pengerusi JKKK Kg Pamilaan Ulu, Clarence Elip. Bersambung Siri II (akhir).

PELAJAR
UPSI bersama sebahagian murid tahap dua SRK St Pius Pamilaan
|
DARI kanan Sukim, Minah, Balasius (tetamu kehormat), KK Johnny dan WKAN Aloysius |
BELIA PV
jadi tulang belakang ekspedisi wasai (air terjun)
|
CARONICA
(pengarah program) bersama anak sebuah keluarga angkat
|
MALAM perpisahan pelajar UPSI di Pamilaan |
No comments:
Post a Comment