Mulakan tugas baharu sebagai CEO Momogun Creative Consultancy
|
Henry bersama Asmiah dan Rem dalam satu program Momogunsia di Rumah Pangi, Tuaran |
HENRY
BATING secara rasmi mengosongkan jawatan Presiden Pertubuhan Penulis Momogun
Malaysia (Momogunsia) berkuatkuasa 01 Januari 2018 setelah menerajui pertubuhan itu seawal pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) Julai 2014.
Surat notis pengosongan jawatan 1-31 Disember 2017 telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Momogunsia, Kathirina Tati Sitaim dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Asmiah Haji Ajamain selaku penaung.
Bagaimanapun,
sebagai pengasas pertubuhan bersama Daniel Jebon Janaun (mendiang) pada 2011, Henry
akan tetap bersama pertubuhan itu sebagai ahli seumur hidup di samping memegang
tugas baharu.
Henry
akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat milik Momogunsia, Momogun
Creative Consultancy (MCC) untuk menjalankan pelbagai aktiviti perundingan
berbayar. Syarikat itu akan menjana kewangan untuk Momogunsia.
|
Pertemuan 2014 di Gaya Street untuk menghidupkan Kelab Penulis KDM |
|
Sentiasa bersama ketika proses pendaftaran Momogunsia di RoS |
Sehingga
kini, pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan
Sabah itu telah menerbitkan beberapa antologi karya kreatif di samping telah
melaksanakan pelbagai program berasaskan pengembangan kreativiti.
Pertubuhan
itu juga telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Suria yang
dikendalikan Datuk Raya Erom di bawah program Suria-Momogunsia.
|
Momogunsia dalam kunjungan hormat kepada Datuk Raya Erom |
Manakala,
pertubuhan itu turut terlibat aktif dalam pelaksanaan program DBP dan telah
menerima sumbangan kewangan DBP bagi melaksanakan pelbagai program berbentuk pemekaran
kreativiti.
Bersama
DBP, Momogunsia telah merintis penganjuran Seminar Penulis Etnik Serantau
(SPES) 2016 yang turut disertai pembentang dari beberapa penjuru BIMP-EAGA
seperti University of The Philippines (UP), Universiti Brunei Darussalam (UBD),
Sekretariat Kebudayaan Kalimantan Tengah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent, Tuaran.
|
Dr Maximus hadiri Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES) 2016 |
SPES
turut mendapat dukungan kewangan dan sokongan moral dari Menteri Tenaga, Air
dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ahli Parlimen Kota Marudu.
Menyusul kejayaan pelaksanaan SPES 2016, Momogunsia kemudian mengikat kerjasama dengan akhbar New Sabah Times (NST) untuk melaksanakan sayembara Hadiah Cerpen Momogunsia (HCM) yang disiarkan setiap Ahad di akhbar itu.
Penilaian dan penyampaian hadiah dilaksanakan di bawah program HCM-NST 2016/2017 yang akan disempurnakan menjelang Kaamatan 2018.
|
MoU HCM-NST 2016/2017 antara Momogunsia dengan Ketua Editor BM NST, Amin Muin |
Di samping itu, Momogunsia turut mengunjungi Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah untuk membincangkan pelbagai peranan yang boleh dimainkan bagi memperkaya khazanah buku di negeri ini dan seterusnya membuka pasaran buku-buku penulis tempatan.
Selain Sudut Penulis DBP, Momogunsia sering menggunakan Rumah Pangi, Tuaran, milik Pembimbing Akademik pertubuhan ini, Prof. Madya Dr Ramzah Dambul (Rem) sebagai venue pertemuan.
Melalui Rem, asas penulisan etnik dilandaskan serta dialurkan demi menyuluh pengkaryaan etnik.
Dalam melaksanakan program, Momogunsia seawalnya telah mengunjungi Penasihat pertubuhan ini, Datuk Dr Janathan Kandok untuk mendapat panduan mengorak langkah mengemban fungsi sebagai penggerak minda penulisan etnik.
Sebagai
pertubuhan yang memfokuskan penyegaran kreativiti, Momogunsia telah mengadakan
beberapa kembara.
Antara
kembara yang pernah diadakan ialah jelajah ke Pulau Banggi, delegasi tamu
Kongres Pemuda Dayak SeIndonesia di Palangka Raya, Kalimantan Tengah dan Bulan
Linguistik di University of the Philippines (UP) Diliman, Quezon City.
|
Kembara Momogunsia di Pulau Banggi |
|
Selepas program Momogunsia di Rumah Pangi, Tuaran |
|
Kunjungan hormat Momogunsia kepada Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah |
|
Bersama Penasihat Momogunsia, Datuk Dr Janathan Kandok |
|
Kunjungan hormat Momogunsia kepada Penasihat, Datuk Dr Janathan Kandok |
|
Momogunsia di Bangunan Palma Jabatan Linguistik, University of The Philippines, Diliman, Quezon City |
|
Jalinan kerjasama antara Momogunsia dengan Jabatan Linguistik, University of The Philippines, Diliman, Quezon City |
|
MoU Momogunsia dengan Sekretariat Kebudayaan Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia |
|
Pertemuan Momogunsia dengan ketua masyarakat Dusun Dayak Kalimantan Tengah |
|
Momogunsia dalam temuramah di studio sayangsabah.com Kota Kinabalu |
|
Momogunsia di Seminar Etnik Kebangsaan anjuran DBP |
|
Mesyuarat Tahunan Momogunsia di Rumah Pangi, Tuaran |
|
Pertemuan Momogunsia dengan Universitas Palangka Raya, Kalimantan Tengah |
|
Momogunsia di Airport Tjilik Riwut, Kalimantan Tengah |
|
Momogunsia dalam kebersamaan |
|
Momogunsia dalam keakraban |
|
Momogunsia dalam keceriaan |
|
Momogunsia ketika transit penerbangan |
|
Santai Momogunsia di Bukit Banggi |
|
Momogunsia bersama pahlawan Dayak Kalimantan |
No comments:
Post a Comment