Saya
lahir dalam keluarga tidak beragama, tinggal bersama keluarga bukan Kristian, kata Sr.
Dora Obod, FSIC
Saya
Dora Obod, lahir di Kg. Lumadan Beaufort awal 1970-an. Tetapi kemudian
 |
Sr Dora |
keluarga kami
berhijrah ke Tenom pada awal 1980-an, tinggal di Batu 15 Kg Pamilaan dan kemudian
menetap di Kg Pangalat sehingga ke hari ini. Berketurunan suku kaum Dusun
Liwan, kedua ibu bapa saya berasal dari Tambunan.
Saya
mendapat Pendidikan awal di SRK St.Pius Pamilaan Tenom dari Tahap 1 hingga ke Tahap
6. Kemudian saya melanjutkan pendidikan ke SM St. Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Jadi semua Pendidikan saya berawal dari sekolah ‘mission’.
Ketika
di sekolah rendah, saya tinggal bersama saudara-mara yang beragama Islam. Ini kerana
rumah kami jauh dari sekolah. Semasa di sekolah menengah, saya tinggal di
asrama yang dikendalikan Gereja, di mana setiap hari saya melihat para sister
dan paderi. Saya juga mengikuti misa kudus harian meskipun waktu itu saya tidak
faham tentang perayaan misa.
Bermula
di sini saya belajar banyak perkara tentang iman seorang Katolik sehinggalah
saya dibaptis ketika berumur 15 tahun. Maka bermula di sini saya tertarik untuk
lebih mendalami kehidupan sebagai seorang sister.
Ketika
saya mendengar para sister berdoa samada pagi atau petang, itu seperti satu ‘echo’
yang menyenangkan hati. Meski saya tahu selama lima tahun tinggal di asrama, saya
cukup melihat bagaimana kehidupan seorang paderi dan sister. Kehidupan yang
boleh saya katakan ‘kudus dalam ketidaksempurnaan’. Sekarang setelah bertahun hidup
sebagai seorang sister, saya lebih memahami maksud ketidaksempurnaan itu.
 |
Sr Dora bersama sebahagian ahli keluarga |
Saya
merupakan anak ke-10 dari 14 adik beradik yang terdiri dari 5 lelaki dan 9
perempuan. Tetapi Tuhan memanggil lebih awal dua kakak dan seorang adik lelaki
kami. Maka kini kami ada 11 orang sahaja.
Saya
bersyukur kepada Tuhan untuk kedua ibu bapa yang sangat tabah membesarkan dan
mendidik kami. Keadaan keluarga yang besar mengajar saya untuk hidup dalam
kesederhanaan.
Saya
sangat memahami erti kehidupan saat tidak mempunyai apa-apa. Apapun saya tetap
bersyukur kerana kekurangan ini adalah satu cara untuk saya selalu menghargai kehidupan
ini.
Saya
lahir dalam kelurga yang tidak beragama tetapi penuh dengan peraturan tradisi
yang mengamalkan kepercayaan yang saya kenal sebagai ‘komburongoh’.
Saya
sendiri tidak pasti apa sebenarnya erti dan peranan ‘komburongoh’ dalam
kelaurga saya. Setahu saya, bila saja ada anggota keluarga yang sakit, ayah dan
datuk pasti menggunakannya untuk menyembuhkan kami.
Waktu
itu, ‘komburongoh’ merupakan ‘benda’ yang harus dipercayai dan merupakan ‘kawan’
dalam kesusahan kami.
Maka
tidak hairanlah, YESUS tidak pernah ada dalam keluarga kami kerana keluarga
kami langsung tidak mengenali-Nya. Malah hidup saya sendiri dikelilingi oleh
saudara-mara yang beragama Islam. Saya juga pernah diajar tentang agama Islam
ketika masih tinggal bersama dengan saudara-mara saya.
