Saturday 3 September 2016

Teknologi Gong Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES) 2016

TEKNOLOGI PEMBUATAN GONG DI KUDAT SABAH

Ronald Yusri Batahong1*, Jedol Dayou2 & Losuyun @ Juhilin Takun3
1*&3Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Beg Berkunci 11, 89009 Keningau, Sabah.
2e-VIBS, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah, 
Jalan UMS, 88840 Kota Kinabalu, Sabah.

Seminar Penulis Etnik Serantau (SPES) 2016 - SMK Matunggong, Kudat, 22 Oktober 2016


ABSTRAK

Gong dikenalpasti amat signifikan dalam kebudayaan pelbagai kaum di negeri Sabah. Gong bersaiz besar yang biasanya mempunyai diameter bahagian atas lebih daripada 30 cm dikenali dengan pelbagai nama berdasarkan saiz, bunyi dan jenis esembel seperti koritikon, bobogon, kuribadon dan pompo dalam kalangan masyarakat Kadazan, Dusun dan Rungus. Gong bersaiz kecil pula dengan diameter bahagian atas kurang daripada 20 cm biasanya dipanggil kulintangan kerana digunakan dalam esembel alat muzik kulintangan. Pada masa kini, industri pembuatan gong aktif dijalankan di daerah Kudat. Dalam penulisan ini, akan dibincangkan satu hasil kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti teknologi pembuatan gong yang diaplikasikan serta ukuran asas fizikal gong yang dihasilkan di daerah ini. Dapatan kajian ini adalah penting sebagai dokumen rujukan kepada generasi baharu yang ingin mempelajari teknologi pembuatan gong. Hasil kajian ini juga boleh digunakan untuk membangunkan teknologi pembuatan gong moden dan menaiktaraf kualiti gong sedia ada.   

(Kata kunci: gong, kulintangan, teknologi gong)

Biodata Penulis:
Dr. Ronald Yusri Batahong adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian daripada UTM (1999), Ijazah Sarjana Sains (Akustik) (2006) dan Ijazah Doktor Falsafah (Fizik dengan Elektronik) (2015) daripada UMS. Dr. Jedol Dayou (Prof Madya) adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizis dan Gunaan (1992) dan Ijazah Sarjana Sains Nuklear (1996) daripada UKM serta dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Akustik dan Getaran daripada Institute of Sound and Vibration Research (ISVR), University of Southampton, England pada tahun 2000. Losuyun @ Juhilin Takun pula memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (PBMP) daripada UPM (1993) dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) daripada UKM pada tahun 2005. Walaupun para penulis mempunyai latar belakang akademik yang pelbagai, namun mempunyai minat yang sama iaitu mengkaji, menghayati dan menghargai budaya masyarakat majmuk di negeri Sabah.



No comments:

Post a Comment

Isu kurikulum, buku teks dan profesionalisme guru bahasa Kadazandusun

  Dr Henry Bating, Dr Rosliah Kiting, Dr Patricia Ganing, Dr Nurjietta Taisin bersama pelajar UPSI dalam satu tinjauan kajian 2018. Siri I...