Kasih sayang dan persaudaran dalam tradisi ‘mongoi panau’
Oleh
HENRY BATING
25 Feb 2014
TRADISI
‘mongoi panau’ dalam adat perkahwinan masyarakat Dusun di pedalaman memberikan
signifikan terhadap hubungan persaudaraan antara dua keluarga pasangan
berkahwin.
‘Mongoi panau’ dalam pengertian secara gramatikal bermaksud
‘rombongan pergi menjemput pengantin perempuan diarak ke rumah pengantin lelaki’.
Namun demikian proses ‘mongoi panau’ tidak semudah seperti yang digambarkan
oleh frasa itu.
![]() |
PENGANTIN perempuan diring keluar dari rumah keluarganya untuk diarak ke rumah pengantin lelaki |
‘Mongoi panau’ melibatkan beberapa rombongan lelaki datang ke rumah pengantin perempuan untuk tujuan menjemput pengantin berkenaan ke rumah lelaki.
Keluarga pengantin perempuan yang dalam istilah ‘polintuhun’ atau mengizinkan anak gadis mereka dikahwini lelaki pilihan dan seterusnya bersatu dengan keluarga lelaki mengenakan beberapa fasa upacara bagi melambat-lambatkan masa ‘polintuhun’.
Keluarga pengantin perempuan yang dalam istilah ‘polintuhun’ atau mengizinkan anak gadis mereka dikahwini lelaki pilihan dan seterusnya bersatu dengan keluarga lelaki mengenakan beberapa fasa upacara bagi melambat-lambatkan masa ‘polintuhun’.
Upacara
yang diisi menghadap hidangan bersama dan saling berkenalan antara ahli
keluarga dan sanak saudara kedua belah pihak secara tersiratnya menunjukkan
rasa hati keluarga perempuan yang terlalu sukar untuk melepaskan anak gadis
mereka menjadi milik keluarga lelaki.
![]() |
PENGANTIN perempuan disambut suami dan diraikan penuh gambira bagi menandakan seorang ahli keluarga baru sudah datang ke tengah-tengah lingkungan keluarga lelaki |
Setelah perkahwinan itu, segala kapasiti
anak gadis dalam keluarga ibu bapanya akan beralih ke keluarga lelaki. Segala
tenaga, kerajinan, kepakaran dan keistimewaan anak gadis itu akan beralih ke
lingkungan keluarga suami.
Rombongan
‘mongoi panau’ yang datang ke rumah pengantin perempuan didahului kumpulan
‘mongoi pamampang’. Rombongan itu berperanan memberi isyarat kepada keluarga
perempuan bahawa menyusul mereka sedang bergerak rombongan ‘mongoi panau’ yang
berperanan mengajak pengantin perempuan ke rumah lelaki.
![]() |
PERSANDINGAN tradisi Jackson Jasri dan Merry Angel |
Pengantin perempuan akan berada di dalam bilik diiringi para sahabat ‘umpama dayang-dayang’ sementara rombongan mongoi panau diraikan.
Setelah melewati pelbagai upacara, barulah rombongan ‘mongoi panau’ dibenarkan mengetuk pintu bilik, masuk bilik dan menarik tangan pengantin perempuan untuk ‘lumintuhun’ atau untuk pengantin itu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.
Setelah melewati pelbagai upacara, barulah rombongan ‘mongoi panau’ dibenarkan mengetuk pintu bilik, masuk bilik dan menarik tangan pengantin perempuan untuk ‘lumintuhun’ atau untuk pengantin itu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.
Dalam
upacara yang lebih tersusun, pertama sekali rombongan ‘mongoi panau’ disambut
di halaman rumah sambil bersapa-sapaan menggunakan bahasa tersirat dan
berbunga-bunga.