Semua
pengalaman hidup ini bagi saya merupakan sesuatu yang tidak terduga di mana suatu
hari nanti saya akan menjadi seorang pelayan Tuhan sebagai ‘sister’.
 |
Sr Dora jadi penggerak Sabah Youth Day |
Semasa
kecil, saya berfikir bahwa hidup ini cuma makan, tidur, bekerja, jadi dewasa, kahwin
dan mati. Itu sahaja lalu hidup ini akan berlalu. Saya masih ingat ketika berusia
enam tahun, adik lelaki kami meninggal secara tiba-tiba.
Saya
melihat ibu dan adik-beradik saya menangis sedih tetapi saya langsung tidak
mempunyai apa-apa perasaan tentang kehilangan itu. Malahan saya mengajak
kawan-kawan sebaya bermain.
Dua
minggu selepas penguburan adik, tiba-tiba saya merasa amat rindu dengannya dan
saat itu barulah saya merasakan suatu kehilangan yang amat menyedihkan. Saya menangis
kepedihan dan tidak mengerti apa yang saya rasakan saat itu.
Yang
pasti perasaan kehilangan itu selalu hadir pada 2 Nov dan peritiwa itu
sepertinya menghantui saya sehinggalah 2012. Akhirnya saya dapat menerima dan
melepaskannya pergi kerana percaya adik kami sudah berada di syurga.
Kematian
adik kami telah membawa keluarga saya mulai mendalami iman Katolik melalui katekis
yang juga ayah kepada Sr. Julie Bating, FSIC. Bermula saat itu keluarga kami seorang
demi seorang menerima Yesus dalam hidup mereka.
Saya
berusia enam tahun ketika pertama kali
mendengar doa Bapa kami dan doa Salam Maria didoakan.
Merenung
semua ini saya berfikir bagaimana Tuhan memanggil seseorang yang lahir tanpa
mengenal-Nya dan hidup sebagai orang muda yang ‘suka bersosial’.
Jika
dibandingkan dengan adik-beradik saya yang lain, saya akui saya bukan anak yang
baik apa lagi kalau dikatakan sebagai orang yang kudus. Malah saya sangat tidak
layak untuk menjadi pelayan-Nya.
Orang-orang
sering mengaitkan bahwa yang dipanggil untuk menjadi Sister, Brother atau Paderi
adalah orang-orang yang baik-baik belaka. Segelintir orang mungkin mengatakan ‘ya’
tapi saya secara peribadi percaya Tuhan memanggil seseorang kerana Dia memanggil
orang itu tanpa syarat.
Saya
sendiri percaya Tuhan memanggil saya bukan kerana saya mampu, berbakat atau apa
yang ada pada saya. Namun demikian saya yakin dengan apa yang dikatakan St.Francis
de’ Assisi, “Tuhan tidak dapat mencari orang yang lebih berdosa, penuh kelemahan dan
kekurangan selain saya.”
Saya
percaya Tuhan melihat apa yang ada dalam hati seseorang. Maka ia bergantung
kepada seseorang itu untuk memilih sesuai dengan kemampuannya.
Secara
peribadi, saya sedar penilaian manusia memang tidak melayakkan saya tapi Tuhan
tahu saya masih boleh melakukan sesuatu yang bererti bagi-Nya dan sesama.
Saya
percaya dan yakin “batang paip yang buruk dan berkarat masih boleh
menyalurkan air yang bersih dan memberikan kehidupan kepada yang memerlukan air”.
Menyahut
panggilan Tuhan memerlukan DOA dan RENUNGAN. Ini akan membantu seseorang untuk
mendengar suara Tuhan dalam dirinya, tetapi juga memerlukan keterbukaan hati
dan keberanian untuk menerima diri seadanya.
Panggilan
Tuhan adalah ‘karya Tuhan’ dalam hidup seseorang. Seseorang yang dipanggil akan
berkarya bagi Tuhan seumur hidupnya. Justru itu panggilan bukan suatu pekerjaan
semata-mata melainkan suatu bentuk kehidupan yang dialami, dirasai, dihayati
dan dihidupi dalam diri seseorang yang menerima panggilan Tuhan.
Ketika
saya mula memikirkan apa yang Tuhan mahu saya lakukan dalam hidup ini dan
bagaimana saya menghabiskan seluruh hidup saya di dunia ini, saya bertanya ‘apa
erti hidup ini sebenarnya’?
Apa
erti hidup saya di dunia? Sebagai manusia, saya berfikir untuk menjadi seorang
ibu yang baik bagi anak-anak, menjadi isteri yang baik bagi suami dan
membahagiakan keluarga.
Saya
sempat berkongsi impian dengan seseorang yang saya cintai, yang saya anggap
sebagai ‘boyfriend’. Namun Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan
untuknya.
Rencana
Tuhan memerlukan pengorbanan dan menyakitkan bila tidak difahami tetapi
membahagiakan bila kita faham bahawa Tuhan lebih mengetahui tentang hidup ini
dari diri saya sendiri.
Perpisahan
dengan orang yang saya kasihi sebenarnya adalah pintu kepada kebahagiaan kami kerana
Tuhan memanggil saya untuk menjadi seorang ‘sister’ dan bukan memanggil kea lam
perkahwinan.
Dia
dipanggil untuk perkahwinan dengan seseorang yang dia cintai. Dia bahagia
bersamanya sama seperti apa yang saya rasakan. Saya gembira dengan hidup yang
saya pilih meskipun dunia tidak memahami sepenuhnya kehidupan seperti ini.
Tentu
sekali menyahut panggilan Tuhan bukan sesuatu yang mudah kerana saya harus
berdepan dengan keluarga saya, terutamanya ayah. Bila mengetahui pilihan saya,
ayah berdiam diri selama tiga hari dan langsung tidak bertegur sapa dengan
saya.
Baginya
pilihan saya ‘ganjil’ dan ‘tidak masuk akal’. Saya hanya berdoa untuknya dan
yakin dengan keputusan yang saya ambil meskipun saya harus mengorbankan banyak
perkara dalam hidup saya.
Seorang
kakak saya mengatakan “fikirlah masak-masak, menjadi sister bukan mudah dan ia
sangat mencabar,” katanya.
Waktu
itu saya berfikir, berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan kerana saya
percaya tidak ada hidup yang tidak mencabar kalau seseorang itu benar-benar
mahu hidup.
Akhirnya
Tuhan menjawab doa saya. Ayah saya mengatakan “moi nopo, nung iti noh
imanon nu id koposion, miagal nogi manansawo, haro hak nu memilih isai oh
kouhangan nu” (pergilah kalau inilah yang kau inginkan dalam hidup kau.
Sama juga kalo kau berkahwin, kau berhak memilih siapa yang kau suka).
Saya
percaya Tuhan selalu memberikan jalan kepada kita jika kita benar-benar
menyerahkan diri ke dalam rencana Tuhan. Halangan utama dan yang pertama dalam
menyahut panggilan Tuhan bukanlah keluarga atau apapun, tetapi diri-sendiri.
Dalam
Kitab Ayub 1: 21 mengatakan, “Tuhan berhak memberi,maka dia juga berhak
mengambil apapun yang ada pada kita”.
Justeru,
saya berserah kepada-Nya untuk seluruh perjalanan hidup saya. Ini kerana
membuat keputusan tentang arah hidup itu tidak mudah. Melalui doa dan
penyerahan kepadaNya, maka jalan itu mejadi lebih jelas.
Rencana
Tuhan memang tidak mudah ditelusuri tetapi jika diikuti ia membawa seribu makna
yang membahagiakan.
Setelah
19 tahun menjadi sebagai pelayanNya, saya bersyukur kepada Tuhan sebab Dia
memanggil saya dalam kongregasi Franciscan (Franciscan Sisters of the
Immaculate Conception) untuk mengabdi kepada-Nya.
Panggilan
Tuhan mengubah hidup saya menjadi lebih bererti seakan-akan saya menerokai
sebuah kehidupan yang penuh dengan warna-warni dan mencabar tetapi bererti.
Perjalanan
ini membuatkan hidup saya terpenuhi. Bagaimana dengan anda? Apa yang akan anda
lakukan dengan hidup anda?