![]() |
ANTARA set hidangan yang disajikan kepada rombongan ‘mongoi panau’ |
Di halaman rumah itu juga dihulurkan minuman tradisi sebelum
dibenarkan naik ke rumah. Sampai di pintu rumah, sedia menanti satu benteng menghulur
hidangan makanan dan minuman sebelum dibenarkan masuk.
Kadang kala peringkat
itu memakan masa sehingga beberapa puluh minit sebelum mendapat laluan masuk ke
dalam rumah dan bersembang di ruang tamu.
Di
ruang tamu, ahli keluarga dan sanak saudara pengantin perempuan meraikan
rombongan ‘mongoi panau’ dengan hidangan. Dalam suasana itu, kenal-mengenali
antara kedua belah pihak keluarga berlaku.
Kedua belah pihak dapat mengenal
jalinan persaudaraan hasil perkahwinan itu. Maka tahulah mereka yang mana satu
‘amod’ (besan), ‘iwan’ (mentua), ‘ipag’ (ipar antara lelaki), ‘along’ (ipar
antara perempuan), ‘soruwoi’ (pasangan masing-masing kepada dua adik-beradik)
dan seumpamanya.
Pihak
tuan rumah pada hakikatnya mahu melambat-lambatkan pemberian keizinan kepada
pengantin perempuan untuk diarak ke rumah lelaki.
![]() |
AHLI rombongan ‘mongoi panau’ yang harus melewati pelbagai rintangan untuk menjemput pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki |
Perkara itu dilakukan kerana
suasana berkenaan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi mereka. Justeru,
ahli-ahli rombongan ‘mongoi panau’ dengan segala daya upaya berusaha mahu
melewati peringkat-peringkat sajian yang disediakan oleh keluarga pengantin
perempuan.
Selesai majlis beramah-mesra di ruang tamu, tatkala ahli rombongan
‘mongoi panau’ mahu mengetuk dan memasuki bilik bagi menjemput pengantin
perempuan, satu peringkat hidangan lagi disajikan di pintu bilik.
Jika
dilihat peringkat-peringkat sajian makanan dan minuman yang diberikan,
kelihatannya kurang masuk akal dan tidak manusiawi menurut pandangan mata zaman
sekarang.
Tapi itu bukan tafsirannya. Justeru, menyusul rombongan ‘mongoi ahau’
atau pergi membantu rombongan pertama untuk melewati peringkat-peringkat
hidangan.
Rombongan ‘mongoi ahau’ akan membantu rombongan pertama untuk menghadapi
hidangan-hidangan bagi melemahkan benteng-benteng yang telah disediakan dan
berusaha ‘merebut’ pengantin perempuan untuk diarak ke rumah pengantin lelaki.
Menyusul
rombongan ‘mongoi ahau’ adalah rombongan ‘mongoi babo’ yang berperanan membantu
ahli-ahli rombongan terdahulu ‘merebut’ pengantin perempuan.
Rombongan ini juga mahu
mempastikan tiada mana-mana ahli rombongan tertinggal di rumah keluarga
perempuan tatkala pengantin diarak dengan penuh ‘kemenangan’ diiringi paluan
gong dan ‘pangkis’ (teriakan kegembiraan) ke rumah lelaki.
![]() |
PENGANTIN perempuan menerima tanggungjawab pertama di rumah keluarga lelaki dengan memulakan sajian minuman kepada hadirin |
Setiba
di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan diterima dengan penuh kemesraan,
kegembiraan dan kebanggaan kerana seorang ahli keluarga baharu sudah datang ke
tengah-tengah mereka.
Ahli-ahli rombongan juga diraikan dengan penuh kesyukuran
di atas susah payah mereka melepasi pelbagai benteng mengajak pengantin
perempuan meninggalkan rumah keluarganya.
Tradisi
‘mongoi panau’ masih diamalkan penduduk Kg Pamilaan, Tenom dan pada 22 Februari 2014 telah diadakan tradisi itu ketika perkahwinan antara Jackson Jasri dan Merry Angel
Balou.